Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
521
View
25
Reply

[Tempatan] Kerajaan Pakatan Harapan membenarkan lebih ramai pekerja asing untuk penghasilan topeng muka

[Copy link]

Author: whitemagic       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-2-2020 07:29 PM | Show all posts |Read mode

Pengambilan pekerja asing dilonggarkan untuk tambah penghasilan topeng muka
Hasimi Muhamad, Astro Awani | Diterbitkan pada Februari 14, 2020 18:43 MYT
Facebook Twitter Email

Pengambilan pekerja asing dilonggarkan untuk tambah penghasilan topeng muka
Kerajaan benarkan pengambilan lebih ramai pekerja asing untuk penghasilan lebih banyak topeng muka dan hidung, kata Dr Wan Azizah Wan Ismail. - Gambar BERNAMA

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk membenarkan pengambilan lebih ramai pekerja asing untuk penghasilan lebih banyak topeng muka dan hidung bagi mengekang wabak koronavirus (COVID-19).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kelonggaran tersebut diputuskan Kabinet melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Bagaimanapun, kata beliau, beberapa prosedur akan dilakukan bagi memastikan tidak berlaku kebanjiran pekerja asing di negara ini.

Topeng muka ini ada masa-masa yang biasa hanya hospital sahaja menggunakan, orang awam adalah tidak biasa, (kecuali) jerebu sahaja guna.

Sekarang bila kita perlukan lebih banyak, pengeluarannya mesti dinaikkan secara mendadak.

Jadi, pengilang-pengilang mengatakan kalau boleh mereka ada syif 24 jam, jadi kita perlukan banyak lagi pekerja dan mereka mendapat pelepasan untuk kilang-kilang ada tiga syif dan untuk pengeluaran topeng-topeng muka, katanya pada sidang media, di sini pada Jumaat.

Sebelum itu, Wan Azizah mempengerusikan Mesyuarat Khas High Level Committee (HLC), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) berhubung Kluster Penyakit Novel Coronavirus (COVID-19) Bilangan 2 Tahun 2020.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Mengulas lanjut, Wan Azizah berkata, kerajaan turut mengeluarkan arahan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi mengawal pembelian topeng muka dan hidung.

Katanya, penetapan kouta akan dilakukan bagi mengelakkan pembelian pukal, sekali gus memastikan bekalan dalam negara mencukupi.

Kita dapati bahawa banyak juga yang bawa troli mengambil face mask dan menghantar ke luar negeri, dan kita tidak membenarkan.

Kita sekarang ini mempunyai kuota untuk dijual supaya negara, rakyat kita mendapat bekalan yang mencukupi, katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
? ? ? ? ? ?

Seriously?????!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Wtf..ramai graduan yg menganggur tu apa salahnya ofer dorang napa mesti nk amik ramai pekerja asing..atau ni cuma alasan nk bawa masuk sbb ada agenda tersembunyi..kalo betul mmg vavikk la
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
asyriqa replied at 14-2-2020 07:39 PM
Wtf..ramai graduan yg menganggur tu apa salahnya ofer dorang napa mesti nk amik ramai pekerja a ...

depa nak ke kerja kilang cik kak oi
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
amik dr luar ke kutip yg dh ada kat Msia ni???
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap?maksudnye nk import dr luar ke? Bahaya kot.lg satu lps abes wabak ni hntr diorg balik pulak ke?kalau x confirm jd lambakan pulak.terlebih2 org tp kerja xde
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 08:02 PM | Show all posts
asyriqa replied at 14-2-2020 07:39 PM
Wtf..ramai graduan yg menganggur tu apa salahnya ofer dorang napa mesti nk amik ramai pekerja a ...

Kalau diorang nak kerja kilang tak payah tunggu sekarang ni.. Sebelum ni pun memang berlambak kekosongan operator pengeluaran xde sapa pun yang nak kerja..

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah juga. Graduan sendiri banyak nak jadi ejen produk timbang kilo, ejen coway dan ejen insurans dari kerja operator kilang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Knights replied at 14-2-2020 07:44 PM
depa nak ke kerja kilang cik kak oi

Nak je uols. Kt ofis gomen skrang ni ramai je yg keje peon n kerani 19 ada degree. Kilang lama aku pun ramai je yg ade degree tp keje operator pengeluaran. Cer kalau bukak position ni open interview utk rakyat malaysia, diorg nak je. Ni mslhnye angin tak ape tak tetiba nk bawak masuk pekerja asing, haruslah org marah n pelik.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Area umah akak ni ramai je dak2 graduan abis bljr keje operator kilang ada tu dh iv pun tak dpt sbb kilang tk nk amik sbb nk amik yindon..ramai je yg nk keje kilang yg tak nk pun ramai apa salahnya utamakan org tempatan dulu..ni blum apa2 sibuk nk bg pekerja asing
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh punya menteri berapa ramai pengangur kat malaysia ni ko pi cari jugak makhluk asing
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Knights replied at 14-2-2020 07:44 PM
depa nak ke kerja kilang cik kak oi

Nko ni komen macam taik
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Semakin hari semakin terserlah KEBODOHAN menteri PH ni bila mengeluarkan kenyataan...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerdik sgt pegi derma sampai 300 ribu lebih face mask ke china..
Rakyat sendiri face mask pun tade..
Mentang2la adik beradik ramai duk sana..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
itu kalo...keadaan dh pulih spt sediakala...pemintaan pon 'normal'...dan lebihan...pekerja warga asing ni akan dihantar balik ke camner???
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 09:08 PM | Show all posts
Dah bersepah kot warga asing di malaysia sampai rasa mcm kita tumpang pulak!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
kerabuBiru replied at 14-2-2020 08:23 PM
Nko ni komen macam taik

mmg macai bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Knights replied at 14-2-2020 07:44 PM
depa nak ke kerja kilang cik kak oi

kau nak ke kerja kilang??  mesti taknak kan...  sedih kan hidup kau ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Apasal face mask niosh 3m rupa huduh rekabentuknya. Pergilah tiru design korea china sedap pakai selesa nampak hensem
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 09:52 PM | Show all posts
hahahaha

cakap je la tokey2 dah bising kos pengeluaran meningkat

terimalah kebodohan pemimpin PH punya logik

takpe, sepenggal je hadap kebodohan yang nyata ini

lepas ni jangan undi lagi ye
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.091337s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list