Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
463
View
3
Reply

[Tempatan] Penduduk Jinjang Utara demo minta DBKL jangan naikkan sewa PPR. Kadar baru RM250 sebulan

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-2-2020 04:30 PM | Show all posts |Read mode
Penduduk PPR berdemo tuntut DBKL tunai janji tak kenakan sewa
February 14, 2020 1:30 PM


KUALA LUMPUR: Sekumpulan penduduk PPR Sri Aman di Jinjang Utara menunjuk perasaan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini, mendakwa pihak berkuasa tempatan tidak tunaikan janji untuk tidak akan kenakan sewa ke atas rumah yang mereka huni.

Wakil kumpulan itu, Shila Sinnayah, 47, berkata mereka ini adalah bekas penduduk rumah panjang Jinjang Utara, sebuah penempatan sementara, yang dipindahkan ke unit-unit yang dijanjikan kepada mereka di PPR itu.

Dalam penempatan semula itu, Shila mendakwa mereka dijanjikan tidak perlu membuat apa-apa bayaran kerana semuanya dibiayai kerajaan.

Namun, selepas 6 bulan kami mendiami rumah berkenaan sejak 2017, kami dituntut untuk membayar sewa, katanya kepada pemberita, bersama 20 yang berhimpun hari ini.

Shila bertegas unit PPR yang mereka diami itu dijanjikan kepada mereka, tapi urusan pemilikan rumah itu masih belum selesai hingga ke hari ini.

Katanya, mereka tidak pasti kenapa urusan masih tidak selesai walaupun wang bagi urusan guaman dan insurans perumahan sudah dibayar.

Sudah masuk tahun 2020 dan kami masih terus menunggu. Bila hendak selesai masalah ini kami tidak tahu. Dijanjikan untuk kami beli, wang sudah dikutip, tetapi masih tidak ada apa-apa yang berlaku, katanya.

Menurut Shila, mereka diwajibkan bayar sewa bulanan sebanyak RM250 sejak Feb 2018.

Kami penduduk berpendapatan rendah. Kami kebanyakannya hanya bekerja dengan gaji RM1,000 lebih sahaja, sebab itulah kami duduk di PPR, bukannya di perumahan mewah lain, tambahnya.

Shila berkata, mereka mahu datuk bandar Kuala Lumpur bertemu mereka dalam masa 14 hari bagi menyelesaikan masalah yang sudah berlarutan ini.

Seorang pegawai khasnya turun bertemu penunjuk perasaan dan menerima surat tuntutan mereka, namun enggan memberikan sebarang ulasan kepada media.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Arumugam Marimuthu, 57, merayu Pakatan Harapan mengambi perhatian isu mereka ini.

Dia merasakan seperti penduduk sudah dipermainkan DBKL.

Kami sudah tidak tahu di mana lagi untuk pergi bagi mendapatkan bantuan, katanya.

Saya rayu pemimpin PH tolong turun padang, lihat masalah penduduk dan selesaikan secepat mungkin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 04:35 PM | Show all posts
Selayaknyalah. Mohon naikkan saja segingga RM800 sebulan
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 05:52 PM | Show all posts
white_musk replied at 14-2-2020 04:35 PM
Selayaknyalah. Mohon naikkan saja segingga RM800 sebulan

tak baik
kena tau cerita dulu

minta ayam ph komen isu ni @I.am.PH


Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kata ayam PH,  rakyat berpuas hati sebab tu tak turun demo.. Nahhh.. Ni apa? Hantu raya belaan rakyat?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list