Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12
Return to list New
2014
View
32
Reply

[Tempatan] Lupa ambik duit kat mesin ATM lalu dikebas orang sebelah

[Copy link]

Author: Boomibulat       Show all posts   Read mode

Post time 15-2-2020 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg blh trjadi klu tgh serabut..

time tu duit tgl ngam2 je nk mkn, gaji lg 3,4 hr, dlm 100 je pun, time tu awal pagi, xde org kt atm maybank, ambik kad je lps tu dlm 5 minit baru tringat, eh duit aku x ambik, bila pegi kad atm dh lesap...

sedih gila oiii...dh la tgh serabut duit lak kena kebas, aku tgu bank buka, lps tu g tnya kaunter, kaunter kata ada org pulangkan...Ya Allah rasa nak menangis trharu,nk sujud syukur...tp bank suruh isi borang akn masuk akaunkan ke akaun, dia x leh bg cash..

aku post kt fb mohon org yg pulangkan tu contact aku, kot2 le dia atau kwn dia trbaca, tp frend aku pn ckit sgt...

kepada org yg baik hati tu, aku doakan supaya anda sentiasa dimurahkan rezeki dan dilimpahkan rahmat Allah s.w.t..aminn
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 05:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm x caya kn p atm nk kuarkan duit tp lupa nk amek duit. Tu la yg jadi kat adik aku. Dia p atm nk kuarkan duit, lupa amek duit. Bila teringat dtg balik dh lesap duit dia.. tension je balik2 umah.. betullah org kata.. byk pk..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah jadi... Tp masa tu I tgh sibuk2 nak keluar kad kat belakang pakcik tu, bila dh depan atm perasan ada duit.. I pun jerit2 panggil dia... Pakcik, duit ni? Dah la pakcik dah sampai tepi jalan... Yg kelakarnya i tak sentuh langsung duit tu dan i sempat cakap kt org yg baru sampai kt atm tu.. Eh jangan amik duit tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Risau betul kalau org masuk kedai petrol station pakai helmet.
Tak blh bukak kejap ke bang?..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun pernah terjadi,aku tunggu duit x keluar2 org belakang dah berbaris panjang dah aku give up aku cancel je semua..aku ambik kad dan blah. tup2 bro belakang aku cakap duit tak nak ambik ke??yang tadi dia tak nak keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku lupa macam ni x pernah tapi kalau shopping barang dapur nak cepat boleh jalan menonong je...jenuh la budak cashier jerit2.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 12:55 PM | Show all posts
Kuasa tular, lelaki dapat balik wang 'hilang'
15 Februari 2020

SHAH ALAM - Alhamdulillah syukur. ALLAH sebaik-baik pengatur. Semua yang berlaku hari ini (semalam) merupakan satu pelajaran yang amat mahal, luah seorang lelaki yang nyaris kehilangan wang gara-gara terlupa mengambil wang dikeluarkannya dari mesin wang automatik (ATM).

Bagaimanapun Ishak Ibrahim bertuah kerana kuasa tular dan keprihatinan netizen terhadap nasibnya menyebabkan dia berjaya memperoleh wang itu semula.

"Terima kasih kepada semua netizen dan ramai lagi mengambil berat dan begitu prihatin.

"Lihatlah kuasa viral mampu memecahkan kekusutan. Kuasa viral juga amat ditakuti. Sama ada kita terima yang baik-baik atau sebaliknya nauzubillah," katanya di akaun Facebook miliknya.

Satu rakaman video yang memaparkan seorang lelaki mengeluarkan wang dari mesin wang automatik (ATM) bagaimanapun terlupa mengambil wang tersebut sebelum seorang lelaki lain datang lalu 'mengambil wang' tersebut menjadi tular dan bualan hangat di kalangan netizen.

Tindakan lelaki yang mengambil duit itu dikecam netizen malah memintanya memulangkan semula wang tersebut.

Gara-gara kuasa viral, wang tersebut berjaya dikembalikan semula kepada pemiliknya.

