CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
123Next
Return to list New
View: 5195|Reply: 46

"Asyik Cerita Sajat Ja, Ekonomi Kita Teruk Sampai Lambakan Rider Makanan Ki

[Copy link]
Post time 5-2-2020 11:13 AM | Show all posts |Read mode





Di sebalik kekecohan mengenai Sajat yang berpakaian wanita di Mekah, sebenarnya masih banyak isu yang kita terlepas pandang. Ini mungkin kerana ianya tidak tular atau tidak seronok untuk 'dibawangkan'.


Antara yang sentiasa menjadi masalah negara ialah perbezaan ekonomi pelbagai lapisan rakyat. Antara yang kaya dan miskin terlalu besar jurangnya dan ia semakin besar apabila situasi ini mudah diperhatikan di mana-mana.


Seorang lelaki memuat naik sekeping gambar yang berlatar belakangkan di jalan raya lalu meminta warganet membincangkan mengenai perkara tersebut.




Twitter



Fenomena ini biasa dilihat di bandar-bandar besar iaitu kehadiran pemandu e-hailing dan juga penghantar pesanan makanan menandakan perjalanan ekonomi yang rancak berlaku di dalam negara. Dalam masa sama, si ayah yang menghantar anaknya ke sekolah dengan anaknya tidak memakai topi keledar juga antara perkara yang jarang berlaku di bandar besar, tetapi ada. Apakah maksud segala-galanya ini?



Warganet meneka lokasi ini adalah di Ara Damansara yang juga jalannya sangat sibuk dengan kenderaan lalu lalang. Tapi apa lah erti kesibukan ekonomi jika yang merasa nikmatnya hanyalah golongan tertentu sahaja?




Kehadiran lebih ramai penghantar pesanan makanan menandakan situasi ekonomi yang pelbagai. Adakah mereka kerja sebagai 'full time rider' kerana jumlah wang yang diperolehi lebih tinggi atau kerana tiada kerja hakiki? Malahan ada pula yang menjadikan ianya kerja sampingan kerana gaji sendiri tidak mencukupi. Kenapa ianya boleh terjadi?













Google




Selain itu, situasi ayahnya yang membahayakan nyawa anaknya kerana tidak mengenakan topi kaledar juga dipersoalkan. Namun, mungkin ada alasan yang kita orang ramai sendiri tidak tahu mengapa si ayah bertindak demikian?



Begitu juga dengan kesalahan yang dilakukan oleh penunggang motosikal menjelaskan yang golongan ini sentiasa tergesa-gesa hingga membahayakan nyawa mereka.




Tetapi, ada juga yang mungkin sekadar bergurau menyatakan rupa-rupanya pemandu penghantar makanan semakin ramai kerana rakyat Malaysia sentiasa berada dalam kelaparan.






Apa pun, semoga kehidupan mereka terbela. Semoga ekonomi Malaysia lebih banyak membantu mereka yang memerlukan dan kita sebagai pihak ketiga, boleh menyokong mereka berbanding berhari-hari 'membawang' perkara yang tidak berfaedah. - CARI


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2020 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
bukan guanjing kata ekonomi bagus di bawah pee esh ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2020 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu bertebaran fitnah kata grab so rismah punya. Aleh2,tiba2 tony pua kot galakkan guna grab ganti feeder bus ke apa yg jd isu dulu tu. Kesiannya dgn budak2 grabfood & foodpanda ni. Ni bukanlah sustainable income.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2020 11:38 AM | Show all posts
budak2 lelaki kt rumah aku ramai yg bw grabfood ni...diorg cakap masyuk...
diorg lg suka keja mcm ni...tak terikat dok dlm ofis...
nk buat runner part time pun blh...sambil hntr mknn blh hntr brg lain...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2020 11:41 AM | Show all posts
lebih pada nak komen bapak yang tak reti bekikan helmet untuk anak...  haish...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2020 11:53 AM | Show all posts
adik iols buat food panda.. sebulan at least boleh dpt 3k lebih income walau rider ramai..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2020 12:06 PM | Show all posts
first keadaan ekonomi yg tak menentu, kedua ramai graduate yg tak bekerja so tiada pilihan, pernah naik Grab yg driver ada PhD dan Masters, ketiga jawatan kosong yg ada pun offer gaji tak munasabah..selalunya antara 900 ke 1500 utk degree atau diploma dgn job scope kena buat kerja satu department punya job. so dgn keadaan yg tak menentu bawa Grab atau Food Delivery services adalah satu pilihan yg terbaik.... dgn pendapatan yg agak ok, masa yg flexible dan kemudahan utk dpt networking utk buka perniagaan satu hari nanti atau dpt offer job dari towkey2 yg naik grab!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2020 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha..hari tu baru aku tpikir nk bkak topic ni..bagus la ada yang dah bukak..

Tbh beli guna apps lg murah, mudah,jimat masa dan praktikal dr g kedai/mamak..dah la tunggu lama..harga mahal xde discount..balik umah badan bau busuk sbb kedai tu air circulation xbgs..siap ade bau rokok org xde akai yg still merokok kurang jarak yg ditetapkan.Minyak kete lagi..parking lagi..

