Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1634
View
84
Reply

[Tempatan] Tazkirah YB Tuan Lim Kit Siang hari ini: PM tak perlu cakap soal rangsangan ekonomi, tapi soal selamatkan ekonomi. Pastikan rakyat cukup wang untuk beli keperluan asas khasnya makanan

[Copy link]

Author: I.am.PH    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 26-3-2020 03:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 26-3-2020 07:35 AM

Kita perlu selamatkan, bukan rangsang ekonomi ketika hadapi Covid-19, gesa Kit Siang
oleh AKMAL MANAFMarch 26, 2020 3:00 pm



Perdana Menteri (PM) tidak lagi perlu bercakap soal rangsangan ekonomi ketika negara diancam wabak Covid-19 tetapi soal selamatkan ekonomi, kata veteran DAP Lim Kit Siang.

Antaranya adalah memastikan setiap rakyat mempunyai cukup wang untuk membeli keperluan asas khasnya makanan.

Kita tidak boleh lagi bercakap mengenai rangsangan ekonomi, tetapi kita memerlukan penyelamatan ekonomi. Apa yang kita perlukan bukanlah pakej rangsangan ekonomi, tetapi pakej penyelamatan ekonomi, katanya.

Perkara itu disuarakan  Kit Siang kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan Perdana Menteri kelapan itu bukan sahaja perlu memastikan bekalan makanan dan keperluan asas mencukupi, malah faktor kewangan rakyat juga perlu diambil kira.

Dalam siaran langsung semalam, Kit Siang berkata, beliau melihat Muhyiddin membuat pengumuman awal mengenai pelanjutan itu supaya persediaan awal boleh dibuat.

Beliau (Muhyiddin) juga menggesa rakyat supaya bertenang dan memberi jaminan bahawa bekalan makanan negara mencukupi untuk semua orang.

Perkara ini tidak cukup. Sebagai PM, Muhyiddin bukan sahaja perlu memastikan bekalan makanan dan keperluan asas yang mencukupi semasa bencana Covid-19, tetapi juga memastikan setiap rakyat Malaysia mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli makan dan keperluan asas tersebut.

Setakat hari ini juga, selepas empat minggu bermulanya gelombang kedua wabak Covid-19 di Malaysia dan 25 hari selepas beliau mengangkat sumpah sebagai PM kelapan, Muhyiddin tidak memberikan keyakinan terhadap kebolehan beliau untuk memimpin negara ini keluar daripada bencana ekonomi yang berpunca daripada wabak ini, katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri menambah, pakej rangsangan ekonomi komprehensif Muhyiddin yang akan diumumkan esok akan menjadi ujian kepada janji beliau dalam siaran langsungnya semalam.

Bahawa tidak ada yang akan ditinggalkan dalam bencana terhadap nyawa dan kehidupan ini, dan rakyat Malaysia, terutama golongan yang miskin dan berpendapatan rendah, akan mempunyai wang untuk mengatasi krisis ekonomi yang berpunca daripada wabak Covid-19 ini.

Dirumuskan dalam tajuk e-buku terbaru dari Centre for Economic Policy Research (CEPR), Mitigating the Covid Economic Crisis: Act Fast and Do Whatever it Takes, pakar ekonomi terkemuka dunia menggesa supaya kerajaan untuk menggunakan senjata berat fiskal untuk satu tindak balas ekonomi tanpa had terhadap krisis Covid-19, dan menggesa kerajaan untuk bertindak dengan pantas dan melakukan apa sahaja untuk menjaga kelangsungan hidup rakyat.

Ini adalah masa untuk dasar yang tidak konvensional seperti wang helikopter, di mana semua rakyat mendapat wang bantuan tanpa syarat dan bank pelaburan negara menyediakan pinjaman kecemasan tanpa had kepada perniagaan.

