CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3090|Reply: 27

[Tempatan] China minta sarung tangan perubatan dihantar segera, kata Persatuan Pengeluar Sa

[Copy link]
Post time 28-1-2020 05:42 PM | Show all posts |Read mode
China minta sarung tangan perubatan dihantar segera

https://www.hmetro.com.my/bisnes/2020/01/539172/china-minta-sarung-tangan-perubatan-dihantar-segera

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 January 2020 @ 5:09 PM

Bisnes HM
[email protected]


GAMBAR HIASAN

PERSATUAN Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) memaklumkan China kini meminta penghantaran segera bagi sarung tangan perubatan.

Presidennya, Denis Low berkata, pihaknya yakin ahli persatuan dapat memenuhi permintaan berkenaan dengan meningkatkan keupayaan pengeluaran masing-masing.

“Saya percaya ahli MARGMA akan lakukan yang terbaik dalam memastikan keperluan berkenaan dapat dipenuhi,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya, selain China, beberapa negara lain turut memerlukan peralatan ini khususnya di kalangan kakitangan perubatan berikutan kebimbangan wabak ini akan terus merebak.

“Kakitangan perubatan memerlukan ubat dan peralatan perlindungan seperti sarung tangan bagi memastikan ia ada dalam simpanan mereka untuk digunakan apabila perlu,” katanya.

Menurutnya, pihaknya akan memberikan keutamaan kepada negara yang terjejas dengan wabak ini.

“Sebagai pemain industri bertanggungjawab, kami akan pastikan sarung tangan ini dihantar ke negara dan lokasi yang lebih memerlukan,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2020 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kilang2 sarung tangan getah kt China tak dapat penuhi permintaan dalam negara ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 28-1-2020 05:54 PM
Kilang2 sarung tangan getah kt China tak dapat penuhi permintaan dalam negara ke?

Kualiti x elok kut.... china apa je yg elok
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
September14 replied at 28-1-2020 05:57 PM
Kualiti x elok kut.... china apa je yg elok

Betul, memang kualiti hauk betul. Jangan terkejut kalau sarung tangan malaysia ni one of the top supplied product from Malaysia di alibaba. Export untuk sarung tangan malaysia sangat tinggu. Dekat kamunting tu kilang dia siapkan berkontena2 setiap bulan untuk export.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 28-1-2020 05:54 PM
Kilang2 sarung tangan getah kt China tak dapat penuhi permintaan dalam negara ke?

Kualiti hauk, tapi dalam keadaan darurat memang terpaksa minta supply, lagipun penduduk dia kan berbillion. Kilang boleh hasilkan berapa ratus ribu je sehari.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 06:21 PM | Show all posts
Edited by Boomibulat at 28-1-2020 06:23 PM
sharlenetexas replied at 28-1-2020 05:54 PM
Kilang2 sarung tangan getah kt China tak dapat penuhi permintaan dalam negara ke?

Mungkin diorang lebih mementingkan pengeluaran kondom..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2020 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujur aku dah restock gloves utk kegunaan tok kat rumah dia 10 kotak..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 28-1-2020 06:21 PM
Mungkin diorang lebih mementingkan pengeluaran kondom..

Ang ni.. Aku suka sarung tangan warna biru sebab lebih lasak la bagi aku.. Yg putih lebih mudah koyak.. Aku rasa surgical gloves pun akan out of stock... Aku x restock lagi surgical gloves.. Huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2020 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 28-1-2020 06:11 PM
Betul, memang kualiti hauk betul. Jangan terkejut kalau sarung tangan malaysia ni one of the top s ...

Ya antara export terbesar negara ialah gloves dan typewriter
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk hantar China..tinggal2kan sikit utk kitaorg sini. Nk pakai time berus toilet x de stock pulak dah nnti
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ALDRIN replied at 28-1-2020 07:00 PM
Nk hantar China..tinggal2kan sikit utk kitaorg sini. Nk pakai time berus toilet x de stock pulak dah ...

Ang beli byk2..aku beli kat shopee sekotak 100 pcs rm10.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia pemain penting dunia dalam pengeluaran sarung tangan getah latex.

Dan latex lebih digemari pengguna kerna kualiti dia berbanding sintetik.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 28-1-2020 07:02 PM
Ang beli byk2..aku beli kat shopee sekotak 100 pcs rm10.


Ada glove yg ada chop halaljakim kann....

Akk x sempat nk beli sbb mgu ni jarang ada rumah
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 28-1-2020 07:09 PM
Ada glove yg ada chop halaljakim kann....

Akk x sempat nk beli sbb mgu ni jarang ada rumah

Sy beli ikut standard Hospital.. Tak pernah pulak nampak cop halal.. Yg shopee rm10 tu kilangnya kat Kulim.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 28-1-2020 07:26 PM
sarah82 replied at 28-1-2020 07:12 PM
Sy beli ikut standard Hospital.. Tak pernah pulak nampak cop halal.. Yg shopee rm10 tu kilangnya k ...


Ada sarah....
Kat shopee...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 28-1-2020 07:24 PM
Ada sarah....
Kat shopee...

Ohhh.. Yg ni mahal.. Kalau x pakai byk boleh la kak jaza.. Kalau mcm sy.. Saya minggu sekotak kadang2 tak sampai seminggu sekotak mmg guna yg murah.. Dan sy alahan dgn yg powder..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2020 08:07 PM | Show all posts
kemungkinan getah naik harga...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 08:09 PM | Show all posts
sarah82 replied at 28-1-2020 06:38 PM
Ang ni.. Aku suka sarung tangan warna biru sebab lebih lasak la bagi aku.. Yg putih lebih mudah ko ...

brand apa uolsss selalu pakai tu???
yang putih memang annoying.. belum buat apa2 dah koyak... gosok2 meja cuci habuk pun boleh koyak.. hampehnya
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mintak kat top glove
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 28-1-2020 08:09 PM
brand apa uolsss selalu pakai tu???
yang putih memang annoying.. belum buat apa2 dah koyak... gos ...


Iols guna yg ni.. Masa beli kat farmasi hari tu rm10.90 tapi skrg out of size iols.. Jadi iols pakai balik yg putih.. Mmg iols tak suka putih.. Huwaaa..


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-7-2026 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.149520 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list