So aku suka je bantu rider ni cari income lebih..order sesikit berkali2 pon masih aku masih jimat..dan dorg pon dpt income.its not economy not good but a win2 situation for msia yg malas bersesak kt mall or kedai mcm aku

rumah dan dapur aku pon bersih..tummy pon happy.makan sambil layan fav series..nikmatana lagi yang kau dustakan? Ohhhh~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2020 12:40 PM | Show all posts
dah la berenti dalam box kuning..
anak tak pakai helmet..
kang kena langgar salahkan kenderaan lain..
yang grab kanan tu pun elok langgar lampu merah..

anyway, sudah-sudah la nak pandang rendah kerja orang lain..
entah-entah income rider tu lagi banyak dari dia yang seronok duduk dalam kereta tu..
bukan semua orang suka kerja dalam aircond macam dia..
ekonomi teruk la sangat sampai ramai malas masak dok order kat kedai yang tentu lagi mahal dari masak sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2020 12:50 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 5-2-2020 12:40 PM
dah la berenti dalam box kuning..
anak tak pakai helmet..
kang kena langgar salahkan kenderaan lai ...

dia nak gitau yg dia mampu pakai kete maroon tu.. abg2 runner mana mampu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2020 12:59 PM | Show all posts
Jenis yang tak suka terperap dalam pejabat lebih memilih kerja macam ni pulangan pun tak mengecewakan kata mereka musuh utama mereka hanyalah cuaca.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2020 01:22 PM | Show all posts
Kalau kita nak bincangkan persoalan yg diajukan, drp sudut mana yg nak dipertikaikan...., ekonomi dn atau  sikap?.  Harus  berpijak kpd kenyataan dn fakta, dari pelbagai sudut baru nanti kita akan dpt jawapan yg bijak.  Semua itu saling berkait  yg pada akhirnya berbalik kpd diri sendiri.

Banyaknya gramfood rider di jalanan bererti lebih ramai orang yg memesan makanan drp masak sendiri. Boleh je kita telusuri sebab2nya  dn jawapannya pelbagai.  Mungkin ramai yg malas nak  keluar membeli,  pesan je mll grabfood dgn sedikit imbuhan kpd servis rider.  Sendiri keluar  pun  kena  bayar duit minyak juga, parking lagi, beratur lagi, cuaca panas lagi.  So kalau pakai servis rider, biaya yg dikluarkan sama je.  At least boleh juga  tolong menjana pendapatan sampingan kpd grabfood rider.

Ttng  anak yg tak pakai helmet, itu sikap bapanya yg tak pentingkan keselamatan anak.  Ibarat beli kuda tapi tak dibelikan tali kekangnya.  Motor ribu2 boleh beli,  tapi helmet tak mampu?  Takkan itupun nak salahkan kerajaan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2020 01:37 PM | Show all posts
masak ni tak baloi if family kecik or bujang,  dah la kena prep, makan nya ada la 10-15 min je, then kena basuh periuk pinggan lagi.. kowserr

if nak pi makan luar plak, dah la amek masa nak bersiap, then kena drive lagi, petrol toll parking kena bayo lagi

yg patot risau bila lambakan grab, foodpanda rider yg melepak takde job.. masa tu baru la boleh kata ekonomi tak baguih, sbb org pun tak order in, kena masak utk cut cost.. mkn tulur sama budu cicah timun

kalau depa ramai ada atas jalan, kira masyuk la tu...  some mmg tabley keja ofc, mmg jenih nak ngulau and nak bebas and cannot follow instruction.. the best solution la jadi rider ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2020 02:43 PM | Show all posts
takkan lah lambakan rider penghantar makanan jadi aras kejatuhan ekonomi. apa lah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2020 02:49 PM | Show all posts
Perasan tak ramai anak muda melayu yang suka kerja jadi rider ni.
Mungkin juga diorang jadikan kerja hakiki/ sekadar cari duit lebih.
Tapi kenapa MELAYU yang ramai jadi rider?
Sebab tak terikat dengan masa/ disiplin/kerja bawah orang/ ada bos, tak suka kerja yang susah kena perah otak, kena banting tulang?

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2020 03:02 PM | Show all posts
Topik semua sama penting dan wajar diberi perhatian..
Topik Sajat pun penting juga bimbang jika diturunkan bala semua kena..
Masing-masing bebas menyuarakan pendapat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2020 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
tick replied at 5-2-2020 02:49 PM
Perasan tak ramai anak muda melayu yang suka kerja jadi rider ni.
Mungkin juga diorang jadikan ker ...

Baguslah soalan uols
Harap2 ada poromer leh jwb
Aiols keep my opinions first
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2020 03:39 PM | Show all posts
bagus la rajin cari rezeki daripada jadi perompak dan peragut
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2020 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
I think rider ni best la kerja.
X terikat. They can work at their own sweet time{:love
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2020 04:29 PM | Show all posts
tak kisah la diorang nak keja apa. jd rider ke, driver ke, asalkan halal. melayu tak malas tahu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

20-8-2022 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.109646 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list