|
View: 1320|Reply: 9
|
[Tempatan]
Kadar pos baharu berkuatkuasa 1 Februari 2020
[Copy link]
|
|
|
Pos Malaysia naikkan kadar seiring kos operasi
KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) akan melaksanakan semakan semula kadar pos berikutan keputusan kerajaan untuk meluluskan kadar pos baharu yang akan mula berkuatkuasa pada 1 Februari 2020.
Kadar pos baharu ini hanya membabitkan mel berdaftar, mel komersial dan bungkusan kecil di bawah dua kilogram.
Selain daripada kadar pos domestik, perkhidmatan pos antarabangsa juga mengalami peningkatan sehingga 30 peratus bagi kos penghantaran ke negara destinasi untuk bungkusan kecil di bawah dua kilogram, bermula Januari 2020.
Kali terakhir kadar pos dikemaskini adalah pada 2010.
Ini adalah seiring dengan peningkatan kos operasi dan peningkatan struktur kadar antarabangsa oleh Kesatuan Pos Sedunia (UPU) baru-baru ini yang mengubah landskap industri pos global, sekali gus mendorong syarikat untuk mentransformasi sistem pos bagi mencapai tahap kecekapan yang lebih tinggi.
Pos Malaysia dalam kenyataannya berkata, ia akan terus menawarkan kadar pos yang berpatutan untuk pengguna mel individu dan pelanggan bukan komersial dengan kadar setem semasa yang bernilai 60 sen.
“Ini kerana, 95 peratus daripada jumlah pengguna mel dalam negara adalah pelanggan komersial Pos Malaysia, manakala hanya lima peratus terdiri daripada pengguna mel individu.
“Pelanggan komersial Pos Malaysia yang terdiri daripada sektor perbankan, telekomunikasi dan peruncitan juga menyatakan sokongan terhadap kadar pos yang baharu kerana kadar ini adalah berpatutan dan memberi impak yang minimum terhadap operasi perniagaan mereka,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Syed Md Najib Syed Md Noor, berkata kadar pos baharu ini akan membolehkan syarikat mengendalikan kos dengan lebih berkesan untuk menyediakan perkhidmatan kepada lebih daripada sembilan juta alamat di seluruh negara dalam memenuhi Obligasi Perkhidmatan Sejagat (USO).
“Pada masa yang sama, kami berhasrat untuk menyelaraskan pertumbuhan syarikat seiring dengan perkembangan ekonomi digital melalui penerapan inovasi untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan kepuasan pelanggan.
“Pelan pertumbuhan yang agresif adalah perlu supaya syarikat kekal relevan dalam industri yang menuju kearah era Revolusi Industri 4.0,” katanya.
Pos Malaysia akan terus meningkatkan pelaburan di dalam infrastruktur digitalisasi dan e-dagang yang menjadi sebahagian daripada agenda transformasi syarikat demi meningkatkan prestasi sebagai penyedia perkhidmatan pos dengan jangkauan terluas di negara ini. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Semakan semula kadar pos komersial berkuat kuasa 1 Feb
Semakan semula kadar pos komersial berkuat kuasa 1 Feb
Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan melaksanakan semakan semula kadar pos komersial berkuatkuasa 1 Feb, 2020, dan langkah itu tidak akan menjejaskan rakyat.
Menurut kenyataannya hari ini, langkah itu seiring dengan peningkatan kos operasi dan peningkatan struktur kadar antarabangsa oleh Kesatuan Pos Sedunia (UPU), yang mengubah landskap industri pos global dan mendorong Pos Malaysia untuk mentransformasikan sistem pos bagi kecekapan yang lebih tinggi.
Kali terakhir semakan semula kadar pos dilakukan pada 2010.
Melangkah ke hadapan, Pos Malaysia menyatakan ia akan terus menawarkan kadar pos yang berpatutan untuk pengguna mel individu dan pelanggan bukan komersial dengan kadar setem semasa yang bernilai 60 sen.
