Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
744
View
4
Reply

COVID-19: PAHALA BERSABAR, IHTISAB, DUDUK DI RUMAH (TIDAK KELUAR ) KETIKA WABAK MEREBAK

[Copy link]

Author: Kilokahn       Show all posts   Read mode

Author
Post time 20-3-2020 06:06 PM | Show all posts |Read mode
COVID-19: PAHALA BERSABAR, IHTISAB, DUDUK DI RUMAH (TIDAK KELUAR ) KETIKA WABAK MEREBAK
Wajib mentaati perintah Waliyyul Amri ketika ini, bahkan sesiapa yang menahan dirinya di negerinya, di rumahnya lalu dia BERSABAR, IHTISAB ( beriman dan mengharap pahala) maka dia mendapat pahala seperti berjihad di jalan Allah, dan mendapat pahala seperti Ribat (berjaga di perbatasan) dan juga pahala seperti mati syahid.
Dari Ummul Mukminin Aisyah RA berkata:
  أنَّها سألتْ رَسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ عنِ الطَّاعونِ، فأخبَرَها نَبيُّ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ أنَّهُ كان عَذابًا يَبعَثُه اللهُ عزَّ وجلَّ على مَن يَشاءُ، فجعَلَه اللهُ رَحمةً لِلمُؤمِنينَ، فليس مِن عَبدٍ وقَعَ الطَّاعونُ في بَلَدِه، فيَمكُثُ في بَلَدِه صابِرًا مُحتسِبًا، يَعلَمُ أنَّه لن يُصيبَه إلَّا ما كتَبَ اللهُ له، إلَّا كان له مِثلُ أجْرِ شَهيدٍ.
" Bahawasanya beliau pernah bertanyakan Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallan berkenaan wabak penyakit yang merebak, lalu Nabi Shallallahu'alaihiwasaam mengkhabarkan kepadanya bahawasanya ia dahulu adalah azab yang diutuskan Allah 'Azza wa Jalla kepada sesiapa yang Dia kehendaki, lalu Allah menjadikannya rahmat untuk kaum mukminin, tiadalah seorang hamba yang wabak penyakit berlaku di negerinya, lalu dia tetap menetap di negerinya dalam keadaan bersabar serta muhtasib(mengharap pahala), dia mengetahui bahawasanya tidaklah akan menimpanya melainkan apa yang telah dituliskan Allah kepadanya melainkan dia akan mendapat pahala semisal pahala syahid".
[ HR Ahmad dalam Musnadnya no:25212, kata Syeikh Syu'aib Al-Arnauth sanadnya sahih menurut syarat Al-Bukhari ]
Dari Ummul Mukminin Aisyah RA, Nabi Sallallahu alai hiwasallam bersabda:
ومَن أقامَ فيهِ [ كانَ ] كالمرابطِ في سبيلِ اللَّه ، ومَن فرَّ منهُ كانَ كالفارِّ منَ الزَّحفِ
" Barangsiapa yang menetap di dalam negerinya (yang dilanda wabak) maka dia seperti Murabit (mujahid yang berjaga di perbatasan) di atas jalan Allah, dan barangsiapa yang melarikan diri darinya maka dia seperti (dosanya) melarikan diri ketika pertempuran perang".
[ Silsilah Al-Sahihah no: 1928 ]
Pahala ini hanya akan diperolehi bagi mereka yang ada syarat-syarat, bersabar, ihtisab (beriman dan mengharap pahala) dan yang paling penting amalannya itu fi Sabilillah. Contoh mereka yang menyibukkan dengan tugasan kerja, menjaga anak, menuntut ilmu, beribadah dan berdakwah dilakukan kerana Allah.
Wallahu'alam.


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-3-2020 06:07 PM | Show all posts
[SEKARANG, DUDUK DI RUMAH SAHAJA PUN DAPAT PAHALA!!]

Umm al-Muminn ʿĀishah C semoga Allh meredai beliau C meriwayatkan bahawa Raslullh s.a.w. bersabda:

وَمَنْ أَقَامَ فِيهِ كَالْمُرَابِطِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، وَمَنْ فَرَّ مِنْهُ كَانَ كَالْفَارِّ مِنَ الزَّحْفِ

Sesiapa yang tetap tinggal [dalam wilayahnya kerana tidak mahu menyebarkan wabak ini, pahalanya adalah] seperti al-Murbiṭ [yang berjihad] di jalan Allh, dan sesiapa yang melarikan diri daripadanya, [dosanya] adalah seperti dia lari dari medan peperangan.

