Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
1647
View
20
Reply

[Tempatan] Pembantu Timbalan Ketua Menteri (TKM) Sabah dipecat lepas lakukan lawatan kerja

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-2-2020 05:28 PM | Show all posts |Read mode
Pembantu TKM Sabah dipecat lepas lakukan lawatan kerja

https://www.malaysiakini.com/news/510835

Diterbitkan Hari ini 3:24 petang  |  Dikemaskini Hari ini 4:38 petang



Raymond Ahuar, yang merupakan Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew, dipecat daripada jawatannya selepas melakukan lawatan kerja di daerah Nabawan.

Dalam satu kenyataan semalam, Raymond berkata, beliau dimaklumkan secara peribadi mengenai pemecatan itu oleh Liew.

Pemecatan itu juga dikatakan dicadangkan oleh ketua menteri Sabah, Shafie Apdal dan mendapat sokongan majoriti menteri kabinet negeri.

Menerima pemecatan tersebut dengan hati terbuka, Raymond berkata beliau akan terus berkhidmat kepada rakyat Sabah atas kapasiti yang lain.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Sabah kerana mempercayai saya melakukan kerja selama 1 tahun dan 6 bulan yang lalu, dengan menggalas tanggungjawab sebagai setiausaha politik kepada timbalan ketua menteri," katanya.

Raymond merupakan Ketua Pemuda PKR Sabah, ketua Pemuda Pakatan Harapan Sabah dan Ketua cabang Pensiangan PKR.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Raymond berkata, Liew memaklumkan beliau dipecat berikutan surat lawatan kerjanya ke Nabawan, sebuah daerah di kerusi Parlimen Pensiangan pada 12 Feb.

Lawatan itu diadakan berikutan aduan daripada masyarakat Murut mengenai syarikat pembalakan yang melakukan aktiviti pembalakan di atas tanah masyarakat (communal land) mereka.

Raymond berkata beliau hairan mengapa ia menjadi sebab pemecatannya sedangkan beliau telah membuat banyak lawatan ke kawasan itu sejak dilantik pada bulan Julai 2018.

"Saya sentiasa turun padang dan lawatan seperti itu adalah biasa.

"Saya masih tunggu surat pemecatan rasmi, yang saya harap akan mengandungi sebab mengapa saya dipecat," katanya.

Malaysiakini telah menghubungi Liew dan Shafie untuk mendapatkan komen.


Bimbang aktiviti pembalakan

Seperti lawatan kerja yang lain, Raymond mengeluarkan laporan susulan lawatannya ke Tatalaan II, Nabawan.

Laporan itu yang dilihat Malaysiakini menyatakan bahawa syarikat pembalakan berkenaan masih belum memulakan kerja-kerja pengukuran pecah geran.

Kegagalan ini menyebabkan masyarakat Murut di kawasan itu tidak layak menerima geran plot individu atas tanah terbabit.

Beliau menggesa pihak berkuasa memastikan syarikat itu mematuhi arahan kerana ia telah melakukan aktiviti pembalakan melebihi 1,000 hektar di kawasan berkenaan dan permit syarikat itu tamat pada 7 Mac.

Raymond berkata beliau juga melihat kemusnahan alam sekitar yang teruk akibat aktiviti pembalakan termasuk pengurusan sisa minyak yang tidak teratur.

Laporan bertarikh 13 Feb itu tidak dikeluarkan oleh pejabat Liew tetapi melalui NGO Pertubuhan Kebudayaan dan Kebajikan Murut Malaysia, yang mana Ahuar merupakan presidennya.

Laporan itu dikemukakan kepada Shafie, Liew, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah serta agensi-agensi kerajaan negeri yang lain.

Malaysiakini telah menghubungi syarikat pembalakan berkenaan untuk mendapatkan ulasan, namun tidak dapat mendedahkan namanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 14-2-2020 05:31 PM | Show all posts
lawan tokey ka
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanda utk PKR pusat meh?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 05:50 PM | Show all posts
ada rumours kata di pi report sprm pasal pembalakan kat tanah adat
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by OmJualGas at 14-2-2020 08:45 PM

Sama juga ni warisan...uummmmm....
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 06:25 PM | Show all posts
urusan pembalakan ni banyak benar tangan2 ghaib yg jaga
mesti komisen tinggi ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 07:35 PM | Show all posts

kita hmmmmmm kan sahaja .....
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
2x5 juga, ni dh kira lindungi pembalak haram
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
BateriKOng replied at 14-2-2020 05:50 PM
ada rumours kata di pi report sprm pasal pembalakan kat tanah adat

Nie mesti dia tak bincang dulu sebelum report sprm. Stail gomen nie try seberapa bole utk settle tepi dulu sbb nak jaga imej, nama.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama ja corrupt, malaysia bersih kunun
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini sama cerita dgn cameron lah..bila halau penceroboh..semua ahli majlis mau letak jawatan...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersih la konon... Buat penat jer geng baju kuning bershit berguling di jalanan pada masa dahulu
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ambiga tak nak komen ape2 ke hal ni?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kata sprm jaga whistle blower. Macam mana bocor dia report pasal pembalakan tanah adat? Sprm pun kalau aku report pasal geng dia takde balasan update sampai sekarang. Bagitahu kes terima atau tak pun takde.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Latipah koya dah masuk gua ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 14-2-2020 09:32 PM
Kata sprm jaga whistle blower. Macam mana bocor dia report pasal pembalakan tanah adat? Sprm pun kal ...

bila koyah nak buat PC sambil pasang audio?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Welcome to the Pee Age.  Orang baik2 yang buat koje yang dipecat.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 10:06 PM | Show all posts
hahaha tokey balak dah sound dah

sian mahacai kena kencing kunun2 PH ni bersih sangat

sedar2 la

lepas ni jangan undi depa lagi ye
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2020 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
OmJualGas replied at 14-2-2020 06:21 PM
Sama juga ni warisan...uummmmm....

Sia sudah agak, sebelum PRU lagi. Sebab itu sia mati2 putung jari inda mau sukung Warisan. Sudah kepala dia antara ex muntri Umngok paling korupsi seluruh Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2020 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian..bekerja utk rakyat pun kena pecat
Org asal pulak tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list