CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1295|Reply: 5

[Tempatan] Elak koronavirus di Malaysia, pekerja lapangan terbang lakukan kerja pembersihan

[Copy link]
Post time 28-1-2020 07:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 28-1-2020 03:08 AM

Elak koronavirus di Malaysia, pekerja lapangan terbang lakukan kerja pembersihanAslinda Nasir -

January 28, 2020 4:04 PM


Gambar Malaysia Airports.Keadaan yang membimbangkan ketika ini berikutan penyebaran virus koronavirus membuatkan banyak pihak mula mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak dijangkiti virus tersebut.
Ia termasuklah pekerja di lapangan terbang yang melakukan aktiviti pembersihan secara total supaya tidak dijangkiti virus tersebut.
Ini kerana lapangan terbang menjadi tempat tumpuan untuk kesemua pelancong luar negara mahupun rakyat tempatan pergi ke sesebuah destinasi menaiki kapal terbang.
Maka kawasan itu perlu bersih dan sentiasa bebas daripada sebarang ancaman yang boleh meragut nyawa orang.


Gambar Malaysia Airports.


Apabila berlaku sebarang kes penyakit, kebiasaannya ia boleh merebak dengan mudah dan dijangkiti sesiapa sahaja yang berada di situ.
Maka lapangan terbang perlu melipat gandakan usaha untuk dalam membuat kerja-kerja pembersihan seperti di eskalator, troli dan pelbagai alatan yang sering disentuh ketika di lapangan terbang.

Bagaimanapun bagi pengunjung pula, anda turut dinasihatkan untuk terus memakai topeng dengan cara yang betul bagi menghindari anda dari sebarang kuman dan penyakit.
Gambar Malaysia Airports.


Sebelum ini Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan pada Selasa menyatakan 26 kematian berlaku dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 106 orang.
Jangkitan yang disahkan bermula di China juga melonjak kepada 4,515 kes, dan ia naik daripada 2,744 pada Isnin.

Gambar Malaysia Airports.


Virus yang membunuh itu disahkan berpunca dari pasar haiwan liar di bandar Wuhan dan dikesan sejak bulan lalu, sekaligus mencetuskan kebimbangan selepas virus itu menular ke seluruh negara itu serta di lebih 12 negara lain.

Kerajaan menutup Wuhan dan bandar lain di wilayah tengah Hubei, menjejaskan 50 juta rakyatnya termasuk ribuan warga asing dalam usaha mengekang penyebaran virus ketika sambutan Tahun Baru Cina.


Sumber gambar: Malaysia Airports

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/01/28/elak-koronavirus-di-malaysia-pekerja-lapangan-terbang-lakukan-kerja-pembersihan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2020 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian diorang yang tak bersalah nak kena hadapi penyakit rakyat PRC ni...

jagalah kebersihan tu oiii, hidup menyusahkan orang dapat apa PRC oih...kesian aku tengok jururawat balik HSB nak tapau makanan untuk anak2 pun masih pakai mask...jiran2 aku ramai staff HSB...

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by munchkin at 28-1-2020 08:37 PM

Umpama ko pakai kasut dalam rumah lah. Stupid dan bodohhhhh.  

Nak elak kotoran orang bukak kasut tinggal di luar rumah.

Kalau pakai kasut dalam rumah takkan setiap saat ko nak mop rumah.

Stupid gov!!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 09:01 PM | Show all posts
ni la nama nya kerja pak pandir.
aku tumpang simpati pada staf medic malaya,
terpaksa jadi pak pandir ikut arahan menteri bodoh.
menteri bodoh sedap2 jer kat rumah dan opis,
jauh dari risiko jangkitan.
kalau menteri datang site sama2 tinjau dan pantau takpe la jugak.
ini habuk pun tarak. konfiden jer cakap tourist PRC ni semua nya sihat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 09:10 PM | Show all posts
tak pasal2 kita pulak yang kena cuci kuman2 prc ye
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah sebab rajin
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2026 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.104956 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list