Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12
Return to list New
2238
View
36
Reply

[Dunia] Top scientist ramal COVID-19 boleh merebak ke 2/3 dunia. Maaf si macai, fake news ni dlm English

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Post time 15-2-2020 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 14-2-2020 05:55 PM
Kan aku dah kata.. Data PRC bagi tak betul.. Depa ni byk sembunyi data.

Kes pertama dikesan pada ...

Guna janjang geometri..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-2-2020 01:01 AM | Show all posts

Jangan khuatir, koronavirus akan reda - Pakar

Astro Awani | Diterbitkan pada Februari 14, 2020 22:30 MYT

KUALA LUMPUR: Bagi mereka yang khuatir dengan perkembangan COVID-19, ini adalah berita baik untuk anda - penyebaran koronavirus akan reda.

Namun, menurut  Ketua Kluster Kesihatan dan Bahaya Baru Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Dr Ahmad Faizal Perdaus, corak pengurangan kes itu tidak seperti yang dijangkakan ramai.

Apa yang akan berlaku adalah tiga perkara. Pertamanya, kewujudan imuniti dalam komuniti terutamanya dalam kalangan komuniti asal penularan virus tersebut.

Selain itu, penularan virus akan reda jika usaha pengekangan virus berkesan.
"Dalam kes ini, usaha pengekangan oleh Kerajaan China boleh dianggap sebagai berkesan memandangkan kadar penularan virus tersebut di luar Wuhan dan Hubei adalah terkawal," kata beliau dalam sesi temu bual Consider This pada Jumaat malam.

Perkara ketiga yang akan membantu meredakan penularan virus ini adalah perkembangan dalam penawar dan vaksin yang akan menghalang penyebaran virus ini.
Dr Ahmad Faizal turut berpesan kepada orang ramai supaya tidak panik dan membeli topeng muka secara berlebihan.

"Ini kerana jika stok topeng muka sudah habis, ia akan menjadi halangan kepada mereka yang benar-benar memerlukan seperti pesakit dan ahli keluarga pesakit serta petugas kesihatan," katanya.








Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 02:07 AM | Show all posts
R2D2 replied at 14-2-2020 05:01 PM
Jangan khuatir, koronavirus akan reda - Pakar
Astro Awani | Diterbitkan pada Februari 14, 2020 22 ...

betul ke hokaido . okinawa dengan satu lagi bandar di jepun dah ada kes corona ?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 04:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahaha iols baca tajuk je dah gelak
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah pun pelaru berpandu..bom atom nk musnahkan manusia..hantar virus ajerrr
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 15-2-2020 12:58 AM
Guna janjang geometri..

Aku kan tak pandai sangat math..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgklah lg 3 bln jd ape
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa x guna nuke je? They will die eventually. So just press the fuckin red button!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu estimate worst case scenario..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnnySins replied at 14-2-2020 05:29 PM
bukan ka ahcai2 habaq virus ni tak bahaya....ka memang tak bahaya hangpa semua ja paranoid dok pi tu ...

Virus gemuk lg bahaya okay
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 14-2-2020 05:46 PM
mohon translate utk koneght

Koneight tau bahasa tamil jahh.. maaf aku tak tau tulis dan phm tamil
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 14-2-2020 05:55 PM
Kan aku dah kata.. Data PRC bagi tak betul.. Depa ni byk sembunyi data.

Kes pertama dikesan pada ...

Purcayalaa data prc tuu.. aku takin mgkin dah puluh ribu kiiuk
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 15-2-2020 01:48 PM
Purcayalaa data prc tuu.. aku takin mgkin dah puluh ribu kiiuk

Tu la.. Aku dah agak mmg ramai dah mati
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 02:50 PM | Show all posts
Aku malas nak komen pasal covid-19

cuma nak komen pasal mask ja...
kalau orang nak beli mask, janganlah halang. Biarlah orang nak beli pun.

