Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
628
View
0
Reply

Panduan memohon bantuan khas dan zakat negeri Perak ekoran penularan wabak Covid 19

[Copy link]

Author: bianglala       Show all posts   Read mode

Author
Post time 25-3-2020 08:14 PM | Show all posts |Read mode

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) menyedari perintah kawalan pergerakan oleh pihak kerajaan ekoran penularan wabak Covid-19 di seluruh negara telah memberikan impak kepada rakyat amnya dan asnaf di negeri Perak khasnya.

Justeru, dalam kesungguhan MAIPk membela dan menyantuni hak asnaf, pada masa yang sama MAIPk juga harus mengambil langkah berjaga-jaga dan sama sekali tidak berkompromi dalam soal menjaga kesihatan dan keselamatan orang ramai lebih-lebih lagi dalam suasana dan situasi ketika ini.

MAIPk sangat menghargai usaha dan pengorbanan petugas hadapan di hospital dan klinik seluruh negeri Perak. Anggota Kementerian Kesihatan Malaysia dan para petugas yang terlibat secara langsung kini telah bertugas dengan mendapat rehat yang minimum. Bekerja dari pagi sehingga ke malam demi memastikan aktiviti kawalan dan pencegahan dijalankan dan seterusnya melindungi nyawa orang awam.

Sehubungan itu, MAIPk dengan kerjasama rakan strategik telah meluluskan sumbangan dan bantuan seperti berikut iaitu Bantuan Tunai Kecemasan / Segera RM500.00 (Maksima) kepada Ketua Isi Rumah dan Bantuan khusus bagi individu yang hilang punca pendapatan permohonan bantuan boleh dibuat secara online mulai 21hb Mac 2020 sehingga 31hb Mac 2020.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KHAS RM500 MAIPk

Pastikan anda memenuhi syarat-syarat dibawah;

  • Mastautin atau bekerja di PERAK. Dan beragama Islam sahaja.


  • Mempunyai Pendapatan Kasar tidak melebihi RM2000 (tertakluk kepada had kifayah MAIPk)


  • Terkesan Covid-19 samada tidak dapat berniaga/diberhentikan atau direhatkan tanpa gaji bermula Mac 2020


  • Berkeluarga (hanya ketua keluarga sahaja boleh memohon)


  • Nama pemohon dan nama pemegang akaun bank mesti sama untuk memastikan tidak menggunakan kad pengenalan orang lain


  • Keutamaan kpd Asnaf Fakir Miskin yang pernah berdaftar dgn MAIPk, kecuali penerima Bantuan Bulanan Kewangan MAIPk, Bantuan JKM atau Kad Prihatin Perak



Klik untuk memohon : https://isyura.maiamp.gov.my/kecemasan/

Facebook Zakat Negeri Perak : https://www.facebook.com/ZakatNegeriPerak/





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list