Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
1429
View
30
Reply

[Tempatan] Hasil mesyuarat malam tadi. Peralihan kuasa memang la lepas APEC. Tiada masa, tiada tarikh (ditetapkan). Sekian

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 22-2-2020 12:21 AM | Show all posts |Read mode
Peralihan kuasa: Terpulang pada saya untuk melepaskan ataupun tidak - Tun M
Februari 21, 2020 23:50 MYT

PUTRAJAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa terpulang kepada beliau untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri atau pun sebaliknya.

Menurut beliau, setakat ini peralihan kuasa akan berlaku seperti mana ditetapkan selepas penganjuran Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Saya telah katakan bahawa peralihan kuasa berlaku lepas APEC. Tiada masa, tiada tarikh (ditetapkan).

Terpulang pada saya untuk melepaskan ataupun tidak, demikian katanya, sebentar tadi.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH, di sini, malam ini.

Turut hadir barisan pimpinan utama PH iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Selain enam pemimpin terbabit, Mesyuarat Majlis Presiden turut dihadiri 19 pemimpin parti komponen masing-masing.

Terdahulu, isu peralihan kuasa dijangka dibincangkan dan dimuktamadkan dalam mesyuarat tersebut seperti mana dimaklumkan Anwar selepas pertemuan dengan Dr Mahathir pada 13 Februari lalu.

Dr Mahathir sebelum ini mengulangi janjinya untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas penganjuran Kerjasama Ekonomi Asia (APEC) 2020 pada November depan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-2-2020 12:21 AM | Show all posts
kalau tak silap APEC seterusnya tahun 2050 kan
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Bung Nuwar bertabah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 12:25 AM | Show all posts
apa komen rakan2? @dodolgemok @pyropura
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
https://www.facebook.com/107948680609036/posts/203154701088433/

Lima Sebab UTAMA Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim Perlu Jadi Perdana Menteri ke-8 Pada Mei 2020.

1. Rancangan Malaysia Ke-12.

Persiapan untuk Rancangan Malaysia ke-12 yang akan menjadi panduan pembangunan negara untuk tempoh 2021 hingga 2025, dijangka akan dibentang pada September 2020. Mengapa tidak kita serahkan pembentangan RM12 ini kepada DSAI selaku PM Malaysia Baharu, agar dengan kebijaksanaan dan hikmahnya, masa depan negara ini disusun dengan acuan yang jauh lebih segar.

2. APEC Malaysia 2020.

DSAI harus diberi peluang untuk menjadi Pengerusi sebagai tuan rumah persidangan. Dunia pastinya sangat teruja untuk hadir ke Persidangan APEC 2020 disambut oleh 'brand new' PM, yang seperti kita sedia maklum DSAI mempunyai hubungan luar yang cemerlang di mata dunia.

3. Pembentangan Bajet 2021

Pentingnya Anwar Ibrahim menjadi PM pada Mei 2020 supaya beliau boleh merancang dari sekarang untuk membentangkan Belanjawan pertamanya sebagai PM ke-8 dengan segala polisi rakyat yang telah disusun. Pembentangan Bajet ini amat penting kerana rakyat akan menilai prestasi Anwar khususnya dalam agenda reformasi dan urus tadbir ekonomi negara dengan belanjawan acuan beliau dan kabinet barunya.

Jika tidak, Anwar akan menjadi Perdana Menteri yang menguruskan negara berdasarkan Belanjawan Tun Mahathir. Harus beri ruang kepada Anwar Ibrahim untuk memacu negara mengikut acuannya selaku pemegang rekod Menteri Kewangan Terbaik Asia suatu ketika dulu.

4. Kestabilan politik dan seterusnya menstabilkan ekonomi negara.

Apabila DSAI diangkat menjadi PM8, maka tamatlah polemik rebutan kuasa. Ini sekaligus akan memberi kestabilan politik kepada tanahair.

Secara tidak langsung, kerancakkan pelaburan dari luar negara akan berganda. Pelabur luar khususnya negara kaya dari Arab, Turkey dan Eropah menanti detik DSAI menjadi PM untuk menyuntik pelaburan berskala besar, atas nama DSAI yang mereka yakini.

5. Agenda Reformasi Total.

Ya, Reformasi yang tuntas merupakan agenda penting yang tidak boleh ditangguhkan. Reformasi sistem, polisi dasar, ekonomi dan sosial, tanahair ini perlu penjajaran di banyak sektor. Perubahan yang dituntut mampu dilaksanakan apabila faktor penyatu yang menjadi kekuatan DSAI akhirnya mampu memberi kesan langsung.

Lebih cepat DSAI menjadi PM8, maka lebih lekaslah nasib rakyat dibela dengan polisi ekonomi beliau yang mendahulukan rakyat. Anwar Ibrahim begitu obses untuk membantu marhein di bawah, membasmi kemiskinan, inilah naratif wajib dalam setiap ucapan beliau.

Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger

#UndurDiktator
#Mei2020
#TunExpired
#ReMapPH
#Gengpm8
#Anwarpm8
#GemilangBersamaAnwar
#AnwarTrulyPH
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 12:29 AM | Show all posts
Selepas APEC? Tahun 2024 pun kira selepas APEC jugak..............
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Peralihan Kuasa: Tahun 2050 Pun Selepas Apec C MP PKR

(Malaysiakini) C Kegagalan kepimpinan PH untuk memuktamadkan tarikh peralihan kuasa daripada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim akan terus mencetuskan spekulasi pembentukan kerajaan melalui pintu belakang, kata MP Subang, Wong Chen.

Anggota parlimen PKR itu berkata penetapan tarikh peralihan kuasa akan membawa kepada kestabilan politik sejurus memberi manfaat kepada penggubalan dasar dan ekonomi.

Hari ini boleh dikira sebagai hari penting dalam rancangan peralihan kuasa PH Jangkaan orang ramai adalah supaya tarikh tetap (penyerahan kuasa diumumkan).

(Ia) bagi menggantikan jawapan samar (bakal meletak jawatan) selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec).

Selepas Apec boleh jadi apa sahaja; contohnya, tahun 2050 secara teknikalnya selepas Apec.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-2-2020 12:38 AM | Show all posts
saripdolmat replied at 22-2-2020 12:30 AM
Peralihan Kuasa: Tahun 2050 Pun Selepas Apec C MP PKR

(Malaysiakini) C Kegagalan kepimpinan ...

ni la sahihnya news

APEC 2050
bukan APEC 2024
sekian

lamanya menunggu



Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak de tepek video ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 01:07 AM | Show all posts
saripdolmat replied at 22-2-2020 12:26 AM
https://www.facebook.com/107948680609036/posts/203154701088433/

Lima Sebab UTAMA Mengapa Datuk Se ...

No 4 tu kesiannnn..

So sekarang ni politik tak stabil la ek?

Still, ekonomi merudum.


Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
so, apec 2050 la kan? apa nama........ #BakalPM8 #GiniGini
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 02:27 AM | Show all posts
Baguslah.

Nuar brahim tentu tak sobar sobar nak berdemo melalak lalak mengutuk Tun M. Dasar pm ikat tepi
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 05:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu sbb madey perlu handovr to anwar sbb anwar lebih mudah dikalahkan dlm pru15 dgn kemenangan besar2an 222 kerusi hahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 06:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh main pas pas  jer jawatan pm di malaysia ni. Pprtnya. ingat ni negara bapak ko yg punya? Gittew
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 06:19 AM From the mobile phone | Show all posts
saripdolmat replied at 22-2-2020 12:26 AM
https://www.facebook.com/107948680609036/posts/203154701088433/

Lima Sebab UTAMA Mengapa Datuk Se ...

Sebab ke-6 kenapa bangnon perlu jadi pm segera:
Supaya bangnon blh menjadi kuda tunggangan dap dan chola segera. Kehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Bung Nuwar kn cepat bertindak dgn membawa usul undi tak percaya di parlimen sblm 16 September...sbb tu tarikh keramat..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha. Peluang cerah abg non jadi bakal pm selamanya.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-2-2020 08:52 AM | Show all posts
kalau sebut pemangku  tu fake news
kalau sebut PM8 tu baru news asli
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-2-2020 08:53 AM | Show all posts
'Saya kena sabar' - Anwar

       

PUTRAJAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengakui perlu bersabar buat sementara waktu sehingga dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.

Ia susulan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang menyerahkan sepenuhnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memutuskan tarikh peralihan kuasa.

Anwar berkata, pendirian PH jelas dan tiada keraguan dari segi komitmen untuk memastikan Dr Mahathir dapat menjalankan tugas dengan dokongan yang penuh.

"Dalam perbincangan, saya sendiri cadangkan supaya Tun Dr Mahathir diberikan ruang untuk mentadbir, kemudian beliau tetapkan masa yang sesuai, itu barulah (berlaku peralihan kuasa).

"Jadi, sementara itu, saya kena sabar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden PH, di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini, malam tadi.

Anwar mengulas keputusan mesyuarat itu yang memutuskan supaya soal peralihan kuasa terletak sepenuhnya di tangan Dr Mahathir.

Antara yang hadir ialah Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu; Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Masing2 telor dah kena pegang ke sampai x berani bersuara. BangNon ni boleh stop berangan dah lama2 jadi giler mcm Gollum. Yg bagus nye gang Zahid n H20 nak masuk pintu belakang tu pun kena main...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list