Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
227
View
4
Reply

Saranan Solat Hajat

[Copy link]

Author: mbhcsf       Show all posts   Read mode

Author
Post time 25-3-2020 01:57 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 25-3-2020 02:01 PM

Assalamualaikum

berikut adalah kenyataan media yg jelas maksudnya untuk tatapan warga forum.

Sama sama kita jayakan ini.

Insya ALLAH.

rujukan pautan asal:
https://www.facebook.com/drzulkiflialbakri/photos/a.654471384616667/3195004367230010/?type=3&theater


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-3-2020 01:59 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 25-3-2020 02:00 PM

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL ISLAM)

SERUAN SOLAT HAJAT KEPADA UMAT ISLAM DI MALAYSIA

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah telah menitahkan agar rakyat jelata masing-masing mendirikan Solat Hajat khusus menolak wabak COVID-19 yang sedang melanda negara kita pada masa kini.

• Oleh itu, saya amat mengharapkan kerjasama dari semua pihak untuk menyahut titah KDYMM Tuanku Agong dengan melaksanakannya di rumah dan tempat masing-masing dengan mematuhi segala arahan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.

• Solat Hajat tersebut boleh dilakukan pada waktu siang atau malam kecuali pada waktu-waktu yang diharamkan solat iaitu:

i. Sesudah solat Subuh hingga terbit matahari. (kecuali bagi mereka yang berada di Tanah Haram).

ii. Selepas terbit matahari hingga kadar 7 hasta pandangan mata. Kira-kira 3 darjah.

iii. Ketika matahari tegak di atas kepala kecuali pada hari Jumaat.

iv. Selepas solat Asar (kecuali di Tanah Haram).

v. Ketika matahari kemerahan di waktu senja hingga terbenam seluruh bulatannya. (kecuali di Tanah Haram)

• Begitu juga marilah kita membanyakkan istighfar, taubat, zikrullah dan amalan ketaatan serta munajat yang tak putus-putus kepada-Nya.

Sekian, terima kasih.

YB SENATOR DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)
24 MAC 2020

________________________________________________

sumber pautan asal:
https://www.facebook.com/drzulkiflialbakri/photos/a.654471384616667/3195004367230010/?type=3&theater

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2020 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
In sha Allah kita sama2 beramal untuk kesejahteraan dunia


Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2020 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Lets la. Sama2 kita doa
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2020 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
dengan kebaikan kerajaan ni iols doakan malaysia sembuh covid. walaupun menitik air mata tapi dah terlepas cakap

sumpahan dia kena ratakan masjid di mana2 kawasan yg nak sembuh. sila abaikan kalau mengarut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list