Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
711
View
8
Reply

[INFORMASI] SEJARAH RINGKAS 'HIJRAH' KAUM CINA KE TANAH MELAYU

[Copy link]

Author: MeowwwOyennn    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-2-2020 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Orang-orang Cina mula datang ke Tanah Melayu sejak zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka.

Puteri Hang Li Po puteri Maharaja China yang telah berkahwin dengan Sultan Melaka telah menetap di Melaka dengan membawa pengikutnya berpindah ke Melaka.

Keturunan mereka dikenali sebagai Baba dan Nyonya Melaka.

Kebanyakan kaum Baba dan Nyonya ini mengikuti kebudayaan dan adat resam orang-orang tempatan.

Penghijrahan secara besar-besaran kaum Cina ke negara ini berlaku pada abad ke-19.

Kedatangan pedagang-pedagang asing dari pelbagai negara di benua Asia termasuk juga Portugis dan Belanda tidak sedikit pun mengubah tradisi kehidupan penduduk Melaka.

Pada peringkat awal penghijrahan orang-orang Cina ke negara ini, mereka bukan hanya masuk untuk bekerja di lombong-lombong tetapi mereka dibawa masuk oleh pembesar-pembesar Melayu yang memainkan peranan sebagai usahawan.

Orang-orang Cina amat patuh kepada undang-undang dan kepada pembesar-pembesar tempatan.

Keadaan ini mula berubah pada pertengahan abad ke-19 apabila saudagar-saudagar Cina dan Eropah diberi konsessi untuk mengerjakan lombong-lombong bijih di Negeri-negeri Melayu.

Oleh kerana saudagar-saudagar ini tinggal di Negeri-negeri Selat, maka mereka menganggap diri mereka sebagai rakyat di bawah perintah Pentadbir British.

Sengketa sering meletus antara saudagar ini dengan Pembesar-pembesar Melayu dan saudagar-saudagar Cina ini merayu kepada Pentadbir British di Negeri-negeri Selat untuk menuntut ganti rugi.

Ini mewujudkan dua pihak yang berkuasa, satu di Negeri-negeri Selat dan satu lagi di Negeri-negeri Melayu.

Selain perang saudara di kalangan masyarakat Melayu dan perkelahian orang-orang Cina di kalangan suku kaum mereka, menyebabkan kawasan perlombongan menjadi kucar-kacir.

Ini memberi peluang kepada pihak British campurtangan.
Wujudnya Pentadbiran British menggalakkan lagi ramai orang Cina berhijrah ke Negeri-negeri Melayu.

Pada waktu yang sama permintaan ke atas bijih timah semakin meningkat di England.

Bilangan orang-orang Cina yang datang semakin bertambah dengan pesatnya terutamanya di Johor.

Pada tahun 1868, bilangan penduduk di Johor dianggarkan berjumlah 78,000 dan 50% daripadanya adalah orang-orang Cina.

Hingga tahun 1931, jumlah orang-orang Cina di Negeri-negeri Selat telah mencapai angka 663,518 orang, di Negeri-negeri Melayu Bersekutu berjumlah 711,540 orang dan di Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu berjumlah 330,857 orang.

Sebilangan besar orang-orang Cina di Malaysia berasal dari Wilayah Hokkien dan Kwangtung.

Mereka keluar meninggalkan Negeri China atas desakan untuk mencari rezeki.

Memandangkan negeri mereka sering dilanda malapetaka seperti banjir, perang saudara dan sebagainya, maka ramai rakyat miskin berhijrah ke negeri-negeri lain di Asia Tenggara termasuk Kepulauan Melayu.

Ada juga yang berhijrah kerana dipaksa.

Satu sistem pengambilan buruh-buruh juga diamalkan pada abad ke-19.

Dengan menggunakan agen, buruh-buruh di Negeri China telah dibawa masuk ke Asia Tenggara secara paksa.

Selain faktor tersebut, penghijrahan orang-orang Cina ke negara ini juga disebabkan pengaruh daripada saudara-mara atau sahabat handai yang terlebih dahulu berhijrah untuk memperolehi taraf kehidupan yang lebih baik.

Ini merupakan faktor utama mengapa di Malaysia terdapat tumpuan satu-satu suku di suatu tempat atau kawasan yang tertentu.
20200214_101401.jpg
20200214_101142.jpg
IMG-20200214-WA0004.jpg
IMG-20200214-WA0001.jpg
IMG-20200214-WA0000.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 03:35 PM | Show all posts
dari dulu  tertanya -tanya kalau mereka kahwin dgn org melayu baba&nyonya dorang muslim la kan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
nad014 replied at 14-2-2020 03:35 PM
dari dulu  tertanya -tanya kalau mereka kahwin dgn org melayu baba&nyonya dorang muslim la kan?

