CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 826|Reply: 2

[Tempatan] Pusat Syiah di Selangor bertambah, kata majlis agama Islam.

[Copy link]
Post time 29-1-2020 10:52 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 28-1-2020 06:54 PM

Pusat Syiah di Selangor bertambah, kata majlis agama IslamBernama -

January 29, 2020 7:39 AM


Jabatan Agama Islam Selangor menyerbu sebuah pusat kegiatan Syiah di Gombak pada 6 Sept 2019.


SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berkata, gerakan ajaran Syiah di negeri ini dilihat semakin meluas dan membimbangkan.
Pengerusinya, Mohammed Khusrin Munawi berkata, pihaknya mengesan pertambahan pusat kegiatan bagi pengikut ajaran Syiah di sekitar Selangor.
“Dari semasa ke semasa, ajaran Syiah dilihat semakin kuat dan makin bercambah.

“Sekiranya dahulu mungkin kita kesan hanya 2 atau 3 pusat kegiatan (ajaran Syiah) saja di Selangor, tetapi sekarang ini, ia telah bertambah mungkin ada 14 ke 15 (pusat) di beberapa tempat seperti Puchong, Gombak dan Klang,” katanya selepas menyampaikan sijil peguam syarie kepada 47 peguam semalam.

Khusrin berkata, pihaknya percaya pertambahan bilangan kumpulan dan pengikut Syiah itu ekoran bantuan pihak tertentu untuk mengembangkan kegiatan dan aktiviti seperti pada hari-hari tertentu mereka mengadakan sambutan bagi ajaran itu.

“Penyebaran ajaran Syiah dalam media sosial juga menjadi satu cabaran kepada kita untuk mengekangnya dan yang turut menjadi kesukaran bagi kita adalah pengikut ajaran ini sukar dikesan kerana mereka ini tidak akan mengaku mereka (mengamalkan) ajaran Syiah, selain amalan mereka juga tidak banyak berbeza daripada kita yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.”

Oleh itu katanya, Mais dan agensi berkaitan di Selangor akan terus mempergiatkan usaha memantau gerakan ajaran Syiah dan memberi penerangan bahaya ajaran itu kepada orang ramai, terutama di sekolah dan masjid di seluruh negeri ini.

Sementara itu, Khusrin menggalakkan umat Islam di Selangor mengadakan solat hajat dan doa selamat susulan kes koronavirus yang dikesan di Malaysia.

“Tiada arahan rasmi dikeluarkan untuk mengadakan solat hajat, tetapi kita galakkan umat Islam melakukan solat tersebut.
“Beberapa masjid di Selangor telahpun mula mengadakan solat hajat memohon kepada Allah supaya kita dilindungi dari wabak itu.”

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/01/29/pusat-syiah-di-selangor-bertambah-kata-majlis-agama-islam/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2020 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Tumpang tanya, syiah ni kalau depa nk kawin kena sesama syiah juga ke
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 12:17 PM | Show all posts
harap2 adik ipar Tony Blair tak datang selangor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2026 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.070029 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list