CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 966|Reply: 10

[Tempatan] Drebas bas mogok lagi

[Copy link]
Post time 29-1-2020 04:14 AM | Show all posts |Read mode
Mogok pemandu bas di Kelantan resahkan pengguna

Bernama

Lengang dan kosong. Situasi itu dilihat berlaku di Stesen Bas Kota Bharu hari ini sejak awal pagi ini apabila dipercayai pemandu bas henti-henti sebuah syarikat melancarkan mogok hingga menyukarkan pengguna yang menggunakan perkhidmatan itu sebagai pengangkutan harian.

Lebih 60 buah bas yang sepatutnya memulakan perkhidmatan seawal pukul 6.00 pagi tidak kelihatan di stesen bas berkenaan.

Seorang pengguna, Juliana Supajam, 21, yang berasal dari Kampung Alor Lintah, Jerteh berkata dia terkejut apabila mendapat tahu tiada perkhidmatan bas hari ini.

“Saya datang ke Kota Bharu atas urusan sejak kelmarin, dan untuk pulang ke Jerteh semula hari ini saya terpaksa meminta tolong kawan untuk menghantar saya memandangkan tiada bas.

“Untuk mendapatkan khidmat kereta sewa pula ia terlalu mahal sehingga ada yang meminta bayaran sebanyak RM80 untuk perjalanan dari Kota Bharu ke Jerteh sedangkan apabila menaiki bas hanya RM6.20 sen sahaja,” katanya ketika ditemui di Kota Bharu, hari ini.

Seorang lagi pengguna, Zahratunnisak Ab Rahman,19, berkata tindakan pemandu bas mogok ini dilihat menyusahkan orang ramai sehingga menyebabkan urusan hariannya tergendala.

“Saya keluar rumah sekitar pukul 8.30 pagi ini dan dihantar oleh ayah saya untuk urusan di Kota Bharu, namun pada 12 tengah hari tadi ketika sedang menunggu bas henti-henti untuk pulang ke Pasir Tumboh, saya disapa oleh pemandu teksi memaklumkan bas tidak beroperasi hari ini.

“Tidak mahu membuang masa untuk terus menunggu, saya terus mendapatkan perkhidmatan kereta sewa. Walaupun tambangnya adalah hampir tiga kali ganda mahal daripada tambang bas namun saya tiada pilihan lain,” katanya.

Sementara itu, usaha Bernama bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu daripada syarikat pengurusan bas gagal dan talian telefon juga tidak berjaya dihubungi.

Difahamkan ini adalah kali kedua mogok itu dilakukan para pemandu bas syarikat yang sama selepas tindakan kali pertama pada 17 Dis lepas ekoran tidak dibayar gaji selama dua bulan.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2020 06:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada satu kampung2 di Kelantan tu,sbijik bas lalu sebelah pagi,lepas tu patah balik petang..
Purata sbijik bas sehari..
Huhuhu
Iols tau sbb iols ada balik kg arwah nenek belah mak kat kelantan
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
ellez replied at 29-1-2020 06:08 AM
Ada satu kampung2 di Kelantan tu,sbijik bas lalu sebelah pagi,lepas tu patah balik petang..
Purata  ...

Kat sana anggaplah tak ada public transport. Ramai org pakai kenderaan sendiri untuk semua urusan harian.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 29-1-2020 07:28 AM
Kat sana anggaplah tak ada public transport. Ramai org pakai kenderaan sendiri untuk semua urusan  ...

Aah..ye bro..iols terlalu jarang balik sana sejak nenek iols meninggal..so iols mmg xperlu guna bas even iols tak drive sejak xcident dulu..kazen iols yg amik n htr iols ke epot..lagipun grabcar susah nak dapat kat sana kalau kawasan kampung
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 08:20 AM | Show all posts
Hari tu dah mogok sekarang mogok lagi..gaji x dapat2 lg ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
ellez replied at 29-1-2020 06:08 AM
Ada satu kampung2 di Kelantan tu,sbijik bas lalu sebelah pagi,lepas tu patah balik petang..
Purata  ...

Drebar tu main dam ke?....

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2020 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 29-1-2020 08:54 AM
Drebar tu main dam ke?....

Hahaha..kan ke bas tak cukup tu..so sbijik bas jela kot guna utk satu laluan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 09:02 AM | Show all posts
minta buat rapidkelantan kat sana
baru la service bas terjamin dan selesa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2020 09:12 AM | Show all posts
gunalah merc kelantan. kan dah beli byk utk kegunaan ulang alik dlm kelantan katanya
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana bole suka2 tak bayar gaji driver? Syarikat ni tak kene tindakan ape2 ke? Takde report ke jabatan buruh?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 03:19 PM | Show all posts
alamak.. bukan sume rakyat mampo beli keta moto... masih ramai yg menggunakan perkhidmatan bus ni... nak plak kalo budak skolah... aiyooo walau di kelantan atau dimana sajo.. public transport is a must!!

ni masalah gaji.. kali ke - 2 tuh.. x report pejabat buruh ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2026 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.415644 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list