Dlm surat kabar The Star minggu ni, ada artikel psl keturunan baba nyonya. Yg aku fhm drpd artikel tu, mase zmn Sultan Melaka dulu2 dah ade kewujudan baba nyonya. Asalnya mrk berkahwin campur dgn org tempatan yg non- muslim, tp tak diceritakan dgn detail keturunan atau kaum org tempatan tu. Baba nyonya ni meneruskan agama & kepercayaan asal mrk tanpa memeluk Islam dan assimilate  budaya tempatan melalui pakaian, makanan, percakapan etc.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-2-2020 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Baba dan Nyonya mengamalkan agama-agama tradisional Cina, menyambut Tahun Baru Cina dan Perayaan Tanglung sambil mengamalkan adat resam Melayu dan penjajah barat.

Pengaruh Portugis, Belanda, British, Melayu dan Indonesia meninggalkan kesan dalam budaya Peranakan.

Kebanyakan masyarakat Baba dan Nyonya adalah penganut agama Buddha.

Mereka memilih untuk membakar mendiang.

Cara upacara membakar mendiang tidak terpengaruh sama sekali dengan cara agama Islam mengebumikan jenazah.

Bagi masyarakat Baba dan Nyonya yang menganut agama Islam, mereka akan diuruskan dengan cara Islam. Jenazah dimandikan,dikafankan, disembahyangkan, dan akhirnya dikebumikan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku penah bc kt mana ntah, puteri hang li po ni tak wujud pun dlm sejarah cina. So sapekah li po ni sbnrnye
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-2-2020 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MeowwwOyennn at 14-2-2020 09:45 PM

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di Negeri Melaka. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk.

Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba".

Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina dan Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian yang amat popular di kalangan remaja.

Kebanyakan anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara-upacara agama orang Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur tempatan yang lain. Dalam 150 tahun yang lalu, upacara ini telahpun diubah suai. Penghidupan moden yang terlalu cepat meninggalkan sedikit demi sedikit masa lapang untuk persembahan ke atas pengorbanan yang tidak berkesudahan itu. Upacara ini semakin berkurangan disebabkan juga oleh pengaruh Barat, tetapi masih terus diamalkan.

Pada kurun ke-15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi penghormatan kepada pelbagai kerajaan seperti Negara China dan Siam. Hubungan diplomatik yang erat telah dibina sejak kurun ke-15, semasa pemerintahan Parameswara, apabila Laksamana Cheng Ho, seorang Cina Muslim melawat Melaka. Pada 1459, menurut penerangan tradisional Raja Cina telah menghantar Puteri Hang Li Po, kepada Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada penghormatannya.

Pengikut-pengikut puteri tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan akhirnya lahirnya Peranakan. Peranakan mengekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka, tetapi bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasi. Mereka membina budaya pemakanan yang unik. Banyak sumber memberi tuntutan bahawa Peranakan adalah kahwin campur dengan orang Melayu tempatan ; hal ini mungkin akan lari daripada faktor pengikut-pengikut puteri Cina tinggal di Bukit Cina yang mengembara ke Melaka dengan Laksamana Yunnan berbangsa Cina Muslim. Namun, kekurangan peringatan yang fizikal secara keseluruahan telah menyebabkan ramai pakar sukar percaya terhadap asal-usul etnik Peranakan Cina.

Sejak beberapa kurun, Peranakan telah mewujudkan satu budaya yang unik dengan mengekalkan banyak tradisi Cina, seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tanglung, dengan mengikut budaya tempatan dan juga penjajah. Terdapat tanda-tanda Portugis, Belanda, British, Melayu, dan Indonesia pengaruh dalam budaya Baba dan Nyonya.

Pada pertengahan abad ke-20, kebanyakan Peranakan dididik oleh Inggeris, akibat daripda penjajahan British ke atas Malaya, dan kecenderungan gologan tersebut mudah menerima budaya baru. Disebabkan Peranakan mudah menerap budaya Inggeris dan berpendidik, kebanyakan jawatan perkhidmatan dipenuhi oleh mereka. Interaksi antara British dengan mereka menyebabkan mereka memeluk agama Kristian. Hal ini menyebabkan masyarakat Peranakan menjadi berpengaruh di Melaka dan Singapura serta mereka lebih dikenali sebagai Kings Chinese (Cina Raja) kerana mereka lebih taat kepada Mahkota British.

Disebabkan interaksi daripda pelbagai budaya dan bahasa, kebanyakan Peranakan bertutur tiga bahasa, dan dapat bercakap dengan Cina, Melayu dan British. Biasanya mereka bekerja sebagai pedagang, dan pertenggahan antara Cina, Melayu dan Barat terutamanya, British.

