Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
1865
View
20
Reply

Doktor Malaysia Kongsi Suasana Kawasan Saringan Covid-19, Bertugas 12 Jam Sehari

[Copy link]

Author: top5complete       Show all posts   Read mode

Author
Post time 16-3-2020 09:53 AM | Show all posts |Read mode
Wabak koronavirus (Covid 19) semakin membimbangkan dan yang paling ketara sekali berlaku kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Para petugas dan doktor di Malaysia kini sedang pertaruhkan nyawa mereka sendiri dalam proses membuat saringan pesakit yang disyaki dijangkiti COVID-19.



Foto: Facebook



Kita sebagai rakyat biasa mungkin tidak tahu apa keadaan sebenar yang terjadi di kawasan saringan dan hospital. Baru-baru ini seorang doktor telah berkongsi suasana kawasan saringan sebenar di Facebook miliknya.


Melihat pada perkongsian tersebut, kawasan saringan wabak COVID-19 rupanya dilakukan di dalam khemah yang dipasang di luar bangunan hospital.Ikuti penjelasan doktor ini.



Foto: Facebook



Proses saringan bagi setiap pesakit mengambil masa 45 minit. Petugas kesihatan perlu menyalin Personal Protective Equipment (PPE) seperti mask, double gloves, face shield, apron untuk SETIAP pesakit yang disaring.


Mereka juga dikatakan terlalu sibuk sehinggakan tidak sempat makan tengah hari kerana setiap saringan memakan masa yang lama dan terdapat ramai pesakit yang perlu disaring.




Foto: Facebook



Doktor itu juga berkongsi yang mereka terpaksa bertugas dari jam 8 pagi sehingga 8 malam, iaitu 12 jam bekerja sebelum syif bertukar.


Inilah pengorbanan yang terpaksa dihadapi mereka setiap hari, kita sebagai rakyat biasa sepatutnya bersyukur dan berterima kasih kepada semua petugas kesihatan dan doktor yang sanggup berkorban nyawa di barisan hadapan. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 16-3-2020 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
May Allah protect us all!

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2020 11:17 AM | Show all posts
Adik I kje nurse hospital Putrajaya..harap beliau dan family selamat..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2020 11:29 AM | Show all posts
Harap keselamatan dan kesihatan mereka di barisan hadapan ni pun dijaga sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2020 01:58 PM | Show all posts
Edited by jebatmaspunyer at 16-3-2020 02:00 PM

team dapur patut buat finger food. buat mkann kecik2 setakat 1 bite cam sandwich ke, at least make sure dorang dpat makan utk tenaga..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2020 04:27 PM | Show all posts
jebatmaspunyer replied at 16-3-2020 01:58 PM
team dapur patut buat finger food. buat mkann kecik2 setakat 1 bite cam sandwich ke, at least make s ...

Yang peniaga2 finger food tu boleh kan buat sumbangan ke mereka ni?..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2020 05:25 PM | Show all posts
Harap mereka terus bersemangat dan sentiasa dalam kesihatan yang baik sepanjang bertugas berjuang melawan virus yang tengah menganas sekarang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2020 07:56 PM | Show all posts
semoga semua nya dilindungi dan mudah2an dipermudahkan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2020 03:27 PM | Show all posts
moga dipermudahkan & dilindungi utk semua mereka yg terlibat...adik ipar i nurse dah dipanggil utk terlibat dgn proses saringan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2020 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga mereka & kita smua dlindungi oleh-Nya. terima kasih kpd mereka2 yg btugas mmprtaruh nyawa merawat, melawan, cuba mncegah pandemik yg blaku skrng ni.
hanya Allah yg mmpu mmbalas jasa each & every one of u
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2020 09:12 AM | Show all posts
semoga semua dipermudahkan urusan
dilimpahi rahmat dari allah dan dkurniakan kesihatan yg baik

#fightcovi19
#stopblaming
#timeforunity
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2020 11:48 AM | Show all posts
Boomibulat replied at 16-3-2020 11:17 AM
Adik I kje nurse hospital Putrajaya..harap beliau dan family selamat..

hospital putrajaya tu chill2 je. xpyah nk risau. kes2 trntu je putrajaya amek. MO ED pon chill2 je amek gmbr most of the time.

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga diorang semua baik2 & di beri kesabaran utk berhadapan dgn pelbagai kerenah manusia.. kuatkanlah semangat mereka.. kita pun boleh tolong mereka #stayathome
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Adik i suami isteri kerja lab....memang stres,sampel convid beratus tggu turn nak run setiap hari..tu hospital daerah...dia ngan suami dah seminggu x bersua muka..dia kerja suami jaga anak..suami kerja,dia jaga anak...i doakan Allah lindungi dan beri kekuatan serta kesihatan kpd barisan hadapan negara
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Aai2 replied at 20-3-2020 08:35 AM
Adik i suami isteri kerja lab....memang stres,sampel convid beratus tggu turn nak run setiap hari..t ...

Amin... Tinggi pengorbanan mereka, yang ramai rakyat bodo tak reri hargai karna takda family or kawan rapat keja di bidang kesihatan, keselamatan dan essential service.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
kakak meols memang bertugas di perimeter covid kat hosp dia..harap team dia dan kawan2 sentiasa dilindung Allah
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena kerja kat kaunter saringan ni minggu depan. Basically pt pui yg di home quarantine dulu... Shift aku 10pm - 8am... Datang kena lapor diri, salin baju pakai ppe, mask, gloves. Lps hbs shift, sblm balik rumah kena mandi dulu n tukar baju... Ada prosedur2 kerja yg perlu dipatuhi. Kakak aku dah pesan bw 2 set baju. Baju pergi n baju balik. Berdebar nak lalui, tp bila pikir yg doktor n nurse lg teruk, so aku muhasabah diri aku. Hopefully gelombang besar covid19 ketika ini akan semakin reda sedikit masa lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
seeriesagain replied at 20-3-2020 07:19 PM
Kena kerja kat kaunter saringan ni minggu depan. Basically pt pui yg di home quarantine dulu... Shif ...

Selamat bertugas... insyaallah semoga usaha anda mendpt ganjaran syafaat diakhirat kelak kerana berjuang menyelamatkan nyawa manusia...I doakan semoga Allah kurniakan kekuatan mental,kesihatan serta dilindungiNya utk u dan frontliner lain
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Suami iols pula keja di lapangan..memujuk..mencari..menyiasat..balik umah nk sembang pun dia tk larat..penat sgt..huhu semoga semua ni cepat la akhir..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 04:32 AM From the mobile phone | Show all posts
seeriesagain replied at 20-3-2020 07:19 PM
Kena kerja kat kaunter saringan ni minggu depan. Basically pt pui yg di home quarantine dulu... Shif ...

terasa sayu dan sedih nk menitis air mata mengenangkan petugas barisan hadapan utk covid ni....semoga semua berjaya harungi masa2 getir ini yer....
semoga semua petugas dan semua rakyat malaysia dilindungi...trmasuk mangkuk2 degil perintah kawalan pergerakan tu aku doakan lah jgk....aminnnn
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list