|
View: 7723|Reply: 73
|
Biadab! Warga Asing Tak Endah Perintah Kawalan Pergerakan
[Copy link]
|
|
|
Ketika ini, negara sedang dilanda kebimbangan pandemik Covid-19 sehinggakan kerajaan mengambil inisiatif mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak berkenaan.
Kredit foto: Facebook Malaysia Gazette
Namun, ketika rakyat cuba mengikuti perintah kerajaan supaya duduk di rumah dan anggota polis meninjau kawasan bagi memastikan rakyat mematuhi arahan, terdapat warga asing dilihat merayau di kawasan sekitar pasar borong Selayang seperti dilaporkan MalaysiaGazette.
Difahamkan, kawasan itu rata-ratanya dihuni warga asing dan pendatang tanpa izin (PATI)
Kredit foto: Facebook Malaysia Gazette
Ketika pasukan Malaysia Gazette melakukan tinjauan di pasar berkenaan, mereka dikejutkan dengan keadaan berpuluh-puluh penduduk berkumpul tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Mereka kelihatan bebas berjalan-jalan, berkumpul dan duduk berbual di perkarangan kedai serta jalan raya. Malah, terdapat kanak-kanak bermain dan berlari-lari di kawasan tersebut.
Kedai-kedai makan juga dibuka dan beroperasi seperti biasa dengan kebanyakkan pelanggan duduk santai menjamu selera tanpa mempedulikan arahan yang dikeluarkan kerajaan.
Selain itu, ada juga yang memancing ikan di kawasan tasik berdekatan. Sangat biadab!
Kredit foto: Facebook Malaysia Gazette
Mereka seolah-olah tidak tahu menahu mengenai larangan kerajaan yang tidak membenarkan berkumpul sesama sendiri.
Lebih menjijikkan, terdapat lelaki dan wanita yang duduk di luar perkarangan kedai sambil menjual sirih, malah mereka yang membeli dan mengunyah sirih langsung tidak mempedulikan soal kebersihan dengan meludah di merata-rata.
Team Malaysia Gazette ada berbual dengan beberapa warga asing yang rata-rata mereka dari etnik Rohingya itu mengakui maklum dengan PKP, namun tidak menganggapnya serius.
Wahida Kama, seorang perniaga makanan maklum mengenai arahan kawalan tersebut, namun beranggapan ianya sekadar sekatan biasa yang melarang orang ramai keluar jauh dari kawasan masing-masing.
"Tidak tahu sangat. Kedai macam biasa. Tahu tentang tidak boleh keluar rumah tapi macam biasa," kata Wahida kepada Malaysia Gazette.
Sementara itu, Mohd Shawal akui dia sememangnya sedar mengenai penularan wabak Covid-19, tetapi tidak begitu faham dan peduli mengenainya.
" Tapi bila malam, tempat ini sunyi juga. Semua turun beli makanan dan naik balik. Saya juga begitu," ujarnya.
Rata-rata rakyat Malaysia bimbang dengan sikap warga asing berkenaan dan meninggalkan komen, mengharapkan kerajaan mengambil tindakan segera ke atas mereka sebelum ianya mengundang bahaya.
Kredit foto: Facebook Malaysia Gazette
"Bangsa asing ni bukan tak tahu, saja buat tak tahu.
"Mustahil dalam ramai-ramai, sorang pun tak tahu Bahasa Melayu.
" atutnya, kalau bukan sebab Covid-19 pun, dah lama perlu diselesaikan.
"Depa ni sebenarnya dah faham Bahasa Melayu, cuma malas nak ikut arahan.
"Memberi kesan buruk pada rakyat," antara komen netizen di Facebook Malaysia Gazette.
Apa yang dibimbangi adalah berasas kerana warga asing berada dalan lingkungan masyarakat kita dan wabak Covid-19 tidak memilih agama, bangsa mahupun warna kulit. - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hantar balik lah, buat serabut je puak2 ni..sakit masuk hospital pakai duit tak payer jgk, membazir..dah la degil..
Gov kena utamakan rakyat sendiri kali ni, buat mcm negara lain. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tangkap je yg degil2 ni boleh? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
DrM suruh kumpul dlm kandang kambing?
Weyhh... ambik la sorang dorang suruh derma darah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bohong taktau...takkan boss ke tauke ke tak bagitau tak perlu mai kerja 14 hari sebab corona...
bab tiktok wechat michat laju jah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hari biasa memang lengang kat situ. Budak gi sekolah, masing2 kerja.
Sebab pkp diorg beriadah rewang bagai. Mohon disekolahkan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tangkap ajalah hantar balik. Menyemakkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Korang upah 10 org tabligh lalu je kat situ
Mau semua org lari..
Apa la yg susah sgt nk duk rumah haihhh |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Diorg ni lah yang akan replenish rakyat2 Malaysia YG mati tu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mereka tak takut penguatkuasa pun.
Sebab ada penguatkuasa yg korup dijaga ketua mereka merosakkan imej.
Aku pun dah letih hadap pati degil dan bongkak ni.
Harap2 ATM nanti guna rotan tu hayun je kepala diorang ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tangkap je puak2 ni hantar balik negara asal. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PTI memang kat mana2 sama saja... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg video polis halau turun dari bas tu pun indon ramai kan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dari negara dunia ke3..Golongan low mentaliti..Susah nk faham penerangan.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bambimo replied at 22-3-2020 11:35 AM
Korang upah 10 org tabligh lalu je kat situ
Mau semua org lari..
Apa la yg susah sgt nk duk rumah ...
Hantar azwan ali |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Seba tu tentera perlu.. Bukan untuk rakyat malaysia. Tp untuk pati nih haah.. Degil.. Bawak air simbah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
diorg nak duduk rumah? diorg ada rumah ke
klau satu rumah duduk 20 org agak agak boleh bernafas?
sbb tu diorg lepak luar... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana puak2 yg dulu marah marah suruh bawak masuk rohingya ni, katanya bumi allah ni luas...mohon korg kutip diorg ni bela dlm rumah masing2 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mohon wardina safiyyah kutip puak rohingya kesayangan dia ni dan kumpul diorg jat rumah wardina
cc @ituini @perangdina |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|