Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
457
View
11
Reply

Persediaan Kewangan Hadapi Hilang Upaya dan Sakit Kritikal

[Copy link]

Author: easicircle       Show all posts   Read mode

Author
Post time 6-3-2020 02:43 PM | Show all posts |Read mode
Edited by easicircle at 11-3-2020 04:47 PM

Kesihatan tubuh badan adalah suatu anugerah paling berharga. Tanpa tubuh badan yang sihat sesiapa sahaja tidak mampu untuk bekerja dan mencari nafkah. Lebih-lebih lagi sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti hilang upaya, kematian, sakit kronik mengakibatkan anda serta ahli keluarga hilang punca pendapatan dan tempat bergantung.

Hal ini pasti tidak dapat dielakkan jika kita menjadi satu-satunya tempat mereka bergantung. Seperti anda sedia maklum kos perubatan dan kos pemulihan memerlukan sumber kewangan yang banyak.

Bagaimana dengan keluarga dan komitmen bulanan yang perlu ditanggung? Pasti keadaan ini akan memberi tekanan kerana perlu terus membayar tanggungan bulanan yang dahulunya boleh dilunaskan sewaktu mampu bekerja

Namun beban kewangan yang ditanggung dapat dikurangkan jika anda terlebih dahulu membuat persediaan kewangan dan menyediakan perlindungan untuk menghadapi risiko yang tidak terduga.

Di sini pentingnya perlindungan insurans perubatan dan kesihatan sebagai persediaan yang sering dianggap bukan keperluan dan tidak penting, merupakan salah satu perlindungan kewangan terbaik yang bakal membantu anda daripada sebarang kemungkinan.

Selain daripada melindungi diri, keluarga, insan tersayang dan harta benda anda. Kelebihan insurans perubatan dan kesihatan adalah seperti berikut:

  • Bantuan kewangan disaat anda ditakdirkan hilang pekerjaan dan hilang upaya akibat kemalangan.
  • Sesetengah polisi insurans mempunyai manfaat membayar sejumlah wang secara harian sebagai pendapatan hospital, sekiranya anda perlu tinggal di hospital selama mana yang telah ditetapkan dalam polisi.
  • Menanggung bil hospital selama mana anda perlu mendapatkan rawatan akibat penyakit kronik atau kemalangan. Namun mengikut had tahunan polisi anda.
  • Meringankan beban kewangan keluarga anda jika anda sebagai pencari nafkah utama tidak boleh bekerja akibat hilang upaya. Pampasan yang diterima boleh digunakan bagi mengurangkan menampung perbelanjaan dan kos rawatan.
  • Kos kemasukan ke hospital dan penjagaan kesihatan sekiranya anda didiagnosis dengan penyakit yang dilindungi seperti, hilang upaya dan ditimpa kemalangan.

Sudah pasti anda rasa bertanggungjawab terhadap keluarga dan inginkan ketenangan minda tanpa perlu terbeban memikirkan komitmen yang harus ditanggung, kos perubatan, dan pemulihan jika berlaku perkara tak diduga. Jadi masih belum terlewat untuk anda menyediakan insurans perubatan komprehensif serendah RM2 sehari untuk melindungi diri, keluarga dan insan tersayang. Siapa yang layak memohon? Terbuka kepada mereka berumur di di antara 17 hingga 45 tahun (berdasarkan hari lahir seterusnya) layak memohon ManuEZ-MEd.

Dua jenis pelan komprehensif Platinum dan Gold. Anda boleh memilih mengikut keperluan manfaat perlindungan yang anda inginkan. Pelan yang sesuai terutama untuk golongan muda atau mereka yang sedang mencari perlindungan insurans perubatan komprehensif. Premium bulanan atau tahunan yang berpatutan dan tidak membebankan pasti akan membantu anda untuk memiliki perlindungan perubatan dan kesihatan. Berikut seperti jadual di bawah yang boleh dirujuk.