Hadis ini diriwayatkan oleh Imm al-Ṭabarn dalam Muʿjam al-Awsaṭ (5666) dan hadis ini dinilai ṣaḥḥ oleh Shaykh Muḥammad Nṣir al-Dn al-Albn dalam kitabnya Silsilat al-Aḥdth al-Ṣaḥḥah (1928).

Murbiṭ ialah penjaga sempadan, yang mana pahala bagi seorang Murbiṭ adalah sangat banyak, antaranya termasuklah:

Raslullh s.a.w. bersabda:

رِبَاطُ يَوْمٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا عَلَيْهَا

Sehari berkawal di sempadan di jalan Allh adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya.

Hadis ini diriwayatkan oleh Imm al-Bukhr dalam Ṣaḥḥ al-Bukhr (2892).

Raslullh s.a.w. juga bersabda:

كُلُّ مَيِّتٍ يُخْتَمُ عَلَى عَمَلِهِ إِلَّا الَّذِي مَاتَ مُرَابِطًا فِي سَبِيلِ اللَّهِ، فَإِنَّهُ يُنْمَى لَهُ عَمَلُهُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَيَأْمَنُ مِنْ فِتْنَةِ الْقَبْرِ

Setiap kematian akan mengakhirkan [aliran] amalan kebajikan melainkan pengawal sempadan yang mati di jalan Allh, sesungguhnya aliran pahalanya kekal sehingga ke hari Kiamat dan dia diselamatkan daripada fitnah kubur.

Hadis ini diriwayatkan oleh Imm al-Tirmdih dalam Jmiʿ al-Tirmidh (1621) dan Imm al-Tirmidh mengatakan bahawa hadis ini ḥasan ṣaḥḥ.

Begitulah, sekarang dengan perbuatan kita tinggal di rumah, tidak keluar rumah, tidak keluar kawasan dengan niat yang ikhlas untuk tidak menyebarkan penyakit ini merupakan suatu ibadah yang menjana ganjaran yang sangat besar dari Allh. In Sh Allh, kesabaran kita dalam menunggu bala ini hilang adalah satu bentuk ibadah yang juga akan menjana ganjaran pahala dari Allh.

Oleh kerana itu, Imm ibn Rajab al-Ḥanbal dalam kitabnya Nr al-Iqtibs berkata:

والتظار الفرج بالصبر عبادة، فإن البلاء لا يدوم

Menunggu hilangnya [bala] dengan kesabaran ialah ibadah, sesungguhnya bala itu tidaklah kekal selamanya.

Lihat:

al-Albn, Muḥammad Nṣir al-Dn, Silsilat al-Aḥdth al-Ṣaḥḥah wa Shay min Fiqhiha wa Fawidiha, j. 4, h. 561. Riyḍ: Maktabat al-Maʿrif, t.t.

al-Bukhr, Muḥammad bin Ismʿl, Ṣaḥḥ al-Bukhr, taḥqq: Muḥammad Fud ʿAbd al-Bq. al-Qhirah: Dr al-Ḥadth, 2011M/1432H.

al-Ḥanbal, ʿAbd al-Raḥman bin Aḥmad, Nr al-Iqtibs f Mishkt Waṣiyyat al-Nab li-ibn ʿAbbs, h. 125, taḥqq: Muḥammad bin Nṣir al-ʿAjam. Cetakan keempat. Bayrt: Dr al-Bashir al-Islmiyyah, 2003M/1424H.

al-Tirmidh, Muḥammad ibn Īs, Sunan al-Tirmidh, taḥqq: Muḥammad Nṣir al-Dn al-Albn. Cetakan ketiga. Riyḍ: Maktabat al-Marif lil-Nashr wa al-Tawz, 2008M/1429H.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-3-2020 06:08 PM | Show all posts
Covid 19 & Kisah Semut di dalam Quran

Ketika semut merasakan ada bahaya yang akan menimpa dia segera memerintahkan kaumnya dengan berkata

ادخلوا مساكنكم
MASUKLAH (berdiam diri) kamu ke Tempat tinggal masing2

Tak boleh kah kita mengambil pengajaran kisah semut dari Al-Quran???

Tadabbur surah Annaml
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-3-2020 06:10 PM | Show all posts
PRAKTIKAL AKIDAH AHLI SUNNAH: Allah Taala Maha Berkuasa, Dia jugalah bagi dekat kuman, bakteria dan virus ada kuasa, sudah tentulah kuasa kuman dan bakteria itu tidak sama dengan KEKUASAAN ALLAH kerana ALLAH itu TUHAN sedangkan kuman itu makhlukNya yang halus.

