Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
8480
View
285
Reply

[Jenayah] #1 Saksikan Video Siti Kasim - Suaram bidas pertuduhan 'tak masuk akal': Wong Yan Ke mengaku tidak bersalah atas tuduhan dengan sengaja mengaibkan dan mendatangkan marah NC UM! #justice4wongyanke

[Copy link]

Author: I.am.PH    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Post time 26-2-2020 09:22 PM | Show all posts
semoga menjadi pengajaran buat yg kat luar sana
konon nak jadikan malaysia ni negara makmur, tapi mereka ni tak sedar yg mereka lah mencipta kepada kebencian antara kaum.
tak payah la nak besar kepala nak berpiket sana sini
tak semua apa yg korang nak akan dapat, mcm tu juga orang lain.
kena terima kenyataan tu.
Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 26-2-2020 11:08 PM | Show all posts
Semoga bermanafaat

Suaram bidas pertuduhan 'tak masuk akal' terhadap graduan UM
News  |  Diterbitkan Hari ini 7:40 malam


Suaram membidas keputusan Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa graduan Universiti Malaya (UM) Wong Yan berhubung isu protes terhadap naib canselor pada majlis konvokesyen tahun lalu.

Kumpulan hak asasi manusia itu juga mengkritik hujah pendakwa raya ketika prosiding ikat jamin sebagai "tidak masuk akal".

"Dalam institusi akademik yang macam mana seorang graduan tahu seorang naib canselor dengan mudah diprovokasi oleh pelakad dan dikatakan melakukan kesalahan?" kata Sevan berkata dalam satu kenyataan hari ini.

Sevan juga mengkritik pendakwa raya Mohd Saphian Zakaria, yang menggesa Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk menetapkan ikat jamin RM10,000 atas alasan bahawa kes itu melibatkan kepentingan awam dan ia sebagai peringatan.

"Kedua-dua dakwaan itu tidak masuk akal kerana tiada kepentingan umum terlibat dalam menyekat protes aman dan begitu juga sistem ikat jamin untuk menghukum atau sebagai peringatan.

"Seorang pendakwa raya yang tidak mempunyai konsep kepentingan awam atau peranan jaminan dalam sistem keadilan jenayah tidak seharusnya berada dalam kedudukan apa pun bagi pihak mana-mana jabatan kerana pertimbangan mereka hanya akan memalukan AGC dan menyebabkan kemudaratan awam," katanya.

Justeru, beliau menggesa AGC untuk menarik balik kes terhadap Wong dan memastikan "pendakwaan yang tidak masuk akal itu" tidak berulang.

Wong yang merupakan pelajar jurusan kejuruteraan pada ketika itu, melaungkan Tolak rasis. Undur VC sambil memegang plakad sewaktu upacara penyampaian skrol ijazahnya.

Plakad tersebut turut menyenaraikan sebab Naib Canselor Abdul Rahim Hashim patut meletakkan jawatan.

Salah satu sebab yang dilaungkan oleh Wong adalah menurutnya, Rahim dikatakan bersifat rasis, mencabul kebebasan akademik, berkhidmat sebagai boneka politik dan gagal dalam menyelesaikan masalah kewangan universiti.

Wong kemudiannya menambah bahawa sebahagian daripada protes itu adalah mengenai ucapan Rahim yang berbaur perkauman sewaktu Kongres Maruah Melayu pada 6 Oktober lalu.

Rahim dalam ucapannya di kongres berkenaan berkata bahawa perubahan dalam kerajaan selepas PRU ke-14 telah melenyapkan dominasi ahli politik Melayu.

Selain itu, Rahim juga turut memberikan amaran supaya kontrak sosial sedia ada tidak dicabar oleh mana-mana pihak.

Pihak universiti kemudiannya mengecam tindakan Wong dan memfailkan laporan polis dengan kenyataan bahawa walaupun mereka menyokong kebebasan bersuara, tindakan tersebut dikatakan tidak menghormati majlis graduasi dan mencemar nama baik UM
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2020 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 25-2-2020 06:06 PM
Tiadakah rasa belas kasihan dan simpati dari warga forum ini? Saudara Wong Yan Ke hanyalah menyampai ...

Sebelum buat fikirlah dulu
Tak pa tak pa
Kat wuhan byk jawatan kosong
Boleh apply
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 27-2-2020 09:38 AM | Show all posts
Saudara Wong Yan ke adalah rakyat Malaysia yang perlu mendapat keadilan yang saksama. SUARAM sendiri protes

#justice4wongyanke
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 27-2-2020 06:19 PM | Show all posts
Malang nasib saudara Wong Yan Ke kerana beliau dijadikan boogey man oleh segelintir rakyat Malaysia yang berfikiran sempit
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2020 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 25-2-2020 06:00 PM
kahkah padan muka.. p cari dap la haha

DAP dh tumbang sis...menangis sensorang lah sohai ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list