CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1620|Reply: 18

[Tempatan] Isu sempadan Kuala Lumpur dan Selangor belum selesai sejak 1974. Beberapa kawasa

[Copy link]
Post time 29-1-2020 07:40 AM | Show all posts |Read mode
KL, Selangor cari jalan

KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan (KWP) akan menyelesaikan isu persempadanan antara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor yang berlanjutan sejak 1974 bagi membolehkan pelbagai isu berkaitan dapat ditangani.

Menterinya, Khalid Abdul Samad berkata, ketika ini Pejabat Tanah dan Galian Kuala Lumpur (PTGKL) sudah mengadakan perbincangan bersama PTG Selangor untuk mencari jalan menyelesaikan secara rasmi mengenai isu itu, walaupun Kuala Lumpur diisytiharkan Wilayah Persekutuan sejak 46 tahun lalu.

Beliau berkata, sejak itu ia belum diselesaikan secara tuntas dan masih ada 18 masalah persempadanan belum selesai dan menjadi antara fokus utama kementeriannya pada tahun ini.

“Cadangan mengenai perkara ini sudah dibuat oleh Selangor, cara untuk selesaikan dan akhirnya kita dapat memuktamadkan secara rasmi sempadan di antara Selangor dan Kuala Lumpur.

“Jadi PTGWPKL akan beri maklum balas dan hari itu dia sudah beri pandangannya, insya-Allah kita harap pada tahun ini persoalan persempadanan itu dapat kita selesaikan dan perjanjian persefahaman muktamad dapat ditandatangani,” katanya pada sidang media Sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Hala Tuju KWP 2020 di pejabatnya di sini, semalam.

Beliau berkata, antara dapat diselesaikan menerusi pelaksanaan itu adalah masalah pembayaran cukai pintu sama ada kepada Wilayah Persekutuan atau Selangor seperti berlaku ketika ini.

Menurutnya, selain itu, pihaknya akan menumpukan kepada kemiskinan bandar, konsep Wilayah Persekutuan sebagai Wilayah Pintar, konsep Wilayah Persekutuan sebagai Negara Taman dan pembangunan Kampung Baru yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

Katanya, KWP ingin menumpukan untuk menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai wilayah pintar dan mewujudkan rangkaian 5G, sekali gus menjadikan ia berada di garisan pertama dalam pelaksanaan bandar pintar di negara ini.

“Putrajaya kita nak jadikan sebagai bandar ‘vibrant’, ada 256 program tempatan dan antarabangsa sepanjang tahun ini dan kita nak jadikan ia sebagai pusat penganjuran program bertaraf dunia.

“Tahun ini, kita nak laksanakan projek monorel yang akan dibantu oleh KWP dan diketuai oleh Kementerian Pengangkutan.

“Di bawah Jabatan Landskap Negara, KWP akan laksanakan konsep ini menerusi Majlis Negara Taman yang dipengerusikan saya sendiri selaku Menteri Wilayah Persekutuan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 January 2020 @ 6:10 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2020 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Monorel??? Apsal tak buat tram aje, kan murah...rizab jalan pun agak lebar kat Putrajaya tu...motorist kena belajar2 lah kongsi road surface.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Area keramat tu. Pening kepala nak handle sekolah anak2. jarak dekat je between sekolah tetiba dah masuk kawasan selangor pulak. Pastu sorang lagi wilayah. Sorang rendah sorang menengah.  Dah kena pegi PPD lain2 pulak. cuti pun tak sama.

Depan aeon Keramat tu ada sekolah menengah, yang tu wilayah. Kira kalau budak2 lintas je pegi Aeon tu masuk selangor. ah pulak tu setiawangsa masuk wilayah balik.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 08:15 AM | Show all posts
area dataran merdeka tu pon sebahagiannya kawasan selangor sbb tu bangunan muzium muzik tu di tutup dan diserahkan semula kpd negeri selangor...area sentosa di jalan klang lama tu pon mcm tu gak, satu apartment tp alamat bercampur, ada yg kl ada yg selangor
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 08:48 AM | Show all posts
ofis aku po koncufe nak tentukan wilayah jajahan yg nak di jaga
kena ikut poskod tu pon kdg berbalah sape jaga
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 08:49 AM | Show all posts
rumah aku pun bayar cukai ke Selangor
tapi poskod dan alamat KL
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2020 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kampung akak gombak poskod KL tp negeri Selangor
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 08:56 AM | Show all posts
rumah sis vokuru jamban thailand, ruang tamu malaysia, bilik tidur golok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2020 09:21 AM | Show all posts
list yg aku tahu
Selayang
Cheras
Batu Caves
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 09:43 AM | Show all posts
iols adelah salah seorg yg poskod 68100 kl ka batu kep.hahaha
tp da biaser tetiap hari lintas negeri, g skolah dkt slangor, balik rumah wilayah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2020 10:09 AM | Show all posts
hari wilayah korang sambut
hari sultan selangor pun korang sambut
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
brownstone replied at 29-1-2020 07:45 AM
Monorel??? Apsal tak buat tram aje, kan murah...rizab jalan pun agak lebar kat Putrajaya tu...motori ...

actually infra utk monorel dah ada.. station hentian pun dah ada lama dah.. mungkin depa nk continue je la..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 11:06 AM | Show all posts
aku ulang alik pergi kerja kiyel selangor...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
234126 replied at 29-1-2020 08:04 AM
Area keramat tu. Pening kepala nak handle sekolah anak2. jarak dekat je between sekolah tetiba dah m ...

Mmg pening. Ada sekolah, alamat sk Abc, KL, Selangor. PPD, cuti ikut Selangor. Tp beberapa meter dah KL
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 11:43 AM | Show all posts
ummah klang valey yg dok area2 sempadan tu kalo boleh sume nak alamat kay ell sbb lg nampak urban
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 11:58 AM | Show all posts
mcm damansara la

damansara heights/dmnsara kim - bayar cukai kat DBKL

damansara utama/dmsnara jaya/kota damansara - bayar cukai kat MBPJ (selangor)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2020 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Damansara pun poskod KL
Lps ni Klang ka, Ijok ka poskod KL jugak
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 04:18 PM | Show all posts
sebab tu keluar nama pinggiran - pinggiran tu kan

dulu pernah stay kampung cheras baru

sampai la tak tau tu Selangor ke KL
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
anastasia7 replied at 29-1-2020 11:28 AM
Mmg pening. Ada sekolah, alamat sk Abc, KL, Selangor. PPD, cuti ikut Selangor. Tp beberapa meter d ...

benda jadi complicated just sebab daerah issue ni. Padahal berapa meter je bezanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-7-2026 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.131409 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list