Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12107
View
432
Reply

[Tempatan] Bersediakah korang kena buang kerja tak lama lagi? Seronok bercuti di rumah? Tak seronok kan?

[Copy link]

Author: harizs    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 24-3-2020 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Saya bukan nak takutkan, saya nak kita semua ada pemikiran 'bersedia'.  Apa maksudnya? Kita harus bersedia dibuang kerja. Saya yakin bahawa kerajaan tak akan mampu menanggung hidup kita lagi. Apatah lagi syarikat swasta.


Oleh Azizul Azli Ahmad


WABAK PENYAKIT ATAU WABAK EKONOMI?

Petang tadi kelihatan Perdana Menteri buat pengumuman sekali lagi.

Ada keletihan ketara diwajahnya.

Paling penting adalahan pengeluaran RM500 sebulan selama 6 bulan.

Apa yang saya perasan kali ini, tak nampak tanda-tanda bahawa tempoh perintah berkurung akan berakhir dalam waktu yang singkat.

Ya saya rasa akan dilanjutkan.

Indonesia mula ambil langkah lockdown selama 3 bulan.

Amerika sendiri percaya selepas setahun baru akan pulih.

Lebih penting jika kita rajin baca, kita  jumpa banyak artikel ekonomi  tentang  kejatuhan ekonomi akan jadi paling buruk dalam sejarah ketamadunan manusia.

Saya bukan nak takutkan, saya nak kita semua ada pemikiran 'bersedia'.

Apa maksudnya?

Kita harus bersedia dibuang kerja, belanja simpanan yang ada dan urus ekonomi secara baik.

Saya perasan orang kita masih berbelanja seperti sedang bercuti.

Banyak jenis makanan dan resepi sedang dicuba, malah sehari dua boleh viral kek dan buat kopi dalgona.

Kita tak risau dan kisah langsung bab makan dan kesihatan selama tempoh ini.

Kawan kawan yang baik,

Saya yakin bahawa kerajaan tak akan mampu menanggung hidup kita lagi. Belanjawan kerajaan unjurkan pada harga minyak $60 setong, tapi hari ini dan berada dibawah $30 setong.

Kita sedang tak ada duit.

Kita bukan negara kaya seperti Amerika atau Jepun yang boleh subsidikan semua penduduk dalam tempoh yang lama dan panjang.

Saya yakin akan ada pengurangan kepada penjawat awam, sektor utama seperti kesihatan sedang diutamakan sekarang.

Kerajaan perlu utamakan ekonomi negara terlebih dahulu.

Sebelum kerajaan umumkan langkah berkurung, saya sangat hati-hati bab belanja.

Saya beli bihun plastik panjang macam orang berniaga, ia paling mudah nak masak dan selesa.

Kicap kami beli botol besar yang boleh isi semula sebagai stok. Kami jarang makan diluar sejak isteri saya jadi suri rumah sepenuh masa 3 tahun lepas.

Saya tingkatkan simpanan lebih hampir tiap bulan.

Apa yang saya nak sampaikan,

Didik keluarga kita dari sekarang, makan bukan untuk sedap tapi untuk kenyang.

Beli barang keperluan makanan yang asas, perkara ini kita perlu sampaikan buat keluarga kita semua.

Mungkin tak perlu ada udang, sotong dan ketam lagi.

Hari ini kita lebih nampak apa yang berlaku sebagai gelombang wabak sahaja. Tetapi kita tak bersedia langsung dengan gelombang wabak ekonomi.

Kesannya lebih besar.

Tanya diri kita, kita ada simpanan 6 bulan kecemasan atau tidak? Jika tiada, saya sarankan mulakan catu atau jaga bahan makanan kita.

Manfaat duit RM500 KWSP untuk belian makanan dan perubatan keluarga kita dulu.

Saya bukan nak takutkan sesiapa, tetapi percayalah kita harus terima hakikat yang pahit ini. Kita perlu bersedia mental.

Bersedia juga untuk terima hakikat hilang pekerjaan, memang ada jaminan kerajaan bahawa tiada pekerja akan dibuang. Tetapi kita tak boleh jangkaan apa akan berlaku sebulan,  dua bulan,  enam bulan ke depan.

Bersedia, kata kuncinya.

Saya agak lega bila masih selesa dengan kereta kecil viva saya kemana mana. Jimat dan mudahkan hidup saya.

Maklumkan kepada anak anak bahawa tahun ini tiada baju raya, tiada kuih raya dan kek raya, apatah lagi duit raya.

