Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
428
View
4
Reply

[Tempatan] Apakah perbezaan istilah wabak pandemik, endemik dan epidemik?

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-2-2020 07:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 14-2-2020 03:39 AM

Apakah perbezaan istilah wabak pandemik, endemik dan epidemik?FMT Reporters -

February 10, 2020 7:30 AM


Pandemik merupakan wabak paling ditakuti kerana menyerang dalam skop lebih besar, tidak terhad kepada sesuatu komuniti atau daerah semata-mata. (Gambar AP)Masalah penyebaran wabak kerap kali kedengaran di seluruh dunia.

Wabak besar seperti ebola, selesema burung, selesema babi serta bermacam lagi jenis wabak kerap kali dilaporkan, dengan negara kita juga tidak terkecuali merasai kesannya.
Membaca laporan-laporan berkenaan wabak penyakit ini, ada beberapa terma yang akan muncul melibatkan 3 terma berbeza tetapi hampir sama bunyinya C pandemik, endemik dan epidemik.

Ketiga-tiga istilah yang ada diambil daripada istilah asal bahasa Inggeris (pandemic, endemic & epidemic) dan ditukarkan ejaannya kepada bahasa Melayu; dengan perubahan yang minima.
Istilah-istilah ini biasa disebut, tetapi jika anda diminta menerangkan apa perbezaan di antaranya tahukah anda perbezaannya?

Mari kita belajar tentang istilah ini serta beberapa kisah di belakangnya.
Apakah makna epidemik?
Epidemik (B. Melayu) atau epidemic merupakan istilah yang merujuk kepada wabak yang menyerang sekumpulan manusia atau komuniti.
Sekiranya dirujuk kamus dewan, epidemik membawa makna penyakit berjangkit yang mudah merebak di kalangan penduduk sesuatu kawasan pada waktu yang sama.

Perkataan asalnya datangnya daripada perkataan Greek epi + demos dengan epi bermakna kelompok tertentu dan demos bererti orang ramai, komuniti, kumpulan.
Epidemia mula digunakan untuk merujuk kepada wabak dalam kelompok komuniti oleh orang Greek sebelum orang Perancis mengubah ejaannya kepada epidemique yang menjadi asas kepada ejaannya sekarang C epidemic.

Istilah Inggeris ini mula digunakan pada tahun 1600 dan kekal sehingga kini.
Contoh wabak epidemik di negara kita : serangan virus nipah yang menyerang komuniti di daerah Kinta, Perak pada tahun 1998.

Endemik pula mewakili kategori wabak bagaimana?
Endemik pula merupakan istilah yang merujuk kepada penyakit atau wabak yang sentiasa wujud di sesuatu kawasan atau daerah tertentu, termasuklah dalam skop yang lebih besar seperti sebuah negara misalnya.
Sekiranya kita meneliti asal perkataan ini dalam bahasa Inggeris, endemic merujuk kepada kumpulan orang asal atau orang native yang duduk di sesuatu kawasan.

Perkataan asalnya dalam bahasa Greek adalah in+demos yang membawa makna kepunyaan atau berasal daripada sekumpulan manusia di sesuatu tempat khas.
Perkataan endemic mula direkodkan pada tahun 1650 sebagai perkataan Inggeris dipinjam daripada evolusi perkataan asal indemos yang ketika itu dieja sebagai endemos.
Oleh kerana sifat wabak endemik sentiasa menjadi ancaman masyarakat tertentu, hanya wujud beberapa penyakit ketika ini yang dikategorikan sebagai kategori endemik.

Wabak endemik paling popular adalah penyakit malaria yang sentiasa menyerang kawasan-kawasan di benua Afrika.
3 negara dalam dunia yang merekodkan wabak endemik paling tinggi adalah Republik Congo, Madagascar dan juga Peru.
Di Congo, mereka diancam penyakit demam kuning dan malaria, di Madagascar pula adalah wabak bubonik yang sangat berbahaya sementara Peru pula berdepan wabak demam kuning, malaria dan demam denggi.

Pandemik C wabak paling digeruni
Istilah pandemik atau pandemic merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar, tidak terhad kepada sesuatu komuniti atau daerah semata-mata, mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua atau mungkin juga seluruh dunia jika dibiarkan melarat.
Sesebuah pandemik bermula daripada wabak peringkat epidemik yang merebak terlalu luas sehingga tidak terkawal.

Selain itu kita juga perlu memahami sekiranya sesuatu wabak itu berada pada peringkat endemik dan menyerang satu negara misalnya, tetapi berada dalam keadaan terkawal wabak itu tidak akan dikategorikan sebagai satu pandemik.

Endemik adalah wabak yang wujud dan terkawal, sementara pandemik pula merebak pantas tanpa dapat dikawal.
Asal-usul perkataan ini pula diambil daripada istilah Greek pan yang bermaksud semua dan demos yang bermakna orang, membawa maksud penuh semua orang.

Istilah Inggeris yang ada sekarang diambil daripada pinjaman istilah Latin pandemus dengan pangkalnya digantikan dengan akhiran ic pada tahun 1660.
Oleh kerana menyerang dalam skop yang luas, wabak pandemik yang berlaku merupakan ancaman berisiko tinggi serta kerap kali diperkatakan, ekoran kesannya yang mampu membunuh ramai orang dalam masa yang singkat.

Antara pandemik yang pernah berlaku adalah wabak Antonine, wabak Justine serta The Black Death yang dipercayai membunuh puluhan juta orang sekitar abad ke-14.
Pada ketika ini, satu-satunya pandemik yang sedang berlaku adalah penyakit HIV/AIDS yang diramalkan mampu mengorbankan sehingga 100 juta orang pada tahun 2025 kelak.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/02/10/apakah-perbezaan-istilah-wabak-pandemik-endemik-dan-epidemik/
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Beza dia;

Satu kencingan koneghts.

Satu kencingan ah beng RBA dap menyamar pnrozilawati
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 08:18 PM | Show all posts
kalo kencin ph dikategorikan bagaimana...pandemik ker...endermik ker atau epidemik..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
jgn risau,  menteri ph kata denggi lg bahaye
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 11:48 PM | Show all posts
qumbu replied at 14-2-2020 08:18 PM
kalo kencin ph dikategorikan bagaimana...pandemik ker...endermik ker atau epidemik..

apanama tu sebutan utk org jgn panik....






"cluster".




ha "cluster". sbb kes dia localised kpd macai PH je.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.076846s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list