Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
123Next
Return to list New
4159
View
44
Reply

[Politik] Bukan tun tapi Muhyiddin yang mastermind

[Copy link]

Author: Reymz       Show all posts   Read mode

Author
Post time 28-2-2020 08:56 PM | Show all posts |Read mode
Steady gak kalau betul Muhyiddin yg master mind... Anwar bertahun tahun lawan orang tua pun belum menang menang lagi

Muhyiddin 'tok dalang' sebenar?
News  |  Diterbitkan Hari ini 8:35 malam  |  Dikemaskini Hari ini 8:44 malam
A+
A-
ANALISIS l Sejak tercetus krisis politik negara, perhatian tertumpu kepada dua watak - Azmin Ali dan Dr Mahathir Mohamad - yang dilihat sebagai dalang yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan.

Azmin didakwa berperanan penting dalam "Langkah Sheraton" - rancangan untuk menukar PH dengan sebuah kerajaan yang dianggotai bersama Umno dan PAS - dan diterajui oleh Mahathir.

Pada masa yang sama, Mahathir dituduh tidak lagi komited kepada PH dan memungkiri janjinya untuk menyerahkan kuasa pemerintahan negara kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Walau bagaimanapun, peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang 24 jam lalu menunjukkan bahawa tok dalang wayang kulit yang sebenarnya adalah orang lain - Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.
Iklan

Pertama, pertimbangkan bahawa Azmin dan pengikutnya tidak lagi menyokong Mahathir sebagai perdana menteri dan menyatakan sokongan terbuka kepada Muhyiddin.

Kedua, Mahathir mendedahkan semalam bahawa rancangan sedang diatur untuk mencalonkan Muhyiddin sebagai perdana menteri sebuah kerajaan yang turut dianggotai oleh semua ahli parlimen Umno.

Sebelum ini, ahli parlimen Bersatu telah memberi sokongan padu kepada Mahathir, yang mahu menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan yang tidak terikat dengan sebarang parti dengan dirinya sebagai perdana menteri.

Terdapat juga laporan berita yang memetik Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendakwa bahawa semua ahli parlimen Umno dan PAS telah diarahkan untuk mencalonkan Muhyiddin sebagai perdana menteri ketika mereka mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Walaupun kedua-dua setiausaha agung Umno dan PAS menafikannya, beberapa ahli parlimen Umno memberitahu Malaysiakini bahawa ini adalah benar.

Muhyiddin sering mencuri tumpuan media sejak krisis politik itu meletus. Bagaimanapun, gerakan taktiknya semakin jelas.

Sementara beberapa menteri besar Bersatu seperti Faizal Azumu (Perak) dan Mukhriz Mahathir (Kedah) memilih untuk meneruskan mandat PH di negeri masing-masing, keadaannya berbeza di negeri asal Muhyiddin di Johor.


Semalam, kerajaan PH di Johor tumbang, sebahagiannya kerana tindakan Muhyiddin dan penyokongnya yang memutuskan untuk membentuk kerajaan baru dengan Umno dan PAS.

Muhyiddin adalah Adun Gambir. Justeru, sudah pasti Muhyiddin mengundi memilih kerajaan baru apabila beliau mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Petang tadi, Hasni Mohammad mengangkat sumpah sebagai menteri besar Johor yang baru, menggantikan Dr Sahruddin Jamal dari Bersatu.

Sebelum ini, Umno dan PAS, bermati-matian mahu pilihan raya umum diadakan tetapi hari ini memutuskan, untuk menyokong Muhyiddin.

Muhyiddin, 72, mempunyai sejarah dalam percubaan menggulingkan beberapa perdana menteri.

Pada 2008, beliau yang ketika itu adalah naib presiden Umno, bergabung dengan anggota parti mendesak peletakan jawatan Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri.


Pada 2016, Muhyiddin dipecat daripada Umno kerana didakwa terlibat dalam plot untuk menjatuhkan Najib Razak. Setahun sebelum ini, beliau digugurkan dari kabinet. Beliau ketika itu timbalan perdana menteri.

Menurut sumber, Mahathir meninggalkan mesyuarat pagi tadi bersama anggota parlimen Bersatu setelah menjadi jelas bahawa mereka berkeras mahu membentuk perikatan dengan Umno, yang tidak direstuinya.

