CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1254|Reply: 9

[Tempatan] KWSP pelesu..AWAS!

[Copy link]
Post time 28-1-2020 03:43 PM | Show all posts |Read mode



SHAH ALAM – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenal pasti sebuah mesej yang tular di laman sosial mendakwa pencarum yang bekerja antara tahun 1990 dan 2019 layak mendapat insentif RM10,000.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, mesej yang tular itu dan kandungannya adalah palsu dan tidak berkaitan dengan agensi berkenaan.

“Mesej berkenaan juga mempunyai pautan ke laman sesawang palsu KWSP, yang meminta orang ramai menjawab kaji selidik bagi menyemak kelayakan mereka untuk menerima insentif berkenaan di laman web palsu itu,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, pihaknya percaya ia cubaan penipuan data peribadi pencarum bagi tujuan berunsur jenayah.

“Pencarum digesa supaya tidak menjawab sebarang kaji selidik atau memberikan data peribadi mereka kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak disahkan.

“Mereka juga diminta supaya tidak menyebarkan mesej tular tersebut,” katanya.

Semua maklumat rasmi berhubung produk dan perkhidmatan KWSP hanya akan disiarkan dalam laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my.

Pencarum juga boleh Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-89226000 untuk tujuan pengesahan jika terdapat mesej berkenaan KWSP yang meragukan di media sosial.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2020 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang ingat senang kwsp nak bg duit percuma?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 04:15 PM | Show all posts
Banyak cantik sesenang nak bagi RM10K, nak2 pulak dibawah gomen PHee...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 04:30 PM | Show all posts
duit wang x dituntut pun susah nak dpt ini kan yg  ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu lah tengok kat WA link nya pun pelik. Tapi siap ada  https  tuwww
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2020 04:35 PM | Show all posts
sarah82 replied at 28-1-2020 04:03 PM
Korang ingat senang kwsp nak bg duit percuma?

org yg dungu jer yg percaya benda ni sis....bak kata omputeh there is no such thing as a free lunch

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2020 04:37 PM | Show all posts
nk dpt 300 pn bercintaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 28-1-2020 04:35 PM
org yg dungu jer yg percaya benda ni sis....bak kata omputeh there is no such thing as a free lunc ...

Hahahaha.. Nak keluarkan duit sendiri utk sambung belajar pun byk cekadak kwsp ni.. Takkan la senang nak bg 10k kat pencarum.. Dlm mimpi basah boleh ka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2020 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
sape la nk bg ribu riban free2 camni oiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 04:54 PM | Show all posts
Macam2 cara scam sekarang ni kalau ada yang tak guna logik akal pasti akan terperangkap dengannya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-7-2026 04:17 PM GMT+8 , Processed in 1.162002 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list