Kacukan budaya boleh terjadi dalam banyak bentuk dan pilih atur, termasuk peminjaman kata-kata dan pengambilan amalan sosial dan kepercayaan dan juga penyesuaian pakaian dan makanan. Corak penghijrahan dan pengaliran kebudayaan di Asia Tenggara telah menjana perkembangan yang tersebut dan lain-lain pada masa dan di tempat yang berlainan. Di bawah keadaan yang tertentu, suatu kumpulan etnik yang baru atau yang dikesan sebagai yang berbeza daripada kumpulan etnik yang ada mungkin muncul. Kumpulan etnik yang dimaksudkan adalah Peranakan Baba Nyonya. Ia terjadi pada abad ke 15 ketika orang Cina tiba di Melaka dan berkahwin campur dengan wanita tempatan.

Kebudayaan peranakan adalah gabungan unik antara kebudayaan Cina dan Melayu dengan campuran daripada penyintesisan unsur kebudayaan Jawa, Batak, Thai dan British, melambangkan faham pelbagai budaya dan pelakuran lama sebelum terciptanya istilah-istilah itu. Kini, dunia peranakan sudah menghilang.

Baba dan Nyonya mengamalkan agama-agama tradisional Cina, menyambut Tahun Baru Cina dan Perayaan Tanglung, sambil mengamalkan adat resam Melayu dan penjajah barat. Pengaruh Portugis, Belanda, British, Melayu dan Indonesia meninggalkan kesan dalam budaya Peranakan. Kebanyakan masyarakat Baba dan Nyonya adalah penganut agama Buddha. Mereka memilih untuk membakar mendiang. Cara upacara membakar mendiang tidak terpengaruh sama sekali dengan cara agama Islam mengebumikan jenazah. Bagi masyarakat Baba dan Nyonya yang menganut agama Islam, mereka akan diuruskan dengan cara Islam. Jenazah dimandikan, dikafankan, disembahyangkan, dan akhirnya dikebumikan.

Kebanyakan pendatang Cina yang terawal sekali berhijrah ke Tanah Melayu adalah daripada kelompok Hokkien. Oleh itu, kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien dan mereka yang berasal daripada keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai orang Hokkien meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam loghat Hokkien. Ada juga orang Baba yang berasal daripada keturunan Kantonis, Hakka, dan lain-lain.

Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura berkembang dan dimajukan, banyak juga di antara mereka yang berpindah ke kedua-dua negeri ini, terutamanya Singapura. Generasi Nyonya (Baba perempuan) yang terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan kain sarong sebagaimana yang dipakai oleh orang-orang Melayu.

Oleh itu, adalah menarik bahawa kehidupan orang Baba dan pandangan mereka masih bersifat kecinaan, walaupun mereka telah lama terpisah daripada komuniti mereka di China. Ini digambarkan melalui aspek-aspek kebudayaan yang lain seperti sistem kekeluargaan dan agama yang mereka masih kekal, kecuali tocang yang dianggap sebagai lambang pengabdian kepada kerajaan Manchu, serta tradisi mengikat kaki kaum wanita yang dianggap sebagai adat yang tidak bertamadun. Malahan masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian resam budaya Cina yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang lain, seperti adat istiadat perkahwinan Cina tradisional yang memperlihat kedua-dua pengantin memakai pakaian-pakaian yang indah dan berwarna warni warisan budaya Cina tradisional. Rumah Baba juga dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina berbanding dengan Melayu.

Pada zaman pendudukan kuasa Barat, kaum Baba Nyonya lebih berada berbanding pendatang China yang baru. Kekayaan dan jalinan erat keluarga membolehkan suku Peranakan membentuk sebuah golongan atasan berbangsa Cina yang amat setia kepada kuasa British atau Belanda, sehingga sukar menerima kemerdekaan Malaysia dan Indonesia.

Menjelang pertengahan abad ke-20, kebanyakan suku Peranakan menerima pendidikan Inggeris atau Belanda, kesan penjajahan kepulauan Melayu oleh kuasa-kuasa Barat. Suku Peranakan sanggup memeluk kebudayaan dan pendidikan Inggeris sebagai cara memajukan diri mereka dari segi ekonomi. Oleh itu, jawatan-jawatan pentadbiran dan perkhidmatan awam selalu diisi oleh orang Cina Peranakan terkemuka. Ramai orang Baba dan Nyonya memeluk agama Kristian kerana menganggap agama itu lebih berprestij dan amat rapat dengan kebudayaan sekutu mereka yang berbangsa British dn Belanda. Justeru, masyarakat Peranakan menjadi amat berpengaruh di Melaka dan Singapura, sehingga diberi gelaran King's Chinese kerana kesetiaan mereka kepada pihak British. Hasil dari perhubungan mereka dengan pelbagai budaya dan bahasa, kebanyakan orang Peranakan fasih berbahasa Cina, Melayu dan Inggeris. Antara kerjaya-kerjaya yang banyak diceburi mereka termasuk saudagar, pedagang, dan orang tengah yang menguruskan perhubungan antara China, Tanah Melayu dan kuasa-kuasa Barat yang amat dihargai oleh British dan Belanda.