Adakah bintang Muhyiddin akan menyinar kali ini dan mampukah beliau menjadi perdana menteri Malaysia kelapan dan menempatkan namanya dalam buku sejarah sebagai orang yang menamatkan legasi Mahathir dan Anwar?

Walau bagaimanapun, tidak bijak untuk mengandaikan perjalanan politik Mahathir sudah berakhir. Mereka yang meremehkannya pada masa lalu masing-masing menyaksikan diri mereka akhirnya tersungkur.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2020 09:00 PM | Show all posts
"Menurut sumber, Mahathir meninggalkan mesyuarat pagi tadi bersama anggota parlimen Bersatu setelah menjadi jelas bahawa mereka berkeras mahu membentuk perikatan dengan Umno, yang tidak direstuinya."


percayalah itu lakonan si pembelit Mahathir jer tu.  Lakonan itu sekadar nak jaga air muka  Mahathir dia bila Bersatu terpaksa geng dgn Umno semula utk Bersatu jadi PM.   kononnya bukan atas restu Atok,  tapi Atok dilantik sebagai Menteri Mentor kepada Perdana Menteri. lawak apakah ini?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 28-2-2020 09:02 PM | Show all posts
tobby replied at 28-2-2020 09:00 PM
"Menurut sumber, Mahathir meninggalkan mesyuarat pagi tadi bersama anggota parlimen Bersatu setelah  ...

Lawak mahafiraun.....

Cerita nie logika dia ada cuma itu lah, selagi melibatkan orang tua nie, susah sikit nak hadam
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2020 09:03 PM | Show all posts
hehehehehehehe...
Tun punya permainan.....
dah boleh dibaca....
so nanti takda la org kata dia main pintu belakang.....


heheheheeh


tapi gua ok...
janji jgn DAP ngan Anwar....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2020 09:05 PM | Show all posts
ctaz replied at 28-2-2020 09:03 PM
hehehehehehehe...
Tun punya permainan.....
dah boleh dibaca....

asalkan bukan DAP.  dlm masa yg sama aku berharap Mahathir umur x panjang supaya dia tak ganggu urusan pentadbiran negara.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2020 09:06 PM | Show all posts
baru baca tajuk dah tergelak.

nantilah bila rasa rajin aku bacalah...

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2020 09:14 PM | Show all posts
td tgk tv


Bersatu = 36
Muafakat Nasional - (UMNO 39 ) , PAS (18 ) = 57
MIC ,MCA = 3

Pastu ada sorang lagi sokong ntah parti apa.


Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2020 09:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2020 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 28-2-2020 09:05 PM
asalkan bukan DAP.  dlm masa yg sama aku berharap Mahathir umur x panjang supaya dia tak ganggu ur ...

Tobby.. Aku tgk video dia kelmarin.. Org tua tu uzur dah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2020 09:23 PM | Show all posts
berbaloi la kot wak yidin jd kambing hitam "ketua pengkhianat" dapat upah jawatan PM dari atok, konar la kemana pon tetap atok yg decide sapa jd PM kecuali YDPA sebenarnya tgh control game yg org tak aware
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2020 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 28-2-2020 09:00 PM
"Menurut sumber, Mahathir meninggalkan mesyuarat pagi tadi bersama anggota parlimen Bersatu setelah  ...

Jgn lebih sudu dari kuah and kena ada menteri mentor lain juga utk perati kan dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2020 09:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2020 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal bukan dapig dan nwart
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2020 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 28-2-2020 09:00 PM
"Menurut sumber, Mahathir meninggalkan mesyuarat pagi tadi bersama anggota parlimen Bersatu setelah  ...

Sebijik apa yg i pikirkan
nak jaga air muka dia
akhirnya tiada pilihan
kena dptkan undi umno
malu la dia nak mengaku

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2020 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols memang dah jangka muhyiddin bukan jenis yg bersekongkol dgn atok

Karakter dua2 berbeza macamana boleh bercampur..macam minyak dgn air. Gitu cara iols memberi penghinaan. Forumer kata bajet malaikat gitew

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2020 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Pulak dah.     
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2020 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Wak yiddin ni bukan jenis yg ikut atuk jer ke? Ke dah berubah?
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2020 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Asalkan bukan dapbabi dgn non juburi
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2020 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Comfirm ke wei, tok yidin pm 8...?
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2020 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
takut bila muhyidin naik atok kacau kerja muhyiddin mcm dia kacau tun abdullah dan najib. tak puas hati itu ini desak letak jwtan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list