CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 968|Reply: 3

[Tempatan] Kementerian tak campur tangan keputusan Kelantan kekal had usia kahwin 16 tahun.

[Copy link]
Post time 29-1-2020 06:26 PM | Show all posts |Read mode
Kementerian tak campur tangan keputusan Kelantan kekal had usia kahwin 16 tahunBernama -

January 29, 2020 6:10 PM


KOTA BHARU: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak campur tangan dalam keputusan kerajaan Kelantan untuk mengekalkan had usia perkahwinan 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun bagi lelaki.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh bagaimanapun menasihatkan kerajaan negeri supaya mematuhi undang-undang dengan menempatkan hakim Mahkamah Tinggi Syariah sebagai pembuat keputusan terhadap sebarang permohonan pernikahan membabitkan pasangan bawah umur.

“Hakim yang ditugaskan antara lain boleh mendapatkan maklumat mengenai status ekonomi keluarga, tahap kesihatan bakal pengantin serta pengetahuan berumah tangga pasangan pengantin muda terbabit.

“Hakim juga berhak menolak permohonan jika pemohon tidak memenuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Persidangan Perkahwinan Bawah Umur: Antara Harapan dan Realiti hari ini.

Fuziah pada majlis itu turut melancarkan Gerakan Wanita Cakna Kelantan yang dianggotai 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh Kelantan.
Menteri Besar Ahmad Yakob sebelum ini berkata Kelantan mengekalkan had usia perkahwinan iaitu 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun untuk lelaki dalam usaha mengekang masalah sosial di negeri itu.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2020 07:01 PM | Show all posts
no komen....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2020 11:49 PM | Show all posts
Kahwin bawah umur: SIS gesa Putrajaya bincang dengan KelantanFMT Reporters -

January 29, 2020 10:18 PM


SIS berkata perkahwinan kanak-kanak merampas peluang mereka untuk kehidupan yang lebih baik di masa hadapan.


PETALING JAYA: Kumpulan hak asasi wanita, Sisters in Islam (SIS) hari ini menggesa kerajaan persekutuan berbincang dengan kerajaan Kelantan untuk menaikkan umur perkahwinan kepada 18 tahun.
Kumpulan itu berkata Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menetapkan pelan 5 tahun untuk memastikan undang-undang, peraturan dan garis panduan di peringkat negeri selari dengan dasar persekutuan.

Pelan ini menyatakan halangan dalam menaikkan umur minimum perkahwinan akan ditangani di semua negeri.
Sisters In Islam membuat gesaan itu selepas seorang timbalan menteri berkata kerajaan persekutuan tidak campur tangan keputusan kerajaan Kelantan untuk mengekalkan had usia perkahwinan 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun bagi lelaki.

Kumpulan itu berkata: “Maju ke hadapan, kementerian perlu usahakan bagaimana ia akan berbincang dengan Kelantan dan semua negeri lain dalam hal ini.”
SIS menambah menteri dan timbalan menteri hal ehwal agama di Jabatan Perdana Menteri mesti menyokong kementerian wanita dalam usaha menamatkan perkahwinan bawah umur.
“Amalan perkahwinan kanak-kanak di Malaysia tidak boleh dipertahankan, melanggar hak asasi kanak-kanak dan merampas peluang mereka untuk kehidupan yang lebih baik di masa hadapan.”

Terdahulu hari ini, timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata kementerian wanita memutuskan tidak akan campur tangan dalam keputusan kerajaan Kelantan.
Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya akan kerajaan menasihatkan kerajaan negeri supaya mematuhi undang-undang dengan menempatkan hakim Mahkamah Tinggi Syariah sebagai pembuat keputusan terhadap sebarang permohonan pernikahan membabitkan pasangan bawah umur.



Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2020 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Dorang ada mak bapak kannn...bior le mak pak dorang yg tentukn hal hal ank ank ...nak kawin ke....nk keeja ke...nk bljor ke....sbb mak pak je yg kenal pangai ank....

Org sewa rumah aku, org sskjp le.....muda lg dah ada ank....wife kat U, hb meniaga....ank hb yg jaga, bila dia pi meniaga, hantar rumah pengasuh....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.138392 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list