Separuh awal abad ke-20 menyaksikan perubahan penting dalam sejarah yang mana sebilangan kaum Peranakan makin cenderung untuk menyokong kemerdekaan Malaysia dan Indonesia. Di Indonesia, tiga komuniti Cina bergabung dan bergiat dalam politik.

Orang Cina Peranakan juga menyertai peloporan akhbar Indonesia. Mereka menerbitkan impian politik mereka di samping sumbangan dari penulis tempatan yang lain dalam syarikat penerbitan mereka. Pada bulan November 1928, akhbar mingguan berbahasa Cina iaitu Sin Po menjadi akhbar pertama yang menerbitkan lirik lagu kebangsaan Indonesia Raya. Kadang-kala, sesiapa yang terlibat dalam kegiatan sedemikian menghadapi ancaman dipenjara atau dihukum mati kerana pihak berkuasa penjajah Belanda mengharamkan penerbitan dan kegiatan nasionalis.

Kaum Cina di Indonesia berkobar-kobar memberikan sokongan kepada gerakan kemerdekaan ketika pendudukan Jepun pada awal 1940-an, apabila semua persatuan Cina diharamkan oleh pihak Jepun. Antara mereka yang terlibat termasuk Siauw Giok Tjhan dan Liem Koen Hian, dan Yap Tjwan Bing, seorang ahli Panitia Persiapan Kemerdekaan Indonesia, yang menjadi warga Amerika Syarikat pada 1960-an.

Bahan-bahan bersejarah dari kebudayaan Baba dan Nyonya dipamerkan di pusat-pusat kebudayaan seperti Jonker Street (Melaka), Pulau Pinang dan Muzium Peranakan (Singapura). Di tempat-tempat sedemikian, anda boleh mencari muzium yang mempamerkan perabot, makanan, dan pakaian tradisi Baba and Nyonya. Juga terdapat kedai-kedai makan "Nyonya" di Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Jakarta, Semarang, Surabaya, dan juga di Barat. Pertunjukan seni Peranakan mingguan juga diadakan di pasar malam Jonker Street.

Bahasa Baba ialah sejenis dialek bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang-orang Baba di Malaysia, khususnya di Melaka dan Pulau Pinang. Walaupun bahasa ini berasal dari Melaka, bahasa Baba yang dituturkan di Pulau Pinang berbeza dengan bahasa Baba Melaka dalam beberapa aspek.

Pada dasarnya, bahasa Baba ialah satu bahasa campuran antara bahasa Hokkien dengan bahasa Melayu. Walaupun kebanyakan nahu bahasa Baba berasal daripada bahasa Melayu, bahasa Baba berbeza daripada bahasa Melayu dalam kebanyakan aspek yang utama dan oleh itu, merupakan satu bahasa yang berasingan. Antara perbezaan ini adalah :

Bahasa Baba telah menyerap banyak perkataan Cina umpamanya lai untuk 'datang', dan banyak lagi kecenderungan ke arah sintaksis Hokkien, khususnya bagi idea-idea yang abstrak, yang tidak difahami oleh orang-orang Melayu.

Orang-orang Baba tidak tahu akan kebanyakan perkataan dan sintaksis bahasa Melayu.

Bahasa Baba telah mengubah kebanyakan sebutan bahasa Melayu, termasuk juga sebutan bahasa Hokkien.

Orang-orang Baba menggunakan peribahasa Cina dengan lebih meluas, berbanding peribahasa Melayu.

Bentuk ayat bahasa Baba berbeza daripada bahasa basahan orang Melayu. Umpamanya, "Ibu bapanya sedang makan di meja" disebut "Dia punya mak-bapa ada dudok makan do sblah punya mejah". Selain itu, mereka menggunakan kata ganti 'ini' dan 'itu' mendahului kata nama, iaitu berbeza dengan bahasa Melayu.

Orang-orang Baba tidak tahu tentang perkataan-perkataan yang berhubung dengan agama Islam.

Contoh lain penggunaan perkataan yang digunakan dalam etnik baba dan nyonya ;

saya =goa
anda =lu
dia =i
kita =wa lang

Bagaimanapun, peralatan dapur diberi nama Melayu, kecuali barangan jenis Cina seperti ;

teko =tekuan
sudu sup =tngsi
cerek =teko

Terdapat satu pengecualian, iaitu sumpit yang berasal daripada bahasa Melayu, "sepit" (iaitu penyepit). Orang-orang Baba menggunakan perkataan Melayu bagi perkara memasak, kecuali 'mengukus' yang dipanggil tm. Bagaimanapun, kebanyakan masakan mereka diberi nama Cina seperti bami, tauyu, kianchai, kuchai, dan sebagainya. Beberapa jenis pakaian juga diberi nama Cina.

