CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 854|Reply: 10

[Tempatan] M Ketapi marah bukan Islam dihalang lawat masjid

[Copy link]
Post time 28-1-2020 03:47 PM | Show all posts |Read mode
Diterbitkan Hari ini 2:37 tengahari  |  Dikemaskini Hari ini 2:43 tengahari
A+
A-
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan menulis surat kepada pihak yang berkenaan agar menghentikan larangan kepada pengunjung yang mahu melawat sesuatu lokasi tumpuan pelancong.

Menterinya, Mohamaddin Ketapi, berkata larangan tersebut adalah tidak bagus dan salah sama sekali.

"Orang yang dah masuk ke negara ini adalah yang sihat dan kita akan (tulis) surat kepada pusat-pusat pelancongan ini," katanya.

Menurut beliau pihak yang berkenaan diminta memberikan kerjasama untuk tidak menghalang mana-mana pelancong yang berhajat mengunjungi tempat yang menarik minat mereka.
Iklan
"Tolong jangan halang pelancong untuk melawat tempat yang perlu dan yang nak dilawati oleh pelancong-pelancong ini.

"Ini tak bagus, ini salah sama sekali. Kita nak halang orang melawat dalam negara kita, apa semua ini?" soalnya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat khas dan taklimat bersama kementeriannya dan Kementerian Kesihatan Malaysia, di Putrajaya, hari ini.

Mohamaddin berkata demikian sebagai mengulas langkah pentadbiran Masjid Putra di Putrajaya yang menutup rumah ibadat itu kepada pengunjung bukan Islam.

Langkah itu bermula sejak 26 Jan lalu ekoran kebimbangan terhadap penularan virus Novel Coronavirus 2019 (2019-nCoV).

Jurucakapnya dilaporkan berkata, penutupan itu berkuat kuasa sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak. Buat masa ini masjid tersebut hanya dibuka kepada pengunjung beragama Islam yang datang untuk menunaikan solat.

"Pelawat bukan Islam masih boleh mengambil gambar, tetapi sehingga hadapan pintu gerbang masjid sahaja (sebelum pos kawalan masjid)," katanya.

[Berita lanjut menyusul]

-MALAYSIAKINI



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2020 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yang bikin atok konpiden kat Ketapi ni? What the fishes atok, why? Dah la taraf whoareyus? Adakah karna atok lehat heshe senang dikontrol seperti papet?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 03:55 PM | Show all posts
senang fossil kontrol ini urang muka seperti mau tidur

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Helloo ketapi.. tokkong pun tak bagi prcmasukk..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 03:59 PM | Show all posts
soh dia peluk sorang2 china mai nak melawat tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
sepiITUindah replied at 28-1-2020 03:59 PM
soh dia peluk sorang2 china mai nak melawat tu

Yer.. aku sgt setujuk saranan mu ittew.. dan bwklaa melancong kerimah keretapi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2020 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tak masukkan rumah ketapi utk pelancong PRC melawat..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 04:02 PM | Show all posts
Sesiapa yg menghalang usaha2 menyekat puak prc ni, aku doakan dia & anak beranak dia dijangkiti coronavirus tu dulu.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2020 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
tak baik kata leluhur ni, nanti kena tolak -98..

hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul juga, kenapa larang org kapir saja? Kuman.tu rasis ka depa attack kapiaq saja
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul juga, kenapa larang org kapir saja? Kuman.tu rasis ka depa attack kapiaq saja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.058891 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list