Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
6396
View
206
Reply

[Tempatan] Gadis hidap COVID-19 sayu tak dapat urus jenazah bapa

[Copy link]

Author: BomBoLoniS    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 21-3-2020 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Seorang gadis yang dijangkiti COVID-19, hanya mampu menitipkan doa dari jauh kepada bapanya yang disahkan meninggal dunia akibat wabak itu, hari ini.

Menerusi Twitter, Syahira Idris menzahirkan kesedihan kerana tidak dapat membantu menguruskan jenazah bapanya kerana dikuarantin di hospital bersama kakaknya, yang turut dijangkiti pandemik itu.

Dengan berat hati, ayah saya Idris bin Atan telah pun meninggal dunia. Doakan jenazah ayah dicucuri rahmat.

Doktor kata ayah pergi dalam keadaan tenang sangat. Terima kasih yang mendoakan ayah selama ni. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa kalian.

Seperti dimaklumkan, kami tidak dapat menguruskan jenazah ayah. Saya dan kakak tidak dibenarkan keluar hospital.

Hanya doa di kejauhan. Adik akan berada di Bahagian Forensik Hospital. Lega bila tahu ayah pergi dalam keadaan yang tenang sangat. Alhamdulillah Ya Allah, katanya, menjelaskan bapanya bukan antara jemaah tabligh yang hadir ke Masjid Seri Petaling, awal bulan ini.

Nukilan Syahira yang meruntun hati itu, mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen yang rata-ratanya mendoakan arwah bapanya serta mendoakan keluarganya diberi kekuatan moral berdepan kesukaran itu.

Syahira turut memuat naik gambarnya bersama bapa dan ibunya, sambil mengucapkan terima kasih kerana Idris menjadi seorang bapa dan suami yang baik.

Ayah kini di tempat lebih baik sekarang. Kami sayangkan ayah, tapi Allah lebih sayangkan kamu, katanya.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kematian ketujuh, yang juga kes ke-290 dijangkiti COVID-19 membabitkan lelaki berusia 57 tahun, yang mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan kontak dengan kes positif COVID-19 daripada kluster tabligh.

Beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 18 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam, batuk dan sakit tekak selama seminggu.

Keadaan kesihatan beliau kemudiannya merosot sehingga memerlukan bantuan pernafasan pada keesokan harinya. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 3.22 petang hari ini, katanya.
ETnvi4TUYAE36lo.jpg

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni girl/family yang kena Covid 19 masa pi kenduri tu ke? Yang girl tu hada up status kat socmed warned kenalan sheol positif Covid 19?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
dia bukan tabligh
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapak dia arwah Tu salam ngan puak tabligh Kan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
salam takziah. semoga adik ni & kkaknya selamat sembuh. sedihnya hilang ahli kluarga tsyg. xdpt join urus pngbumian plak tu. al-fatihah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tobby at 21-3-2020 10:14 PM

Oleh Ayman Rashdan Wong

COVID-19 memang boleh dikawal. Manusia sebaik-baik ciptaan Tuhan tak kan tak dapat lawan virus.

Untuk hari ke-2 berturut-turut, tiada kes baru dicatat di Wuhan, pusat penyebaran virus yang asal. Sekarang Wuhan tunggu masa nak umum bebas virus sejak 27 kes pertama dicatatkan pada 31 Disember 2019.

Kemenangan besar buat penduduk Wuhan dan China. Doktor dan jururawat di Wuhan sempat menanggalkan topeng secara simbolik untuk meraikan kemenangan.

Sementara itu, Itali mencatatkan rekod kematian dalam sehari yang terbesar 2 hari berturut-turut (475 dan 427 kes), menjadikan jumlah kematian di Itali 3405, potong China (3245) menjadi negara yang paling ramai korban.

Bandar seperti Bergamo dah tak mampu nak uruskan jenazah yang bertimbun, tanah perkuburan perlu ditutup, kena pakai trak tentera untuk angkut jenazah ke tempat lain.

Itali ialah negara ke-2 selepas China yang melaksanakan "lockdown" (perintah duduk rumah), tapi apesal tak nampak pun kesan dia? Jadi makin teruk ada lah.

Bila lockdown dilaksanakan, semua orang tak dibenarkan keluar rumah kecuali beli barangan asas atau ada urusan mustahak. Kena ada surat tunjuk sebab kenapa nak keluar. Tapi biasa lah, orang China memang jenis tak faham bahasa juga.

Di situ lah gunanya komunisme (maksud aku untuk China, jangan tuduh aku pro-komunis pulak). Tak ada surat, bersiap sedia lah kena bantai dengan polis. Bantai kaw punya. Orang degil nak berkumpul main mahjong, meja mahjong pun polis bantai sekali.

Jadi memang tak ada orang berani keluar rumah dan berkumpul. Keadaan terkawal.

Orang Itali pula memang jenis manja campur degil. Suruh duduk rumah, nak nyanyi kat balkoni lah, nak main muzik lah, nak berpuisi lah. Lepas bosan nak keluar jalan-jalan jugak. Nak jogging lah, nak cycling lah, nak bawa anjing jalan-jalan lah. Ada je alasan dia.

Yang lagi sadis, disebabkan ada penduduk yang pakai alasan nak check bungkusan di pejabat pos untuk lepak, ada 2 posmen di Bergamo kena jangkit dan meninggal.