Adakah pakej penyelamatan ekonomi Muhyiddin yang akan diumumkan esok akan mempunyai unsur wang helikopter untuk mengurangkan kebankrapan peribadi dan korporat serta memastikan rakyat mempunyai wang untuk mengekalkan perbelanjaan walaupun mereka tidak boleh bekerja, dan meningkatkan pelaburan awam dan perbelanjaan penjagaan kesihatan?, soalnya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 03:34 PM | Show all posts

lahaiiiii --- kalau PH yg masih pegang tampok pemerintahan --- entah macam man dah jadi Malaysia ni --- komen dan komoplen memang mudah semudah hembusan nafas --- tapi bila dah ada kuasa -- tungging langgang walau masa tu negara tak ada musibah ...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-3-2020 03:34 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 26-3-2020 08:07 AM

Mesej utama yang YB Tuan Lim Kit Siang cuba sampaikan kepada Perdana Menteri adalah:

"Jangan sembang kencang cakap bekalan makanan cukup sebab kalau rakyat tak ada duit, macam mana nak beli?!" "Itu pun perlu diajarkah?!"

Semoga bermanafaat


Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
You better work harder Ayam

dont play2, tak cukup banyak thread you hari ni

kena sack sama kit siang nanti ohh

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 26-3-2020 03:34 PM
Mesej utama yang YB Tuan Lim Kit Siang cuba sampaikan kepada Perdana Menteri: "Jangan sembang kencan ...

Bisingnya kau ni. Sembang je lebih.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 03:41 PM | Show all posts
Rangsang ekonomi utk selamatkan ekonomi la.

Abis tu cemana nak selamatkan ekonomi? Beri bantuan pernafasan buntut ke mulut ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Selama 22 bulan lepas ada korang menyelamatkan ekonomi malaysia? Lagi menjahanam tu adalah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh sangat Lim Kit Siang ni.
Rangsangan ekonomi tu dibuat antaranya supaya rakyat tak hilang pekerjaan dan tidak putus sumber pendapatan. Ini utk pastikan rakyat dapat makan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Qwertyuiop2019 at 26-3-2020 04:07 PM

RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan diperlukan:

1/2 ekor ayam
sedikit garam kunyit
Bahan kisar:

4-5 biji cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato-potong dadu
1/2 cawan sos tomato

Cara memasak:

Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.


Untuk tak OT, apa lah nak dbahas pihak sana lepas ni

Air suam dah, backdoor dah
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
tt ni lim kit siang ke?
same pulak bodoh nya
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila mereput lah ... sejarah dah membuktikan bila berkuasa habuk pun tarak!
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Qwertyuiop2019 replied at 26-3-2020 07:51 PM
RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan diperlukan:

Kita share resepi kat thread mangkuk badigol ni? Wokey.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by meow_tompok at 26-3-2020 04:12 PM

boringnyerrrr duduk rumah time mco ni
jom layan lagu Ayam
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 03:57 PM | Show all posts
Qwertyuiop2019 replied at 26-3-2020 03:51 PM
RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan diperlukan:

Tq TT share resipi ayam
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 26-3-2020 03:34 PM
Mesej utama yang YB Tuan Lim Kit Siang cuba sampaikan kepada Perdana Menteri: "Jangan sembang kencan ...

Bagusnya ayah khalifah LGE...prihatin sungguh...kempunan betul Aku xdapat berPM kan sahibus sahamah Lim Kit Siang...

Semoga bermannaafaaat kembali..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam goreng dan tukang goreng.
Screenshot_2020-03-26-15-57-22-1.png
Screenshot_2020-03-25-07-12-50-1.png
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Qwertyuiop2019 replied at 26-3-2020 03:51 PM
RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan diperlukan:

Nanti TT julita Kate ko off topik, moderator potong markah. Kang xlulus pekse pulak ko nanti kalau kena potong markah.

Aku dah kena nasihat dgn TT julita semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 04:03 PM | Show all posts
Qwertyuiop2019 replied at 26-3-2020 03:51 PM
RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan diperlukan:

menarik gak nidaripada dengau uncle tu komen kencang
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
asma87 replied at 26-3-2020 04:00 PM
Nanti TT julita Kate ko off topik, moderator potong markah. Kang xlulus pekse pulak ko nanti kalau ...

Oh yeke sisturrrr

Alamak ter OT pulak
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam masak merah makan dgn nasi minyak sedap nya..yummy yummy
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list