Perkataan-perkataan berkaitan dengan agama menunjukkan lagi satu aspek pengaruh budaya Cina dalam kehidupan orang Baba ;

tokong =bio
membakar colok =sio-hio

Hasil kajian telah menunjukkan bahawa masyarakat Baba dan Nyonya bukan sahaja menggabungkan warisan budaya Melayu dalam warisan budaya mereka sendiri, malah mereka mengambil inisiatif menggabungkan dua budaya menjadi satu budaya yang unik. Sudah jelas, sejak dahulu lagi masyarakat Baba dan Nyonya memang terkenal dengan muzik dan lagu-lagu yang juga digunakan oleh masyaralat Melayu. Pengaruh puisi tradisional Melayu, iaitu pantun begitu popular dalam kalangan masyarakat Baba dan Nyonya.

Hasil penyelidikan telah menggambarkan masyarakat Baba dan Nyonya telah melatari kehidupan mereka dengan budaya Melayu terutamanya Dondang Sayang yang dilagukan dalam upacara-upacara yang tertentu sahaja dan ketika diperlukan. Bagi generasi baharu kini, muzik yang berunsurkan tradisional seperti pantun atau keroncong yang popular dalam kalangan masyarakat Baba dan Nyonya seketika dahulu kini telah berkurangan mendapat tempat di hati mereka kerana pelbagai muzik moden telah mempengaruhi generasi kini.

Terdapat banyak lirik pantun Dondang Sayang yang dimainkan, namun rata-rata tema pantun yang dibawa adalah tentang cinta dan kemesraan yang digarapkan dalam suasana spontan yang riang dan kadang-kala lucu. Pantun Baba merupakan contoh nyanyian irama Dondang Sayang.

Contoh pantun baba ;

Naday bugis tolak blayar,
Tengah laot patah kemudi-nya;
Hutang budi dapat di bayer,
Hutang hati apa ganti-nya.


Tengah laot patah kemudi,
Layar koyak di pukol angin;
Hutang hati membawak mati,
Sebagi bola di pukol angin.


Pisang mas bawak blayer,
Jerok mari dalam kendi;
Hutang budi balas di dunia,
Hutang hati mengikat diri.


Pisang mas bawak blayer,
Masak sa-bijik di-atas peti;
Hutang mas boleh di bayer,
Hutang budi menanggong hati.

Jika kita berkunjung ke Melaka, tidak sah tanpa merasai makanan tradisional masyarakat Peranakan Baba dan Nyonya yang cukup terkenal di zaman dahulu kala.

Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara masakan Melayu dan adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan sebagaimana juga orang-orang Melayu. Menikmati masakan masyarakat Baba dan Nyonya pastinya terasa keunikan kerana resipinya menampilkan budaya campuran cita rasa kaum Cina dan Melayu.

Begitupun, peredaran zaman yang begitu pantas menyebabkan makanan tradisional Baba dan Nyonya semakin sukar didapati di negeri ini. Jika ada pun, ia hanya boleh didapati di beberapa restoran eksklusif di sekitar Jonker Walk, Bandar Hilir dan Melaka Raya.

Antara masakan yang terdapat di sini ialah ayam pong teh, asam pedas ikan, ikan stim Nyonya, udang lemak nanas dan sambal sotong campur petai.

Bahan yang digunakan untuk memasak, mereka menggunakan lesung batu untuk menumbuk bahan-bahan tersebut. Ini adalah salah satu warisan budaya Melayu. Didapati bahawa apabila menggunakan lesung batu untuk menumbuk bahan masakan, ini akan menghasilkan satu aroma masakan Melayu tradisional dan keenakan masakan tersebut terserlah.

Ada juga yang menggemari kuih-kuih tradisional Melayu seperti dodol, bahulu, dan cendol resepi Melayu. Mereka sendiri akan membuat dodol untuk majlis perayaan.

Keadaan ini telah memperlihatkan bahawa pengaruh makanan dan masakan tradisi Melayu masih tetap utuh dalam masyarakat Baba dan Nyonya walaupun sekukuh dan seteguh dahulu, namun pengaruh ini masih memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Baba dan Nyonya kini.

Keaslian masakan ini terpelihara kerana menggunakan rempah ratus yang sering digunakan dalam setiap masakan Melayu.