Dalam minggu pertama lockdown dilaksanakan, polis keluarkan 46000 saman: 43000 sebab orang langgar perintah duduk rumah, 926 orang sebar berita palsu, 1473 peniaga langgar perintah tutup premis. Tengok lah betapa degilnya orang Itali ni. Polis Itali pula lembut, tak berani bantai orang macam polis China.

Sampai 2 hari lepas pun Gabenor Lombardy (negeri yang paling teruk kena wabak dan tempat terletaknya Bergamo), Attilio Fontana masih perlu merayu-rayu penduduk jangan keluar rumah lagi. "State a casa" (duduk di rumah), atau "chiederemo provvedimenti pi rigorosi" (kami akan bermohon untuk bertindak lebih tegas). Alahai lembutnya bahasa. Bangsa yang sampai pemimpin kena rayu-rayu ni bangsa yang tak ada harapan dah.

Disebabkan jumlah pesakit Itali yang semakin ramai (591 daripada 1 juta orang, 10 kali ganda China), doktor dan jururawat yang sedia ada dah tak menang tangan. Malah 8% daripada jumlah pesakit adalah doktor dan jururawat. Ingat hari-hari duduk merawat pesakit tak ada risiko dijangkit ke. Jadi sekarang semua pelajar perubatan tahun akhir pun dipanggil untuk berkhidmat, semua belum lepas exam lagi pun.

Apa yang orang Itali boleh buat sekarang hanya berserah je lah. Lockdown gagal.

Ada negara yang tak perlu lockdown pun. Macam Korea Selatan, 4 hari lepas masih negara ke-4 paling teruk kena virus. Hari ni dah jatuh ke no. 8.

Orang Korea hargai kebebasan dan demokrasi mereka, jadi mereka duduk rumah, tak berkumpul, kalau keluar pun berjarak 1 meter, sentiasa membasuh tangan. Topeng tu jangan kata lah, kalau tak ada wabak pun mereka pakai topeng. Kerajaan tak payah suruh pun.

Begitu juga dengan Taiwan, Hong Kong dan Singapura, tak perlu lockdown, pandai-pandai jaga diri. Sebab itu keadaan mereka terkawal.

Of course bukan rakyat jelata je kena mainkan peranan. Yang majikan golongan kapitalis ni, 14 hari tak niaga tak mati lah, ekonomi tak lumpuh terus. Nak 14 hari tak niaga tapi pastu boleh berniaga dengan bebas, atau pun nak mensia-siakan 14 hari, tambah lagi 14 minggu atau 14 bulan tak dapat berniaga baru puas hati?

Manusia akan gagal lawan virus apabila manusia mensia-siakan sifat yang diberikan oleh Tuhan: disiplin, sabar, tak pentingkan diri, tak ikut emosi dan nafsu. Semua tu bergantung kepada diri sendiri sebenarnya.

#KhutbahDudukRumah
#TazkirahJumaat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Allah kurniakan kesabaran dan ketabahan pada keluarga beliau...semoga adik ini dgn kakaknya cepat sembuh..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan family mmg tak boleh urus jenazah covid...innalillah dan semoga mereka sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Stay Home Now.  Flatten the Curve.  Msia COVID19 trajectory is similar to Italy.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts

Berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul..
Semoga adik sekeluarga tabah & celat sembuh bersama kakak
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Saat ini terasa lemahnya manusia.. Hanya kpd Allah km memohon
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian nye.. Terfkr jugak.. Adakah virus covid ni dia blh ikut suhu kita.. Sbb kalo kat China dia x thn panas.. Kat Malaysia ni panas dentum2 kan..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Her father ni ada history pegi vietnam juga kan on 5 march tu.. and ada jgk contact from someone tabligh.x de confirmation kan dia actually dpt dr mana. Tp satu je nak ckap..adui brani nya travel2 ke vietnam during this period.mac tu memang dah kecoh pasal covid kot
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
sueda80 replied at 21-3-2020 10:49 PM
Her father ni ada history pegi vietnam juga kan on 5 march tu.. and ada jgk contact from someone tab ...

Kerja mungkin.

Al-fatihah utk beliau. Moga ditempatkan bersama golongan yg beriman.

Rest sir.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
L_Z replied at 21-3-2020 10:04 PM
Bapak dia arwah Tu salam ngan puak tabligh Kan...

Salam dengan Tabligh Kat airport....kawan kepada kawan meols pon kena....Salam dengan Tabligh kat airport balik dari vietnam Atas urusan kerja.

Mungkin org YG sama
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan kat twitter dia kata bapak dia rajin ke masjid. Dan kebetulan ada orang tabligh tu pun sembahyang di masjid sama dan dapat dari orang tabligh tu la
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
So sad  Salam takziah smga arwah dtmptkan dlm klgn para solihin.. slm takziah buat keluarga.. nasib kita sendiri xtahu mcm mana
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 21-3-2020 10:00 PM
Ni girl/family yang kena Covid 19 masa pi kenduri tu ke? Yang girl tu hada up status kat socmed warn ...

Itu nur najwa kan..kkm kata fake news. Tapi dia positif covid. Dia sendiri kata bukan fake. Its on her fb.

Ntah kenapa kkm beria kata fake news.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah.. ya Allah ringankanlah beban keluarga ini. Kuatkan lah mereka. Permudahkanlah segala urusam mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak saudaranya tabligh yg positif tu, amik arwah ni kat epot. Time tu arwah balik dr vietnam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list