Bincang secara keluarga, ceritakan apa yang sedang berlaku didunia luar. Mereka kena sedia mentally,  bukan ketua keluarga sahaja.  Bukan hanya seronok bercuti dirumah sahaja.

Terangkan kenapa kita semua kena berjimat dan jaga keluarga serta belanja keluarga ini.

Kita bukan saja hadapi wabak, kita sedang bertarung dengan wabak ekonomi paling pelik dalam sejarah ketamadunan hidup manusia.

Kawan kawan yang mulia,

Jika kita makan KFC dan McD sebulan dua kali, kurangkan jadi dua bulan sekali.

Jika kita masih sambut harijadi dengan kek secret resipi, cukuplah buat kek sendiri dan raikan dengan kek sendiri.

Jika kita gaji selama ini T20 belajar hidup gaya M40, jika kita M40 belajar gaya hidup B40.

Belajar makan kicap, sos dan beras murah untuk hidup kita kini.

Usahakan ubah gaya hidup keluarga kita dengan belanja paling minimum mulai sekarang.

Hutang mana tak boleh uruskan, serah kembali pada bank. Kereta mahal kita, atau hartanah kita yang salah beli. Serahkan kembali.

Hidup sedehanalah mula sekarang kawan kawan.

Tulisan ini saya tulis lepas panggil dan buat perbincangan keluarga.

Kami senaraikan apa yang kita tak akan belanja dan potong perbelanjaan kita, alhamdulilah anak anak faham. Mohon maaf, saya bukan nak takutkan sesiapa. Saya juga bukan pakar.

Saya nak semua lihat, ini bukan wabak penyakit semata mata, ini juga wabak ekonomi terbesar yang kita sedang berjuang.

Moga Allah swt merahmati kita semua. Kekalkan hidup sederhana, berdoa dan sedekah untuk jaga ibadah kita.

Azizul Azli Ahmad

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 24-3-2020 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Perkara ni mmg da diramal.. X semua keje blh buat dr rumah. Abeh keje yg x blh dibuat kat rmh x kn cmpny nk bg gaji free2 ye x?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2020 11:31 AM | Show all posts
life ibarat separa kiamat bg org yg terkesan
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2020 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Lavender85 at 24-3-2020 06:52 PM

hmm .. betul jugak tu.. x keje xde pendapatan. jadi berjimatlah selagi boleh.. x perlu la semua nk ikut trend
bermewah2 .. semoga kita semua kuat dan sabar dalam mengharungi ujian ni.. bykkan muhasabah diri .. dekatkan diri dgn Allah.. bykkan berdoa supaya semua ujian ni berakhir segera dan kita semua dpt menjalani kehidupan seperti biasa keluar mencari rezeki di bumi Allah ini . Waktu hujan bykkan berdoa insyaAllah doa yg ikhlas makbul dgn izin Nya.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-3-2020 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
lagi lama MCO lagi ramai kena buang kerja.   

selagi rakyat x patuh duduk rumah,  selagi tu MCO akan gagal.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2020 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Pada pendapat akaq virus ni tak lama cuma sejauh mana kita bertahan utk kawal nafsu diri ja. Ni semua permainan ketahanan diri. Trust me!
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-3-2020 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Lavender85 replied at 24-3-2020 11:38 AM
hmm .. betul jugak tu.. x keje xde pendapatan. jadi berjimatlah selagi boleh.. x perlu la semua nk i ...

makanlah ala kadar.  masak sekali sahaja waktu lunch... malam mkn apa yg ada.  perangat je la gulai tengahari
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2020 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 24-3-2020 11:40 AM
makanlah ala kadar.  masak sekali sahaja waktu lunch... malam mkn apa yg ada.  perangat je la gula ...

ya betul tu.. 2 hari semalam sy mkn lauk sama dipanaskan. Hari ni nasi dgn telur masak kicap .. tulah hidangan utk hari ni.. sekali makan je sehari.  huhu .. selagi boleh berjimat ..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2020 11:45 AM | Show all posts
harizs replied at 24-3-2020 03:39 AM
lagi lama MCO lagi ramai kena buang kerja.   

selagi rakyat x patuh duduk rumah,  selagi tu MCO a ...

tapi . dia simpan duit ikat perut pun apa guna ? bila krisis macma ni lagi teruk duit mana ada nilai lagi dah.
contoh U ada sardin. i ada roti. u nak roti cicah sardin . kita dua trade in je.
yang paling untung siapa simpan beras. boleh kira segantang atau secupak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2020 11:46 AM | Show all posts
Bulan ni hanya 2 minggu pertama sahaja boleh buat sale. Dua minggu terakhir ni nampak gayanya tak ada sale langsung. tapi gaji staff nak kena bayar jugak bulan ni. Bulan depan tak tahu macam mana. kalau tak ada sales atau tak boleh buat sales sebab MCO diteruskan,  terpkasa byr separuh gaji atau atau ada staff yang terpaksa dilepaskan, last in first out concept. Bulan-bulan berikutnya?

