Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
762
View
2
Reply

Tasha Sheila dah menikah

 Close [Copy link]

Author: tokchik    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 28-2-2020 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
http://www.astroawani.com/berita-hiburan/dengan-sekali-lafaz-tasha-shilla-sah-bergelar-isteri-232028

Credit to astro awani


41582869610_tasha_1..jpg
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 28-2-2020 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
PELAKON Tasha Shilla selamat bergelar isteri kepada Muhammad Atiq Idris, 33, dalam satu majlis sederhana yang diadakan di Masjid Wilayah Kuala Lumpur pada pagi Jumaat.

Dengan sekali lafaz, pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razali disaksikan Imam Besar Masjid Wilayah, Ehsan Mohd Hosni pada pukul 9.59 pagi.

Memetik laporan MStar, Tasha atau nama sebenar Natasha Sheila Abdul Razak, 33, menerima sebentuk cincin dan mas kahwin sebanyak RM800 serta wang hantaran dirahsiakan.

Menurut Tasha, dia bersetuju menerima lamaran Atiq kerana merasakan jejaka itu adalah cinta sejati yang dicari selama ini.

Kami rapat sejak Disember tahun lalu dan tak sangka secepat ini kami melangkah ke fasa baharu.

Bersyukur dipertemukan dengan Atiq dan ini memang jodoh saya, rasa cukup tenang... inilah cinta sejati!

"Suami pun nak cepat halalkan hubungan, katanya.

Pelakon ini turut memberitahu akan menetap di Singapura bersama suami yang bekerja dalam bidang kewangan di sana.

Majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga, teman rapat dan rakan media.

Manakala, majlis resepsi dijangka akan diadakan pada petang Jumaat.

Terdahulu, Tasha dan Atiq mengikat tali pertunangan setelah dua bulan berkenalan pada Ahad lalu.


http://www.astroawani.com/berita-hiburan/dengan-sekali-lafaz-tasha-shilla-sah-bergelar-isteri-232028
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2020 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada thread
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list