Iklan
Kadar pos yang baharu ini hanya melibatkan mel berdaftar, mel komersial dan bungkusan kecil bawah dua kilogram. Menurut Pos Malaysia, jumlah pengguna komersialnya mewakili 95 peratus daripada semua pengguna mel dalam negara dengan hanya lima peratus terdiri daripada pengguna mel individu.
Menurut laman web Pos Malaysia, kadar setem komersial akan dinaikkan sebanyak 70 sen menjadi RM1.30 dan mel berdaftar komersial naik 90 sen menjadi RM3.10.
Menurut Pos Malaysia, para pelanggan komersialnya yang terdiri daripada sektor perbankan, telekomunikasi dan peruncitan juga telah menyatakan sokongan terhadap kadar pos baharu ini kerana ia berpatutan dan memberi impak yang minimum terhadap operasi perniagaan mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Syed Md Najib Syed Md Noor berkata, kadar baharu pos ini akan membolehkan syarikat mengendalikan kos dengan lebih berkesan untuk menyediakan perkhidmatan kepada lebih sembilan juta alamat di seluruh negara di bawah Obligasi Perkhidmatan Sejagat (USO).
“Pada masa yang sama, kami berhasrat untuk menyelaraskan pertumbuhan syarikat seiring dengan perkembangan ekonomi digital melalui penerapan inovasi untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan kepuasan pelanggan
“Adalah perlu untuk mengadakan pelan pertumbuhan yang agresif agar kekal relevan dalam industri yang menuju ke arah era Revolusi Industri 4.0,” katanya.
Syed Md Najib berkata, Pos Malaysia akan terus melabur dalam infrastruktur pendigitalan dan e-Dagang sebagai sebahagian daripada agenda transformasi bagi meningkatkan prestasi Pos Malaysia sebagai penyedia perkhidmatan pos dengan jangkauan terluas di negara ini.
Digitalisasi adalah penting untuk memacu perniagaan syarikat ke hadapan dan ini jelas dapat dilihat melalui peningkatan penggunaan telefon pintar dalam negara yang melebihi 100 peratus, satu pencapaian yang membanggakan oleh kerajaan dalam meningkatkan ekonomi digital Malaysia, katanya.
Beliau berkata, sektor e-Dagang di Malaysia dijangka mengalami pertumbuhan sebanyak 30 peratus pada 2020.
“Justeru, Pos Malaysia perlu dilengkapkan dengan perkembangan teknologi terkini untuk menerajui pasaran dan menjadi pusat e-Dagang untuk negara,” katanya.
Perkhidmatan pos antarabangsa melihat peningkatan bagi kos penghantaran ke negara destinasi sehingga 30 peratus untuk bungkusan kecil bawah dua kilogram, bermula Januari 2020, susulan keputusan oleh Kongres Khas UPU di Geneva pada September 2019, telah memberi kesan kepada operator perkhidmatan pos seluruh dunia.
- Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Semakan semula kadar pos tu maknanya nk naikkan caj poslaju ke apa..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagi naik lagi la rugi...selagi tak faham logik ni tak pyh berniaga mengabihkan bogheh yo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Giler.....
Poslaju ni asyik naik je ... .Abah dia semakan terakhir thn 2010....thn 2018 je 3x naik...
Shopee pun dah x byk guna poslaju.....j&t exp mendonia skrg. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pos komersial tu pos biasa yang takde la lambat mana pun tu... seminggu je selalunya...
kalau sabah sarawak pos pakai ni murah betul untuk barang besar...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
J&T memang tip top... memang CEO dia ada bagitahu dia buka J&T sebab dia tengok courier servis di malaysia dan indonesia haukkkk... jadi dia mula lah buka J&T supaya dapat improve postage service macam china negara asal dia...
harap2 jangan lah servis jadi lagi teruk after ramai dah guna ni....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 29-1-2020 07:13 PM
pos komersial tu pos biasa yang takde la lambat mana pun tu... seminggu je selalunya...
kalau sab ...
Ooo..iols kurg pengetahuan ttg postage ni..
Sllu bila beli kat shopee iols pilih j&t kalau ada option tu sbb ianya lebey murah.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|