Menurut Ishak, insiden tersebut telah memberi satu pengajaran cukup bermakna buat dirinya.

"Tiga perkara utama saya peroleh dari kejadian ini, iaitu lebih fokus, berlapang dada memaafkan orang dan sentiasa sangka baik.

"Ketiga, ramai orang di luar sana bersama dengan kita bila kita mahukan baik-baik. Walaupun tak kenal ada yang nak bantu bagi duit, ada yang suruh buat laporan polis dan sebagainya," katanya.

Menurutnya, kes berkenaan selesai selepas wang itu telah dikembalikan kepadanya semalam.

"Apa pun terima kasih pada adik Danial (beliau mualaf dan memeluk Islam) kerana menyerahkan semula wang tersebut. Pihak majikan dia pun mohon maaf," katanya.

Perkongsian kisah itu membuatkan netizen berasa syukur dan menyifatkan lelaki mualaf itu adalah seorang yang jujur dan amanah.

Sham Love Tina berkata, "Alhamdulillah harap abang Ishak Ibrahim lepas ni lebih fokus dan peka, jangan cuai lagi. Terima kasih pada adik yang memulangkan duit tu hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas budi baiknya, moga adik sentiasa diberkati ALLAH sekeluarga amin, Insya-ALLAH Alhamdulillah."
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Netizen cepat bersangka buruk
Mamat tu pun rilex je, tak ada pun kelam kabut amik duit tu masuk kan dlm poket n blah.
Elok jah dah jumpa dgn abg tu., rezeki abg tu masih ada.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 03:06 PM | Show all posts
Alhamdullilah dah dapat balik.. Bukan kuasa viral tetapi kuasa ALLAH...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2020 10:57 AM | Show all posts
pengalaman meols, pernah juga terjadi kes macam ni masa kerja dengan sebuah bank.

kisahnya, seorang regular customer bank ni datang untuk check balance di atm. lepas check balance, dia terus blah. kad atm masih lagi ada kat dalam mesin, & dekat skrin biasanya ada keluar "Do You Want To Continue With Another Transaction".

Guard yang jaga pulak, bila nampak macam tu dia tekan YES, pastu withdraw RM1000, maksimum untuk sekali withdrawal zaman dulu. sekarang dah RM1500.

Bila cash dah disburse, guard pun ambik duit & kad atm tu.

2-3 hari kemudian, customer datang lodge complain yang atm card dia hilang. bila check account, ada withdrawal RM1000 dari atm kitorang. Bukak cctv, nampak la kejadian guard yang buat dajal.

Meols terus mintak balik duit tu dari guard & mintak tukar guard lain. kalau dia datang kerja lagi, meols akan buat report kepada company dia & report polis.

Customer meols pun tak nak kecoh-kecoh,  since memang salah dia juga sebab tinggalkan kad macam tu jaa lepas check balance.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2020 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat pulak driver teksi yg tak mengaku amik hp customer...alih2 malu satu keluarga sebb customer share gambar selpie driver teksi lepas curi hp...dia tak tau yg customer tu sync hp gallery dgn one drive...kan dah kantoi
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2020 11:25 AM | Show all posts
Syukurlah masih ada rezeki lagi pakcik tu wangnya dah dipulangkan.  Kes ni elok dijadikan pengajaran, kalau nak keluarkan duit dari atm mesin tunggulah sehingga semuanya selesai dan ambil segala kad dan wang dan tekan butang tidak bila dah tak nak meneruskan apa2 transaksi lagi.  Ni nak tekan bukan tu pun ada yang malas.  Terlalu cepat nak beredar sendiri juga yang susah nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2020 11:57 AM | Show all posts
aku pun pernah amik duit yang orang tinggal kat CDM.   dah niat nak serah ke pihak berwajib.  ada satu mamat ni tinggalkan sebab ke kereta sebelah jalan sana nak ambil duit yang tak cukup utk dibank in.  dalam hati aku bodoh nya dia ni.  kenapa berani ambil risiko mcm tu.   kata nya tak ingat.  
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.091115s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list