Kuman, bakteria dan virus tidak boleh memudaratkan kita tanpa izin dan Kehendak Allah, tapi kita masih kena usaha untuk mencegah kerana Allah Yang Maha BERKUASA itu jugalah berikan kita kuasa dan kehendak serta perintahkan kita supaya menjaga kebersihan dan mencegah diri dari kemudaratan yang Dia cipta pada kuman, bakteria dan virus. Selepas berusaha barulah kita tawakkal kepada Allah dan itulah tawakkal yang sempurna.

Jika kita tidak gunakan kehendak dan kuasa yang Allah berikan kepada kita untuk melaksanakan apa yang Allah perintahkan lalu kita ditimpa mudarat disebabkan kelalaian kita maka janganlah kita mencela melainkan diri kita sendiri.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-3-2020 06:12 PM | Show all posts
[SEDANG DUDUK DI RUMAH, DIKUARANTIN, NAK BUAT APA DI RUMAH?]

Imm Ab Nuʿaym al-Aṣfahn meriwayatkan dalam kitabnya Ḥilyat al-Awliy bahawa Imm al-Shfiʿ berkata:

لَمْ أَرَ أَنْفَعَ لِلْوَبَاءِ مِنَ التَّسْبِيحِ

Aku tidak melihat [apa-apa amalan yang] lebih bermanfaat ketika dilanda wabak melainkan [dengan] bertasbih (yakni mengingati Allh).

Oleh itu, ketika kita semua diperintah oleh waliyy al-amr (pemerintah) untuk duduk di dalam rumah dan kurangkan aktiviti luar, maka kita ambillah peluang ini untuk memperbanyakkan amalan-amalan yang mengingatkan kita kepada Allh.

Banyakkan berzikir, membaca al-Qurn, membaca hadis-hadis Nabi, mendengar kuliah-kuliah agama yang ṣaḥḥ dan selainnya. In Sh Allh dengan amalan soleh kita, bala wabak ini akan diangkat oleh Allh.

Oleh kerana itu, Imm ʿAbd al-ʿAzz bin Waliyy Allh al-Dihlaw dalam kitabnya Bustn al-Muḥaddithn berkata:

وقراءة (الصحيح) عند الشدة وخوف العدو والمرض والجدب والقحط دواء مجرب

Dan membaca Ṣaḥḥ [al-Bukhr] ketika kesusahan, ketakutan [terhadap] musuh, [ditimpa] sakit, [dilanda] kemarau dan kegersangan [merupakan] ubat yang mujarab.

Sama sahaja dengan amalan-amalan soleh yang lain seperti membaca al-Qurn. Yang dimaksudkan ubat di sini ialah ubat bagi penyakit hati, dan penyakit-penyakit fizikal juga kadang-kadang ada kaitan dengan penyakit hati. Kerana al-Qurn dan al-Ḥadth sememangnya penyembuh bagi segala penyakit hati, dan juga penyakit kejahilan. Oleh kerana itu, pada zaman sahabat dan salaf al-ṣliḥ, tentera-tentera Islm semua memperbanyakkan bacaan al-Qurn ketika waktu malam.

Inilah sifat golongan mukmin, mereka senantiasa mengingati Allh sewaktu senang dan susah. Shaykh ʿAbd al-Raḥman bin Nṣir al-Siʿd berkata:

وإنما المؤمن الكامل الذي يعرف ربه في السراء والضراء، والعسر واليسر

Hanya sanya seorang mukmin yang sempurna itu ialah yang mengetahui (yakni: mengingati) Tuhannya pada [waktu] sihat dan sakit, [pada waktu] susah dan senang.

Lihat:

al-Aṣfahn, Aḥmad bin ʿAbd Allh, Ḥilyat al-Awliy wa Ṭabaqt al-Aṣfiy, j. 9, h. 136. Bayrt: Dr al-Fikr, 1996M/1416H.

al-Dihlaw, ʿAbd al-ʿAzz bin Waliyy Allh, Bustn al-Muḥaddithn f Bayn Kutub al-Ḥadth wa Aṣḥbih al-Ghir al-Maymn, h. 75, taḥqq: Muḥammad Akram al-Nadw. Bayrt: Dr al-Gharb al-Islm, t.t..

al-Siʿd, ʿAbd al-Raḥman bin Nṣir, al-Mawhib al-Rabbniyyah min al-Āyt al-Qurniyyah, h. 36, taḥqq: ʿUmar al-Muqbil. Cetakan pertama. Riyḍ: Markaz Tadabbur lil-Dirst wa al-Ishtishrt, 2011M/1422H.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list