CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13597|Reply: 105

[Tempatan] Pesakit Covid-19 di acara dihadiri menteri, timb menteri..

  [Copy link]
Post time 2-3-2020 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Seorang pesakit Covid-19 dipercayai berada dalam keadaan kontak rapat (close contact) dengan seorang bekas menteri dan bekas timbalan menteri.

Malaysiakini difahamkan bahawa pesakit itu, yang merupakan pegawai kanan pengurusan Khazanah dan ketua sebuah syarikat berkaitan kerajaan, telah menghadiri satu acara kementerian yang dihadiri bekas menteri dan bekas timbalan menteri itu.

Ia merupakan satu majlis penghargaan untuk kedua-duanya yang meninggalkan kementerian tersebut, susulan pembubaran kerajaan PH.

Acara itu diadakan pada 27 Februari lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Terdahulu hari ini, Khazanah Nasional Berhad mengesahkan salah seorang kakitangannya telah dijangkiti wabak Covid-19.

Hari ini Kementerian Kesihatan mengumumkan empat kes positif Vocid-19 yang baru, menjadikan jumlah keseluruhan kes itu kepada 29.

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa kakitangan itu ialah Kes 26, iaitu salah satu daripada empat kes baru tersebut.

Menurut Kementerian Kesihatan, pesakit Kes 26 telah ke Shanghai pada pertengahan Januari lalu.

Dia kemudian mengidap demam dan sakit tekak pada 27 Februari - hari sama acara itu diadakan - dan disahkan positif Covid-19 dua hari kemudian.

Dia kemudian dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Sungai Buloh.

Berdasarkan bukti bergambar acara pada 27 Februari itu, pesakit Kes 26 dilihat berdiri beberapa kaki daripada bekas menteri dan bekas menteri itu.

Malaysiakini telah menghubungi kedua-duanya. Seorang enggan mengulas perkara itu, manakala seorang lagi belum memberi maklum balas.

Malaysiakini difahamkan yang sekurang-kurangnya seorang daripada mereka kini mengasingkan dirinya (self-quarantine) dan akan membuat pemeriksaan dalam masa terdekat.

Seorang telah menyertai kerajaan Perikatan Nasional manakala seorang lagi kekal bersama PH.

Mereka telah berhubung dengan kalangan anggota parlimen dalam siri pertemuan politik, di tengah-tengah kebuntuan berikutan tumbangnya kerajaan PH pada Isnin lalu.

Perlu dinyatakan bahawa setakat malam ini, belum ada bukti bahawa dua individu itu telah dijangkiti Covid-19.

Tambahan pula, Covid-19 mempunyai tempoh pengeraman (incubation period, iaitu tempoh antara pendedahan dengan virus dengan kemunculan simptom pertama) antara dua hingga 14 hari.

Maka hampir mustahil untuk kalangan yang ditemui bekas menteri dan bekas timbalan menteri itu untuk dijangkiti dalam tempoh masa yang begitu singkat, walaupun jika mereka berdua positif Covid -19.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2020 02:18 AM | Show all posts
aku mendoakan agar mereka semua terselamat daripada wabak berbahaya itu. amin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2020 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
JohnnyLever replied at 2-3-2020 02:18 AM
aku mendoakan agar mereka semua terselamat daripada wabak berbahaya itu. amin

Amin..semoga tak berjangkit dan merebak..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2020 02:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa pernah bersosial dan beliau mohon buat test yah...

  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2020 04:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu dia, mungkin petunjuk tohan, tokoh lgbt semburit pengasas gomen pintu belakang pulak jadi close contact. ..... Aritu ada yg kata hanya puak Cina selet je yg kena corona. Haaa naik je gomen pintu belakang terus ada Melayu yg kena :
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2020 05:04 AM | Show all posts
Huhuhu... Jgn jd mcm singapore n korea church case sudah
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2020 05:10 AM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 2-3-2020 02:36 AM
Siapa pernah bersosial dan beliau mohon buat test yah...

Katanya di china ada sorang makcik ni test 5 kali negatif pembawa covid. Tapi team medic tak percaya sebab dia highly suspected
Sebab makcik ni dah infect empat orang dalam family dia. Boleh pula dia jadi carrier je undetected pula tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2020 06:00 AM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 2-3-2020 05:10 AM
Katanya di china ada sorang makcik ni test 5 kali negatif pembawa covid. Tapi team medic tak perca ...

Kira virus tu x bg kesan pd dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2020 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg case wanita jepun tu. Dia infect nurse pelatih & perempuan duduk sama bilik kat hosp swasta. Baca kat fb kkm

Aku rasa yg lain tu false positif je. Budak kecik 1st sembuh (whole family kena) ngan warga usa (husband tak kena).

Cuba baca berita yg usa deny warga dia kena covid. cambodia pun test wanita usa takde covid. Husband dia pun tak kena.

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2020 06:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kementerian mana tu? Harap semua staff gi check
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2020 06:04 AM | Show all posts
harapnya dipermudahkan contact tracing kepada sesiapa yg ada direct interface dengan case di atas.
tak pe , jn panic just walked in to the indicated centres sahaja.
org org lain sebagai tjawab sosial, pi check jugaklah

anda membantu pihak epidemiologists and infection control team sebenarnya dengan menjalankan tjawab sosial.


UK ada positive case ke? yg latest.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2020 06:06 AM From the mobile phone | Show all posts
See. Mana incubation 14 hari. Malaysia ni tak follow ke berita overseas?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2020 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
lonso replied at 2-3-2020 06:00 AM
Kira virus tu x bg kesan pd dia

Ya antibpdi dia masih kuat nak lawan. Tapi dia carrier
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2020 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
bagus. rasain loh. dah kena kat kau sendiri baru nak menggelupur menggelabah tetek bagai kan. dari awal lagi dah suruh sekat kau degil duk pikir duit jah kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2020 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
cepheid replied at 2-3-2020 06:03 AM
Kementerian mana tu? Harap semua staff gi check

Kementerian bawah jemin rasanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2020 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
crazybeach replied at 2-3-2020 06:31 AM
bagus. rasain loh. dah kena kat kau sendiri baru nak menggelupur menggelabah tetek bagai kan. dari a ...

Kes 26 ni pesakit ada pergi ke shanghai Jan lepas..mula demam 27 Feb..bukan dari pelancong cina.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2020 07:32 AM | Show all posts
sblh opis aku..now we olls berdoa takde merebak sampai sini... uem tutup hari ni wei..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2020 07:36 AM | Show all posts
baca pagi td kat group ofis aku kata pengerusi UDA ni positif covid. kitorang baru je nak buat moa dgn UDA ni. harap2 staff ofis dia tak berjangkit laa
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2020 07:38 AM | Show all posts
JunkMail replied at 2-3-2020 02:36 AM
Siapa pernah bersosial dan beliau mohon buat test yah...

kata nya corvid-19 tak lekat pada melayu. Ada kah dia melayu purtama di jangkiti ?





Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2020 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Aritu tengok youtube, katanye jin yg buat kerja sebarkan. Interview ramai2 jin china. Hanya ada gen cina jer kena virus. Mungkin UDA ni ada mix cina kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-2-2023 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.113401 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list