Episod terbaru program realiti I Can See Your Voice menyaksikan penyanyi jemputan, Erra Fazira memilih penyamar bersuara sumbang sebagai rakan duetnya. Ianya mengecewakan ramai penonton dan juga barisan juri kerana mereka memilih peserta nombor 1 sebagai pilihan finalis.
Bagaimanapun penyanyi misteri yang disingkirkan itulah penyanyi sebenar dan sangat berbakat. Namun disebabkan penampilan tidak meyakinkan, dia disingkir.
Penyanyi Adibah Noor menyifatkan situasi itu sebagai 'body shaming'. Hanya kerana tidak kelihatan seperti penyanyi (berbadan gempal dan lain-lain), ia menjadi faktor penyingkiran tetapi bila mendengar suaranya yang hebat, tiba-tiba berubah arah menyokongnya, dah kenapa?
Loading Tweet...
Menurut Adibah lagi, program sebegini banyak menggunakan isu 'body shaming'. Yang dinilai hanyalah penampilan dan bukannya bakat. Malahan ibu dan bapa kepada peserta ini sebenarnya adalah sahabatnya ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kepada mereka, Adibah meluahkan rasa satu ketika dahulu.
Berikutan itu, Adibah turut meminta warganet memanggil peserta itu dengan namanya sendiri dan bukan 'next' Adibah Noor.
IG
Segelintir warganet turut bersetuju dengan pandangan pelantun lagu Terlalu Istimewa itu, bahawa program sebegini sebenarnya lebih menilai rupa berbanding bakat.
Ig
Bagaimanapun ia telah dinafikan oleh warganet yang juga menonton siri ini. Penyingkiran peserta itu bukan kerana penampilannya yang 'bukan penyanyi' tetapi lebih kepada fakta yang tidak menyokongnya.
IG
Tidak hanya itu, bagi segelintir warganet pula berpendapat sememangnya motif program ini adalah untuk menghiburkan. Memandangkan tajuk program ini sendiri yang menilai suara berdasarkan penampilan, jadi segala info dan pergerakan diambil kira kerana semuanya meneka. Ia yang menjadi keseronokan dan sehingga kini rancangan asal dari Korea Selatan ini sudah pun memasuki musim ke-7. Jadi apa masalahnya?
Realitinya, program sebegini sekadar menghiburkan. Jika dilihat pada musim lepas, tiada penyanyi yang benar-benar berjaya dilahirkan. Jadi, kenapa Adibah merasakan ia seperti 'body shaming' peserta? - CARI
Apo kak dibah.dh sah2 la rancangan ni org tu xnyanyi.dh tu cmno nk tau kalau xdgr suara?tgok body language laa...silap dia xckp dia part time je ajar vocal.nmpk muda sgt.sbbtu erra xcaya dia penyanyi
ni kan rancangan hiburan
panel nilai thru fakta & gaya/penampilan
panel pon bagi pendapat masing
nape nak butthurt sgt
panel pon x caye budak tu conductor koir
sbb nampak muda sgt