Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
297
View
4
Reply

[Tempatan] PKP: Tidak ada amaran lagi selepas ini

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 26-3-2020 02:49 PM | Show all posts |Read mode
PKP: Tidak ada amaran lagi selepas ini
https://www.hmetro.com.my/utama/2020/03/558692/pkp-tidak-ada-amaran-lagi-selepas-ini

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2020 @ 12:39 PM

Nurul Amanina Suhaini
am@hmetro.com.my



POLIS sudah membuka 32 kertas siasatan sepanjang sembilan hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lalu, manakala tiga kes sudah ditangkap dan akan dituduh di mahkamah.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tiada lagi amaran kepada individu yang masih ingkar dengan PKP, selain pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya.

Kita boleh tengok daripada segi tangkapan, yang semalam saja lebih 100 tangkapan satu Malaysia dan di Johor pun akan kita tingkatkan.

Amaran sudah tidak ada lepas ini, kita akan pastikan yang mana ingkar kita akan tangkap.

Kalau tengok sekatan jalan raya pun, lebih daripada dua orang dalam kenderaan, polis akan minta mereka patah balik, tidak ada lagi ruang untuk mereka bergerak. Saya minta semua rakyat patuhilah arahan kerajaan, katanya ketika ditemui pada lawatan Op Covid-19 di Pasar Borong Pandan, Johor Bahru, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya positif dengan arahan tempoh PKP yang dianjakkan oleh kerajaan, selain meminta rakyat patuh dan turut bersama menangani wabak itu.

Keputusan untuk menyambung mungkin kepada peningkatan kes baru bagi memastikan rangkaian putus. Kalau kita tidak teruskan, rangkaian itu akan berkembang. Ini keputusan kerajaan dan kita perlu bersama menanganinya, katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
ai ai cip
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang kena tegas sebab cakap elok2 tak jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
kasi malu satu dunia..kita yg dapat jolokan negara islam contoh...simple instructions pun sampai nak kena babap punggung to carry out.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini yang kita mahukan

kipit up
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list