Manulife Monthly Mode.jpg Manulife Annual Mode.jpg


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2020 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus topik ni, How important insurance ni utk semua. Tapi... mcm x sesuai je kat usahawan TT. Unless u ada nak tambah, maybe aspek pengurusan kewangan? pls put more details like related to financially and management. Or sy move kesana bod perubatan. I give u a day okay.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-3-2020 03:39 PM | Show all posts
adila39 replied at 6-3-2020 02:57 PM
Bagus topik ni, How important insurance ni utk semua. Tapi... mcm x sesuai je kat usahawan TT. Unles ...

Assalamualaikum, ikut you lah sis nak masuk thread mana berkaitan i pun tak berapa mahir nak pilih TT. Mohon jasa baik move kat TT yang berkaitan. Tujuan utama hanya untuk beri kesedaran dan sedikit perkongsian yang bermanfaat. Terima kasih.

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2020 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
easicircle replied at 6-3-2020 07:39 AM
Assalamualaikum, ikut you lah sis nak masuk thread mana berkaitan i pun tak berapa mahir nak pilih ...

waalaikumsalam. Oh bawah tu ada link. Okayla.. biar je sini.

Mybe u boleh beri cth  let say I hanya ada peruntukan Rm150 monthly. So apa yg sesuai untuk pakej perlindungan insurance.. hospitality je ke or and yeah hibah tu macam mana pulak.. perhaps u boleh put details lagi.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-3-2020 05:52 PM | Show all posts
adila39 replied at 6-3-2020 04:13 PM
waalaikumsalam. Oh bawah tu ada link. Okayla.. biar je sini.

Mybe u boleh beri cth  let say I h ...

Ok later i akan tambah details for contoh coverage. Thanks.

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2020 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
easicircle replied at 6-3-2020 09:52 AM
Ok later i akan tambah details for contoh coverage. Thanks.

actually kan... most agent shud guide bab ni... sbb ramai rasa beban nak bayar... so bila u show coverage base on berapa depa mampu.. chances them to buy is higher. Pastu mybe boleh jugak ckp pasal hibah and if plan yg ada savings.. education etc. Manulife ni local people x aware sgt rasanya... so kenalah bgtau kelebihan yg ada.

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2020 11:31 AM | Show all posts
Bagus perkongsian ini, untuk mendapatkan medical card takaful terbaik,

Kena rajin memahami konsep sebenar medical card Takaful, dan ia boleh melindungi usahawan dikala ditimpa musibah sakit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2020 10:30 AM | Show all posts
TT, i rasa i nak tukat my policy from prudential to AIA. You tau pape pasal AIA policy ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2020 10:31 AM | Show all posts
easicircle replied at 6-3-2020 09:52 AM
Ok later i akan tambah details for contoh coverage. Thanks.

kita tunggu sampai covid mai dah ..xd pun
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-3-2020 05:22 PM | Show all posts
adila39 replied at 24-3-2020 10:31 AM
kita tunggu sampai covid mai dah ..xd pun

Hi sorry since work from home due to this COVID-19 outbreak ni quite buy tak sempat nak eloborate detail kat thread ni pasal contoh coverage. But you can visit our website to look around about this product and we got promotion for new succesful policy akan dapat Voucher Lazada RM25/RM50 and some reward point for you to do redemption. Boleh check out kat sini https://www.easicircle.com/my/products/insurance-plan.aspx?PlanCode=MNLEZM or https://www.easicircle.com/my/home.aspx
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-3-2020 05:24 PM | Show all posts
adila39 replied at 24-3-2020 10:30 AM
TT, i rasa i nak tukat my policy from prudential to AIA. You tau pape pasal AIA policy ?

Boleh tau apa reason nak tukar and berapa lama dah dengan prudential?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
easicircle replied at 31-3-2020 09:24 AM
Boleh tau apa reason nak tukar and berapa lama dah dengan prudential?

ok nnt i tgk.. xd reason specific.. just sb agent yg buatkan anak i dah mcm x active je.. so i pulak jenis suka rely on agent. Dah lama.. 5yrs kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list