Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
588
View
3
Reply

[Tempatan] Anak Taib tak perlu jelaskan kekayaannya, kata peguam.

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-2-2020 07:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 14-2-2020 03:19 AM

Anak Taib tak perlu jelaskan kekayaannya, kata peguamFMT Reporters -

February 14, 2020 9:37 AM


Jamilah Taib Murray dan suaminya Sean Murray dalam gambar yang disiarkan saluran televisyen Switzerland SRF.


PETALING JAYA: Anak perempuan Yang di-Pertua Sarawak, Abdul Taib Mahmud menolak gesaan Tabung Bruno Manser (BMF) yang berpangkalan di Switzerland untuk menjelaskan kekayaan dimilikinya, susulan dakwaan beliau mengumpul beratus juta dolar ketika bapanya menjadi ketua menteri.
Jamilah Taib Murray menyaman BMF atas dakwaan itu dalam kes yang akan berlangsung di Switzerland tahun ini.

Saman itu difailkan Januari tahun lalu oleh syarikat hartanah Kanada, Sakto Corporation yang dimiliki Jamilah dan suaminya Sean Murray.
Peguamnya, Thomas Weibel dilaporkan berkata, Jamilah tidak perlu membuat penjelasan kepada sesiapa pun.

Kita bukannya bercakap mengenai kekayaan Taib. Kita bercakap mengenai sebuah syarikat hartanah Kanada dan pengarahnya, kata Weibel kepada saluran televisyen Swiss SRF semalam.

Ya, beliau ialah anak perempuan Taib, tetapi beliau tidak perlu membuat penjelasan kepada sesiapa pun. Beliau perlu berdepan kerajaan Kanada. Beliau berdepan pengauditnya, tetapi untuk kata anda perlu menjelaskan kekayaan anda, itu tidak boleh diterima.

BMF mendakwa syarikat Jamilah terbabit dalam pengubahan wang haram dan ada kaitan dengan rasuah di Sarawak, di mana bapanya menjadi ketua menteri dari 1981 hingga 2014.
Kumpulan itu turut mendakwa Jamilah ada kaitan dengan hartanah bernilai lebih AS$300 juta (RM1.2 bilion) di Kanada, Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Pada 2011, bapanya mengakui memberi beliau wang untuk memulakan perniagaan hartanahnya, tetapi enggan mendedahkan jumlah sebenar.
BMF berkata, saman Jamilah menimbulkan persoalan mengenai akauntabiliti individu terdedah kepada politik atas kekayaan mereka yang tidak dijelaskan.

Ia memetik pakar anti-rasuah Switzerland, Mark Pieth yang memberitahu program berita sama, saman itu jika berjaya mungkin menghalang kemampuan masyarakat sivil untuk mendedahkan rasuah dan jenayah korporat lain.

BMF dinamakan sempena aktivis Switzerland, Bruno Manser yang memperjuangkan isu hutan hujan dan hak masyarakat Orang Asli di Sarawak.
Julai tahun lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan ia sedang menyiasat Taib.

Jika ada aduan, jika rakyat mempunyai sebarang maklumat atau aduan, mereka dialu-alukan menyerahkannya kepada kami dan kami akan hantarnya kepada jabatan siasatan, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bisness apa tah dorng ni sampai untung berjuta2... Konfius betul,  tengok je atok,  sampai anak boleh buat kompeni sendiri.

Rasanya atok pun bukan asal anak orng kaya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 09:10 PM | Show all posts
atok dengan taib mamuk 2x5 jerrrrr...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
aku ingat BUY MUSLIM FIRST
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list