CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2567|Reply: 5

Syafiq Kyle dah nak kawin lerrrr

 Close [Copy link]
Post time 5-3-2020 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Sally6162 at 5-3-2020 06:26 PM

PELAKON Syafiq Kyle mendedahkan tahun ini tiada sebarang majlis istimewa membabitkan dia dan teman wanitanya, pelakon Mimi Lana bakal berlangsung.

Bagaimanapun Syafiq ketika ditemui berkata, dia sudah memasang niat untuk mendirikan rumah tangga, tetapi kini masih dalam proses mempersiapkan dirinya untuk bergelar suami.

“Setiap lelaki pasti mempunyai keinginan untuk mendirikan rumah tangga dan saya pun ada memasang impian ke arah itu.


"Malah, keluarga saya pun selalu berpesan kalau berkawan, jika tak ada duit nak berkahwin kena pasang niat dulu. Tapi itulah, sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi.

"Mungkin juga sebab jadual kerjaya kami berdua yang padat. Saya dan pihak wanita (Mimi) belum mempunyai masa yang sesuai untuk berbincang perkara ini dan kami menghormati waktu masing-masing.

"Malah, keluarga pun menyerahkan kepada kami untuk memilih memandangkan kerjaya dalam bidang ini (lakonan) pun tidak menentu," katanya ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Summeraya 2020 Rico Rinaldi di GMBB Kuala Lumpur , semalam.

Menurut Syafiq, sebelum mendirikan rumah tangga dia mahu mempersiapkan segalanya untuk keluarga terlebih dahulu.

"Saya perlu melunaskan tanggungjawab sebagai seorang anak sebelum mahu menjaga anak orang pula. Itu lebih penting sekarang daripada fikir soal bila nak kahwin.

“Apapun, saya kini perlahan-lahan mempersiapkan diri untuk menjadi ketua keluarga dan suami pada masa akan datang,” katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2020 06:36 PM | Show all posts
alhamdulillah.. smoga berjodohan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2020 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga berjodohan hingga ke jinjang pelamin capik n mimi
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2020 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Syafiq ni tinggi berapa? Lana tu tinggi 178cm kan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2020 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
oh ingat dah dekat nak kawin..tajuk tt pun..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2020 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry thread dah ada.. i close thread ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-2-2023 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.102464 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list