Kau kerja sedap2 dalam bilik ofis, mungkin tak perlu risau tentang jangkitan.
Tapi di luar sana, ramai terdedah perlu berinteraksi dengan orang luar, termasuk pekerjaan aku.
tahu tak punya ramai kat luar sana selsema, batuk dan sebagainya tapi tak pakai mask?
Yang jadi mangsa adalah aku dan staf2 aku.

aku harap doktor, pakar2 dan palatao berhentilah nasihatkan orang supaya tak perlu pakai mask.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 15-2-2020 02:27 PM
Tu la.. Aku dah agak mmg ramai dah mati

Kannnn... hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 15-2-2020 06:30 PM
Kannnn... hihihi

Kita tengok la.. Nanti terbongkar juga.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-2-2020 07:20 PM | Show all posts
berita terjemahan bagi memudahkan macai fhm
sambil screenshot
jgn lupa claim setiap report tu



COVID-19 boleh menjangkiti dua pertiga penduduk dunia - Saintis



GENEVA: Peningkatan drastik bilangan penduduk yang terjejas akibat coronavirus COVID-19 di China mungkin memberi kesan kepada dua pertiga penduduk dunia.

Saintis penyakit berjangkit yang juga penasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Ira Longini, berkata peningkatan mendadak kes itu secara tidak langsung menjadi amaran bahawa risiko jangkitan mungkin bertambah teruk.

Beliau yang bertanggungjawab menjalankan kajian mengenai penularan virus di China itu membayangkan risiko berbilion lagi mungkin dijangkiti berbanding jumlah rasmi setakat ini sekitar 60,000 orang.

Katanya, jika penularan wabak itu merebak pada tahap sama, kerajaan China akan mempunyai keterbatasan bagi langkah-langkah membendungnya termasuk menyediakan kawasan  kuarantin yang boleh dihuni puluhan juta orang.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, mengiktiraf usaha China mengambil pelbagai langkah drastik dan kesediaan seluruh dunia berjaga-jaga atau mengambil langkah yang sesuai.

Longini berkata, kaedah kuarantin mungkin berupaya memperlahankan penyebaran, namun mempersoalkan bagaimana pula dengan virus yang merebak lebih awal iaitu sebelum pemantauan bermula.

"Kira-kira 15,000 kes baharu diperoleh pada Khamis lalu selepas kerajaan China memperluaskan kaedah melakukan diagnosis," katanya.

Data menunjukkan seorang yang dijangkiti berupaya menyebarkan virus itu kepada dua hingga tiga orang yang lain.

"Kekurangan kaedah untuk melakukan ujian dengan segera dan kelemahan relatif jangkitan pada sesetengah orang juga menjadikannya sukar untuk mengesan penularan," katanya.

Tambah beliau, meskipun ada sesetengah penyelesaian mengurangkan penularan wabak, keadaan itu tetap memberikan kesan dengan satu pertiga penduduk dunia berupaya dijangkiti COVID-19.

"Sekurang-kurangnya jika ada perubahan dalam cara penularan dan langkah pengawasan, usaha mengekang virus mampu berfungsi dengan baik," katanya yang juga Pengarah Bersama Pusat Perangkaan dan Penyakit Berjangkit Kuantitatif di University of Florida, dalam temu bual di ibu pejabat WHO di Geneva.

Tegas beliau, mengasingkan pesakit, mereka yang berhubungan dengannya atau kenalannya tidak berupaya menghentikan virus berkenaan, sekali gus memungkinkan penularan yang mungkin menjadi jauh lebih besar.

Amaran sama turut ditegaskan penyelidik di Imperial College London, Neil Ferguson, yang menganggarkan 50,000 orang mungkin dijangkiti setiap hari di China.

Sementara itu, profesor kesihatan awam di Universiti Hong Kong, Gabriel Leung, juga berkata hampir dua pertiga penduduk dunia boleh menghidap COVID-19 jika ia terus dibiarkan. - AGENSI
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
3.034324s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list