Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
886
View
13
Reply

[Politik] "Saya berdiri teguh di belakang kepimpinan Bersatu, di belakang Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan juga Datuk Seri Mukhriz Mahathir." - Maszlee

[Copy link]

Author: I.am.PH       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-2-2020 09:07 PM | Show all posts |Read mode
Maszlee bertanding demi laksana pesanan Dr Mahathir
NOR AZURA MD AMIN | | 14 Februari 2020

623083.jpg

SIMPANG RENGGAM - Dr Maszlee Malik mengambil keputusan untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Simpang Renggam demi memastikan pesanan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad terlaksana.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata, Dr Mahathir mahu parti itu menjadi kubu kuat orang Melayu di Simpang Renggam dan negeri Johor.

"Dengan tegas dan muktamad ingin saya nyatakan di sini, saya, Maszlee Malik, tetap taat dan setia bersama Bersatu.

"Saya berdiri teguh di belakang kepimpinan Bersatu, di belakang Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan juga Datuk Seri Mukhriz Mahathir," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Maszlee yang merupakan mantan Menteri Pendidikan menegaskan, tumpuan beliau ketika ini adalah untuk terus berkhidmat sebagai wakil rakyat di Simpang Renggam dan memberikan yang terbaik kepada penduduk di kawasan tersebut.

"Kerja bina semula negara kita adalah fokus utama semua pihak. Saya yakin semua pihak bekerja keras untuk perkara ini," ujar beliau.

Maszlee memberitahu, orang Melayu hanya akan bergerak ke hadapan jika bersatu hati dan bersama-sama sebagai sebuah kolektif ketika berdepan dengan cabaran globalisasi.

  


Pada Rabu lalu, Maszlee dilihat menemui Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyidin Yassin di pejabat beliau di Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan sudah mendapat perkenan serta persetujuan untuk bertanding jawatan itu.

Maszlee kemudian memuat naik satu hantaran di Facebooknya yang memuatkan gambar pertemuan beliau dengan Dr Mahathir dengan kapsyen - Pastikan Simpang Renggam dan negeri Johor menjadi kubu kuat Bersatu.

Seramai 997 ahli Bersatu daripada 10 cawangan di Bahagian Simpang Renggam akan membuat pemilihan Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian serta ahli jawatankuasa masing-masing esok.

Maszlee yang merupakan bekas ahli akademik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu dijangka dicabar oleh Ketua Penaja Bersatu Bahagian Simpang Renggam, Ahmad Ahem, 62.

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
taknak berdiri dibelakang azmin sambil azmin mengutip sabun yg jatuh atas lantai ke??
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau di suruh bertanding tu pun dah besar rahmat....
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
ingatkan dia nak pastikan tol Simpang Renggam dihapuskan
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 12:05 AM | Show all posts
dulu ada mahacai kata dia ni bakal PM malaysia

hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
ikut je la ckp org tua tu ye
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Lg sorg yg nk bertanding tue umur dah 62.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 09:54 AM | Show all posts
dicabar oleh Ketua Penaja Bersatu Bahagian Simpang Renggam, Ahmad Ahem, 62.



nama semacam je
ahem2
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian mazlee...  dah kena pecat pun masih terhegeh2 menjilat Tun
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah la tu capang

who r yuss

kencing nk hapus tol simpang renggam ko ingat orang mudah lupa ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak promote diri ke tu?
Simpang renggam dah hapuskan tol tak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa gigih sgt?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 15-2-2020 02:19 PM
Nak promote diri ke tu?
Simpang renggam dah hapuskan tol tak?

kerja menjilat atok jer
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 15-2-2020 10:01 AM
kesian mazlee...  dah kena pecat pun masih terhegeh2 menjilat Tun

Boneka

Lupa power of rakyat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.086450s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list