Kebimbangan terhadap wabak Covid-19 membuatkan orang ramai semakin berhaga-jaga terutama dalam soal kebersihan.
Terbaru, hanya kerana dilihat seolah-olah tidak membasuh bahan masakan, pelakon Zarina Zainuddin diserang makcik bawang yang menuduhnya tidak menjaga kebersihan dengan baik.
Kredit foto: IG
Zarina baru-baru ini, berkongsi video memasak asam pedas menggunakan periuk keluaran AS Legacy.
Bagaimanapun, seorang individu tampil menuduh Zarina tidak menjaga kebersihan kerana tidak membasuh daun kesum sebelum memasukkannya ke dalam masakan.
"Tak takut Koronavirus ke?"
Tindakannya itu bagaimanapun ditempelak warganet lain yang berpendapat setiap orang memiliki cara memasak tersendiri.
Zarina juga mengesahkan sudah membasuh daun berkenaan terlebih dahulu sebelum memasaknya.
"Suka-suka hati dia cakap tau...Cium karang," tulisnya.
Kredit foto: IG
Alahai makcik, tak pasal-pasal nak dicium Zarina. - CARI