CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 774|Reply: 4

[Tempatan] Kontraktor Cina Sedekah Kambing Kepada Pusat Tahfiz.

[Copy link]
Post time 29-1-2020 05:28 AM | Show all posts |Read mode
28.01.2020 - Kepala Batas, “Saya sedekah.” Demikian kata seorang kontraktor ketika menderma seekor kambing kepada Maahad Tahfiz Insan Syamil Darul A’la, Sungai Kedak di sini.

Ah Hang yang juga penternak kambing mahu meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama warga pusat tahfiz selain berkongsi rezekinya kepada golongan yang memerlukan.

Dia bermurah hati untuk berkongsi kegembiraan menyambut perayaan dan berharap bantuannya dapat meringankan bebanan pihak pengurusan tahfiz berkenaan.

Menerusi gambar yang disertakan dalam entri di laman sosial, jelas sekali anak-anak tahfiz sedang bergotong-royong melapah daging kambing sebelum dijadikan juadah untuk dinikmati mereka.

Di kesempatan itu, tenaga pengajar pusat tahfiz mengucapkan terima kasih serta mendoakan agar lelaki berbangsa Cina itu terus dilimpahi rezeki dan menerima hidayah dari-Nya.

Kisah itu dimuat naik di Facebook Penang Kini selepas dikongsi Fariz Al Haj, nyata mendapat pujian daripada netizen kerana ia melambangkan keharmonian masyarakat majmuk.

Netizen berkata, tindakan Ah Hang memadamkan kebencian, menyemarakkan perpaduan selain mengutamakan semangat 1Malaysia.

Putera Lizan berkata, “Kita hidup masyarakat majmuk, berbilang kaum, berbilang bangsa saling hormat-menghormati tapi ada suku pihak cuba pecahbelahkan masyarakat majmuk di Malaysia.

“Dengan agenda politik, menghasut supaya masyarakat berbilang kaum dan bangsa berpecah-belah dan bergaduh. Tetapi tindakan ‘uncle’ ini luar biasa. Terima kasih ‘uncle’, semoga ALLAH beri hidayah buat anda sekeluarga dan dimurah rezeki,” ujarnya.

Ujar Farhan, “Kepada Ah Hang, saya doakan tuan diberi kesihatan yang sihat dan moga ALLAH beri hidayah buat tuan sekeluarga amin.”

Kata Liana pula, “Perbuatan tauke ini sangat bagus, mereka berbuat kebaikan ketika perayaan dan berharap sepanjang tahun akan melimpahi kekayaan.”




https://www.sinarharian.com.my/article/67744/BERITA/Viral/Kontraktor-Cina-sedekah-kambing-kepada-pusat-tahfiz

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2020 06:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Rajin FM bukak thread pepagi
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 06:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah tu..boleh jugak anak2 tahfiz tu merasa kambing golek..
Dapnyeeeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2020 06:32 AM | Show all posts
ellez replied at 28-1-2020 02:00 PM
Rajin FM bukak thread pepagi

Disini belum pagi lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 29-1-2020 06:32 AM
Disini belum pagi lagi.

Oo..yeke..maaf iols xtau..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2026 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.082566 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list