Sulaman nyonya adalah antara pengisian keharmonian budaya Malaysia. Soroton sejarah menyatakan bahawa masyarakat baba nyonya telah berada di bumi ini sejak zaman Kesultanan Melaka lagi. Melaka yang ketika itu yang menjadi pusat perdagangan telah menggamit pelbagai bangsa untuk bertapak di situ termasuklah golongan baba nyonya.

Kebolehan mereka menyerap dan menyesuaikan diri dengan budaya setempat menjadikan mereka unik. Keunikan hasil gabungan budaya setempat dan budaya negara asal mereka. Kini masyarakat baba nyonya berada di seluruh malaysia terutama di Pulau Pinang dan Melaka. Kehadiran mereka bersama kemahiran bersulam telah memperkayakan lagi khazanah seni kraf negara.

Kekayaan seni kraf ini dapat dilihat melalui kebaya sulaman nyonya. Baju kebaya sulaman nyonya masih mendapat tempat di kalangan masyarakat Malaysia. Keindahan sulam adalah mercu kepada kehalusan kerja tangan. corak-corak sulamannya juga menjadi sumber status dan menyerlahkan pemakainya.

Baba dan Nyonya di Melaka adalah Cina Peranakan di mana nenek moyang mereka telah datang dan berkahwin dengan wanita tempatan. Perkahwinan campur seperti ini telah melahirkan budaya Cina yang unik serta tradisi Melayu.

Kaum Baba dan Nyonya telah memperkenalkan perabot unik, porselin dan pinggan mangkuk, cara pemakaian dan makanan lazat yang hanya boleh dijumpai di Melaka. Kaum Nyonya memakai sarung kebaya dengan "brooch" berbagai bentuk dan barang kemas yang diperbuat daripada perak atau emas.

Kebaya dipercayai telah wujud pada kurun ke-19 dan pertama kali dipakai oleh Nyonya Serani berbangsa Belanda dalam bentuk kebaya renda (kebaya yang dihiasi dengan renda).

Kasut manik ialah alas kaki buatan tangan yang memerlukan kemahiran dan kesabaran tinggi untuk menghasilkannya dari jalinan manik kaca bersegi-segi halus yang dijahit pada kain terpal. Pada mulanya, manik-manik yang diperlukan untuk menghiasi kasut manek. Rekaan kasut manek tradisional sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar Peranakan dan sarung batik. Mulai 1930-an, kasut manek menjalani perubahan dengan diberi rekaan moden dan ditambah tumit.

Saudagar Cina di Melaka zaman silam gemar memperisterikan wanita Melayu dari Semenanjung Tanah Melayu atau Sumatera. Hasilnya, suku Baba dan Nyonya memperlihatkan campuran budaya Cina dan Melayu yang bersinergi.

Catatan dari abad ke-19 dan awal abad ke-20 menyatakan bahawa lelaki Baba lazimnya mengahwini wanita dalam masyarakat Peranakan setempat. Ada kalanya, keluarga Peranakan membawa masuk pengantin dari China atau menghantar anak perempuan ke China untuk mencari suami.

Orang Peranakan biasanya berkahwin dengan pasangan setempat yang sama darjatnya. Lelaki kaya paling menggemari chin choay atau perkahwinan matrilokal iaitu si suami menyertai keluarga isteri.

Lamaran memerlukan buah tangan pinangan, iaitu bakul berkilau dua tingkat, yang dibawa oleh pengantara yang mewakili pelamar kepada ibu bapa pengantin idaman. Kebanyakan suku Peranakan tidak beragama Islam, sebaliknya memelihara adat penyembahan nenek moyang dari kaum Cina, tetapi ada yang memeluk agama Kristian.

Majlis perkahwinan Peranakan yang banyak mengetengahkan tradisi Cina merupakan antara perkahwinan tradisi yang paling berwarna-warni di Malaysia dan Singapura. Majlis diserikan dengan lagu berima spontan dondang sayang yang dinyanyi dalam bahasa Melayu dan ditari oleh para hadirin di jamuan. Pendondang bergilir-gilir menyambungkan lagu bertema asmara sambil menari berpusing-pusing dengan perlahannya.Dondang sayang memerlukan kemahiran berjenaka dan bertikam balas, siapa yang bijak berdondang maka dialah yang meraih gelak ketawa dan tepukan tangan ramai-ramai. Pelat loghat dan cara berbahasa Baba dan Nyonya serta kepandaian menyerikan lagi persembahan.

Melangkah ke gerbang perkahwinan sememangnya dinantikan dan merupakan saat yang bahagia bagi pasangan yang bercinta. Pelbagai persiapan harus dilakukan dan dirancang terlebih dahulu. Bagi pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan, situasi begini bukanlah sesuatu yang pelik dan ganjil.

