CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 837|Reply: 3

[Tempatan] [Kes Adib] Mahkamah benarkan permohonan AG ketepi prosiding menghina

[Copy link]
Post time 28-1-2020 04:17 PM | Show all posts |Read mode
Mahkamah benarkan permohonan AG ketepi prosiding menghina

https://www.malaysiakini.com/news/508656

Diterbitkan Hari ini 12:34 tengahari



Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara Tommy Thomas untuk mengenepikan kebenaran yang diberikan kepada Mahkamah Koroner untuk meneruskan prosiding meghina mahkamah terhadapnya.

Thomas membuat rayuan untuk mengenepikan kebenaran terhadap permohonan Mohd Kassim Abdul Hamid, bapa kepada Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, yang difailkan tahun lalu.

"Mahkamah berpandangan rayuan yang dibuat ada merit dan akan dibenarkan," kata Hakim Mahkamah Tinggi Meor Hashimi Abd Hamid.
Dalam penghakimannya, Meor berkata antara perkara yang diambil kira ialah koroner didapati gagal melihat semua fakta material berkaitan dakwaan tindakan menghina oleh Thomas.

Katanya, responden didapati menyatakan fakta secara terpilih iaitu yang menyokong permohonan prosiding menghina mahkamah yang dibuatnya terhadap Thomas.

Selain itu, beliau berkata responden juga gagal menarik perhatian koroner terhadap keseluruhan kenyataan media Thomas yang dikelarukan pada 28 Mei 2019.

Sebaliknya, kata hakim, koroner hanya mengambil kira beberapa perenggan daripada kenyataan itu, terutama berkenaan peranan peguam Syazlin Mansor, yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, dan juga keluarga Allahyarham Adib.

Peguam kepada Mohd Kassim, Haniff Khatri Abdullah kemudian memberitahu pemberita bahawa pihaknya akan membuat rayuan terhadap keputusan hari ini.

"Kami dinasihati jika keputusan hari ini tidak berpihak kepada keluarga Adib, pihak keluarga akan meneruskan dengan rayuan," katanya.

Haniff mengambil maklum akan persoalan yang dibangkitkan berkenaan beban pembuktian dan kes menghina serta pada afidavit yang dihantar.

Pada 16 Julai lalu, Kassim memfailkan permohonan ex-parte untuk memulakan prosiding komital terhadap Thomas berkenaan afidavit yang membayangkan punca kematian Adib bukan daripada kecederaan akibat dakwaan serangan.

Thomas memfailkan afidavit itu kira-kira tiga bulan sebelumnya, iaitu pada 3 April, ketika inkues kematian Adib masih berlangsung.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2020 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku doakan sapa2 saja yg tau dan terlibat dlm membunuh dan menyembunyikan kebenaran dlm kes arwah Adib.. Setiap keturunan depa yg terlibat ni dibunuh lebih dasyat dari apa yg pembunuh2 buat kat arwah Adib.. Biar depa ni melutut kat kubur arwah Adib.

Maaf aku mmg marah betul tentang kes ni.. Dan antara sebab aku join forum..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2020 04:35 PM | Show all posts
sarah82 replied at 28-1-2020 08:32 AM
Aku doakan sapa2 saja yg tau dan terlibat dlm membunuh dan menyembunyikan kebenaran dlm kes arwah Ad ...

Aminnn...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 28-1-2020 04:35 PM
Aminnn...

Maaf aku teremosi.. Kesian dgn mak bapak arwah sepasal...kesian dgn tunang arwah.. Kena kecam kononnya ambik kesempatan.. Sedih betul aku.. Mcm mana la keadaan tunang arwah skrg.. Aku harap dia boleh move on dan dpt kebahagian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-7-2026 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.117954 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list