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-3-2020 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Lavender85 replied at 24-3-2020 11:44 AM
ya betul tu.. 2 hari semalam sy mkn lauk sama dipanaskan. Hari ni nasi dgn telur masak kicap .. tu ...

ya.. masa ni masa utk berjimat cermat.  x tau apa yg bakal datang
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2020 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Adakah akan sampai tahap.. makanan lbh bernilai dr duit & emas? Dimana duit ada tp nak beli makanan xblh sbb sumber makanan dah xde.. kilang2 tutup.. company2 makanan tutup...dan manusia sanggup jd pencuri/ perompak hanya krn makanan bkn nak curik emas permata or brg2 berharga kat rumah kita..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2020 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
makiting replied at 24-3-2020 11:54 AM
Adakah akan sampai tahap.. makanan lbh bernilai dr duit & emas? Dimana duit ada tp nak beli makanan  ...

Allah sedang train kita untuk bala akhir zaman.

Kemarau panjang sebelum keluar dajjal di mana tiada setitis air keluar dari bumi dan turun dari langit lebih setahun.

Perang dunia ke-3 terdahsyat hingga pupus 2/3 populasi manusia.

Bersediakah?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2020 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 24-3-2020 11:39 AM
lagi lama MCO lagi ramai kena buang kerja.   

selagi rakyat x patuh duduk rumah,  selagi tu MCO a ...

not to worry,mufti perlis telah mengusulkan zakat disalurkan pada frontliners terutama perkhidmatan perubatan, yg telah bertungkuslumus bertugas up and above masa bekerja? mustahil ini tidak termasuk mereka yang dibuangkan kerja? atau he has forgotten mereka mereka yang hilang kerja dek krisis ini, altogether?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2020 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
underground replied at 24-3-2020 11:58 AM
Allah sedang train kita untuk bala akhir zaman.

Kemarau panjang sebelum keluar dajjal di mana t ...

Benar.. telah mula nampak kebenaran dlm alquran sedikit demi sedikit.. kita mampu kah mengadap ketika dajjal dtg? Anak2 kita mampu kah kita tlg mereka? ALLAHU... risau dan takut bila fikirkan.. moga Allah swt lindungi kita semua
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2020 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
makiting replied at 24-3-2020 11:54 AM
Adakah akan sampai tahap.. makanan lbh bernilai dr duit & emas? Dimana duit ada tp nak beli makanan  ...

apa yg aku nampak skrg ni aku ada duit pun x boleh beli roti gardenia.  merata kedai aku singgah pun x dpt beli. dah mcm waktu perang.   bekalan roti habis.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2020 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
makiting replied at 24-3-2020 11:54 AM
Adakah akan sampai tahap.. makanan lbh bernilai dr duit & emas? Dimana duit ada tp nak beli makanan  ...

bersyukur la mereka mereka yg telah stok keperluan dalam rumah laksana jayagrocer,cold storage dan bens supermarket, walau earlier on telah dikutuk dihina kerna mempamerkan sifat serta sikap tidak bertamadun dan bertanggunjawab.

P.S pls read between the lines.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2020 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Thats why kena ada side  gigs, saving dan jd prepper semasa ada duit..bukannya joli. Sekarang dah cashhhh. Cashhh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2020 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
makiting replied at 24-3-2020 03:54 AM
Adakah akan sampai tahap.. makanan lbh bernilai dr duit & emas? Dimana duit ada tp nak beli makanan  ...

Tengok muvi bnyk sangat sis.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2020 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
famri7 replied at 24-3-2020 12:04 PM
Tengok muvi bnyk sangat sis.

Hahaha... akak ni tv pon tak suka tgk dik.. cerita perang2 lagi tak minat.. sbb pd akak ganas sgt.. xsesuai dgn jiwa... hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list