Namun begitu, setiap kaum dan bangsa mempunyai adat dan kepercayaan mereka yang tersendiri di dalam urusan perkahwinan. Baba dan Nyonya merupakan antara masyarakat Malaysia yang unik. Keistimewaan Baba dan Nyonya masih lagi diperkatakan oleh masyarakat Malaysia yang lain dan ia boleh dilihat melalui adat perkahwinan mereka.

Pada peringkat awal perkahwinan, jemputan secara peribadi akan di mulakan dengan melawat dari satu rumah ke satu rumah yang lain untuk menghantar kad jemputan yang bersampul merah dan di hantar oleh 'Pak Chindek". Jemputan untuk kawan-kawan dan saudara mara adalah berbeza dan ianya mengambil masa selama enam hari sebelum upacara perkahwinan.

Pada hari tersebut, ketua upacara tersebut akan berpakaian gaun cina yang labuh dan jaket pendek dan memulakannya dengan memberi 'kueh ih' yang terletak elok di dalam bakul nyoya iaitu bakul Siah. Untuk hari 'kueh ih' ia juga di panggil 'sang ih' yang bermaksud untuk memperkenalkan. 'Ih 'pula adalah symbol bagi benda yang baik untuk perkahwinan. Selain dari 'sang ih', tanglung, kain merah atau 'chye kee' akan diletakkan di pintu utama.

Persiapan bilik pengantin jua perlu dan ia diletakkan langsir, cadar baru yang kaya dengan sulaman berwarna-warni, bunga-bungaan dan bilik tersebut di harumkan dengan 'Stangee' iaitu wangian daripada kulit pokok, gula tebu dan gula. Begitu juga dengan 'potpouri' yang dipenuhi dengan wangian dari daun pandan, bunga dan ia lebih dikenali sebagai bunga rampai di kalangan orang Melayu. Seterusnya ialah hari 'KhuihThiah' iaitu hari pembukaan untuk perayaan. Ia juga adalah hari kupas bawang. Hari tersebut juga adalah di buka kepada saudara mara dan kawan-kawan untuk datang menyiapkan pelbagai persiapan. Ini disusuli oleh 'hari menyambal'. Kebiasaannya mereka membuat sambal sebanyak 20 jenis antaranya ialah sambal serunding. Sambal ini akan dimakan bersama dengan 'nasi lemak' pada hari kedua belas upacara perkahwinan.

Dua hari sebelum perkahwinan, hari 'tumbuk tepung' dan 'Sang Jit' di uruskan dahulu. Tepung ini akan di gunakan untuk membuat kuih tat, kuih genggang, pisang goreng dari pisang raja, apam berkuah dan onde-onde. Makanan terakhir yang perlu di sediakan ialah putu tekan yang berwarna biru dan putih dan ditekankan dalam bekas kayu. 'Sang Jit' ialah hari bertukar hadiah di antara keluarga pengantin lelaki dan wanita. Antara barangan yang sering di tukar ialah seperti itik, khinzir, cincin berlian dan lain-lain.

Adat-adat yang serupa masyarakat Melayu boleh di dapati di dalam perkahwinan mereka iaitu dari tepak sireh yang melambangkan kesucian wanita yang akan berkahwin itu.Adat lain termasuk mas kahwin diserahkan kepada ibu bapa gadis itu kerana kesucian gadis itu. Upacara lain ialah pertukaran cincin dan hadiah, penggunaan bunga rampai dan pembakaran setanggi. Muzik dimainkan oleh kumpulan ronggeng, boria dan pancaragam serunai Cina. Upacara berlangsung selama 12 hari bagi orang-orang kaya manakala golongan biasa ialah pada hari pertama dan hari kedua belas sahaja.

Chia N Lang

Chia N Lang Kheh merupakan jamuan makan malam di rumah pengantin perempuan. Sepanjang malam tersebut terdapat kumpulan 'serunee' atau serunai akan menghiburkan hadirin yang hadir. Pengantin perempuan akan di hias dan di andam oleh 'Sang Kheh Umm' atau mak andam. Peranan mak andam ini adalah mengajar pengantin perempuan berjalan, berlutut dan sebagainya. Manakala pengantin lelaki pula akan di bantu oleh 'Pak Chindek' iaitu orang yang terlibat di dalam penghantaran kad jemputan perkahwinan.

Chiu Thau

Chiu Thau merupakan pemberian yang dianggap suci dan di persembahkan di tempat pemujaan. Tempat pemujaan khasnya di panggil 'Sam Kai' atau 'Sang kuan tai Tay' yang mewakili syurga, bumi dan manusia.

Pada hari ini, pengantin lelaki yang akan memulakan adat terlebih dahulu. Walau bagaimanapun kedua-dua pengantin tidak boleh bertemu selagi tidak menjalani adat atau upacara 'Chim Pang'.

