Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
470
View
7
Reply

[Tempatan] ADUN Bukit Kepayang Nicole Tan Lee Koo serahkan kerusi keselamatan kanak-kanak sumbangan Kerajaan Negeri kepada keluarga kanak-kanak yang tercampak di Highway #pemimpinprihatin

[Copy link]

Author: I.am.PH       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-2-2020 09:35 PM | Show all posts |Read mode
Kanak-kanak tercampak dapat kerusi CRS
Jumaat, 14 Februari 2020 @ 6:12 PM



KERAJAAN Negeri menyumbang kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) kepada keluarga kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang tercampak keluar dari kenderaan dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, Isnin lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, berkata penggunaan kerusi keselamatan itu penting untuk memastikan keselamatan penumpang kanak-kanak.

Menurutnya, dalam insiden itu jika kerusi CRS digunakan mungkin kejadian seperti itu dapat dielakkan.

Saya berharap dengan insiden ini, orang ramai akan mula sedar dan mematuhi undang-undang penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak. Kita tidak harus menunggu arahan menggunakan kerusi keselamatan dikuatkuasakan pada Jun depan baharu pengguna hendak menggunakannya.

Sebaliknya, mereka perlu mula sekarang kerana ia suatu langkah keselamatan terhadap kanak-kanak, katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan CRS kepada bapa kanak-kanak itu, K Satthiaseelan, 32, di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJ) di sini, petang ini.

Dalam kejadian pada Isnin lalu, seorang kanak-kanak lelaki, S Tisshaaanth, nyaris maut selepas tercampak keluar dari kenderaan yang dinaiki bersama keluarga yang hilang kawalan selepas dihimpit sebuah kenderaan lain pada 3.21 petang di kilometer 235.5 lebuh raya PLUS, berhampiran Pedas, Negeri Sembilan.

Susulan rakaman video berkenaan, pemandu Perodua Myvi yang dipercayai menghimpit kenderaan berkenaan, ditahan di Batu Berendam, Melaka, pada 4.50 petang, keesokan harinya.

Nicole yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang berkata, kerajaan negeri turut menyumbang wang tunai kepada keluarga itu sebagai membantu meringankan beban mereka.

Sementara itu, Satthiaseelan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri di atas sumbangan itu.

Kejadian itu memberikan pengalaman yang sukar dilupakan buat keluarga kami.

Saya lega kerana kejadian tidak membabitkan kehilangan nyawa, malah tiada kecederaan yang serius pada anak saya, katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
baguslah.. ambik je, tapi nanti undi bn
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 01:30 AM | Show all posts
alang-alang nak bagi.. tak kan dia sorang je? huloq2 la kat marhain lain sama.. buat kempen kerap sikit.. sambil kempen CRS, huloq la 100-200 biji ka kat rakyat ..

tak dak bajet? tipu lah.. kan ekonomi dibawah kerajaan PH ni mencanak2 naik...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 08:18 AM | Show all posts
hazab kau.. dah terpelanting baru merasa kerusi free..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Mangsa2 pemandu mabuk dpt ape je ?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 09:48 AM | Show all posts
ambil je la... nanti pangkah bendera biru ye machaaa....
btw lawo baju kebaya nyonya auntie tu pakai... next pilihanraya auntie custom baju warna biru ya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 09:49 AM | Show all posts
najib888 replied at 15-2-2020 01:30 AM
alang-alang nak bagi.. tak kan dia sorang je? huloq2 la kat marhain lain sama.. buat kempen kerap si ...

boleh je... dengan syarat uolss ada anak... buat2 la tercampak eksiden... nanti auntie mai la pakai kebaya nyonya cantik bagi car seat free
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 09:50 AM | Show all posts
Kurex replied at 14-2-2020 09:53 PM
baguslah.. ambik je, tapi nanti undi bn

tu la.... ambik je orang dah kasi free tu..
tapi jangan tak guna pulak... iolsss rasa memang dia takkan guna kot nanti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list