Chim Pang

Chim Pang merupakan pertemuan pertama diantara pengantin lelaki dan pengantin perempuan di dalam hidup mereka. Ia bermula dengan upacara memasang lilin oleh kedua-dua ibu bapa pengantin lelaki dan perempuan. Selepas kedua-dua pengantin di ketemukan, mereka akan duduk di kerusi yang di sediakan yang berhadapan di antara satu sama lain.

Choon Tok

Upacara 'Choon Tok' ialah upacara untuk pasangan pengantin makan bersama sebagai suami isteri. Pada hari 'sah jit' (perayaan tiga hari) merupakan hari pengantin memberi sembah hormat kepada ahli keluarga dan juga tuhan mereka.

Chian Sia

Upacara ini ialah acara jemputan untuk adat resam dan ia lebih kepada pihak pengantin lelaki. Pada hari ini pengantin perempuan akan memakai baju kurung dan kain sarung yang diperbuat daripada kain broked dan di tenun dengan benang perak dan emas. Pada hari ini lah juga nyanyian 'Dondang Sayang' akan dinyanyikan dan diselang-selikan dengan lawak jenaka, pujian dan ransangan.

Dua Belas Hari

Hari ini merupakan hari dimana tetamu akan di hidangkan dengan nasi lemak yang diperbuat dengan begitu teliti supaya mengandungi banyak lemak. Nasi ini di kukus dengan kukusan kayu ditutupi dengan daun pisang. Orang yang pakar dalam memasak nasi lemak di panggil 'Bibi Nasi Lemak'. Pada hari ini juga rundingan dibuat sambil menikmati hidangan tepak sirih atau tempah sirih.

Chian Ching Kay, Che Umm

Ia merupakan jemputan makan malam untuk ahli keluarga si mertua pengantin perempuan. Tujuannya ialah untuk mengeratkan hubungan persaudaraan di antara kedua-dua belah pihak. Sesungguhnya di dalam upacara sebeginilah hubungan kekeluargaan dapat dieratkan lagi. Walau bagaimanapun di dalam setiap perkahwinan semestinya terdapat pantang larang tertentu bagi mengelakkan sesuatu perkara terjadi. Dalam masyarakat baba nyonya, mereka percaya pemilihan tarikh yang sesuai dapat mengelakkan dari terjadinya sesuatu yang tidak baik.

Walaupun adat perkahwinan Baba dan Nyonya ini nampaknya merumitkan, namun adat ini jugalah yang memperlihatkan betapa istimewanya masyarakat Baba dan Nyonya dimata masyarakat Malaysia. Sekalipun ada beberapa upacara yang mempunyai persamaan dengan kaum Cina, namun jika di teliti seakan-akan adatnya bercirikan kemelayuan. Pendek kata, adat perkahwinan Baba dan Nyonya ini ialah sesuatu yang menarik dan unik

Antara permainan yang biasa dimainkan oleh kanak-kanak masyarakat Baba dan Nyonya, seperti layang-layang, batu seremban, tintin, permainan getah, dan congkak. Hal ini kerana kebanyakan mereka tinggal di perkampungan Melayu.
      
Oleh itulah anak-anak mereka berkawan dan bermain permainan Melayu. Malah bukan itu sahaja, mereka juga dihantar oleh keluarga mereka ke sekolah kebangsaan. Dari situlah mereka mengenali permainan tradisi Melayu dan bermain bersama-sama dengan kawan-kawan Melayu.

Keseluruhannya, didapati bahawa masyarakat Baba dan Nyonya masih teguh mengamalkan cara hidup kemelayuan sehingga kini. Mereka sayang untuk meninggalkan budaya yang unik itu begitusahaja. Mereka sanggup mempertahankan budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Percampuran budaya dan adat antara masyarakat Cina dan masyarakat Melayu dalam masyarakat Baba dan Nyonya telah membuktikan akan keakraban dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat tersebut, malah masih mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan bermasyarakat. Jika tiada percampuran tersebut, maka masyarakat Baba dan Nyonya tidak akan wujud.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik kupasan ni. Chef florence je yg aku ingt keturunan peranakan ni. Masih ada lagi ke generasi ni? Kalau kat mall, ada kedai makan Nyonya tu kuih2 boleh tahan sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pnh dgr org baba nyonya ckp melayu, mmg fasih walopon ada dialek skit.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 14-2-2020 08:07 PM
Aku penah bc kt mana ntah, puteri hang li po ni tak wujud pun dlm sejarah cina. So sapekah li po ni  ...

Akak pun rasa puteri tu tak ujud. Baba nyonya ni di Phuket pun ada, sampai akak rasa macam jalan2 di Melaka saja. Siap ada muzium sendiri.
Di Indonesia pun ada juga. Rasanya mereka satu kaum yang berhijrah sama macam yang lain tapi mensesuaikan diri dengan orang tempatan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.090539s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list