CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 3331|Reply: 36

[Tempatan] Cikki ibupertiwi yg berlakikan leluhur stranded di Wuhan, kerajaan China kata w

[Copy link]
Post time 28-1-2020 09:03 AM | Show all posts |Read mode


KETIKA transit di Wuhan, saya dapat merasakan suasana sunyi dan jalan lengang malah semua jalan keluar masuk dikawal tentera.

“Mereka yang berada di Wuhan diarah berkurung dalam rumah dan saya ketika ini berada di Xiangyang dalam daerah Hubei juga tidak keluar sejak beberapa hari lalu kerana bimbang dengan keadaan diri.”

Demikian pengalaman rakyat Malaysia yang mahu dikenali sebagai Ima berusia 28 tahun mengenai keadaan di Wuhan, China apabila dikenakan perintah berkurung oleh kerajaan republik itu bagi mengelak penyebaran wabak koronavirus baharu.

Ima yang pulang ke kampung halaman suami di Xiangyang untuk meraikan Tahun Baru Cina pada 21 Januari lalu tidak dapat keluar dari negara itu apabila kerajaan menyekat laluan keluar dan masuk darat serta udara.

SUASANA lengang di bandar Wuhan selepas kerajaan memerintahkan arahan berkurung. FOTO ihsan Ima

Ima berkata, ketika ini dia sudah beberapa hari berkurung dalam rumah dan tidak tahu keadaan di luar terutama di bandar Wuhan.

“Kerajaan China mengeluarkan surat pekeliling dari rumah ke rumah tidak menggalakkan kami untuk keluar bagi mengelak penyebaran virus itu.

“Tetapi saudara mara di Wuhan memberitahu mereka dihalang keluar rumah sama sekali ketika ini dan keadaan itu menyebabkan harga barang naik mendadak,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Ima yang berasal dari Johor Bahru berkata, dia sepatutnya pulang ke Malaysia pada 8 Februari ini.

“Namun dengan perkembangan terkini wabak itu, saya tidak pasti dapat pulang atau tidak pada tarikh itu. Kerajaan China sudah mengeluarkan surat mengarahkan semua berada di dalam rumah saja, mahu keluar pergi kedai pun tidak boleh walaupun ia hanya terletak lebih kurang 200 meter saja.

“Pengangkutan awam lain seperti bas, teksi juga dihalang, jadi saya tidak pasti macam mana keadaan di luar sekarang,” katanya.

Ditanya mengenai bekalan stok makanan mencukupi atau tidak, Ima memberitahu ia tidak menjadi masalah kerana kebanyakan penduduk sudah membeli stok lebihan sempena musim perayaan.

“Memang sudah beli awal, semua orang di sini pun takut nak keluar, sambutan Tahun Baru Cina pun tidak meriah seperti biasa.

“Kali terakhir saya keluar rumah pada 24 Januari lalu iaitu sehari sebelum perayaan.

“Topeng muka pun sudah habis di sini dan kalau boleh saya mahu pulang segera ke Malaysia berikutan risau keadaan diri,” katanya.

Menurutnya, dia ada perancangan untuk pulang ke Malaysia awal tetapi semua pengangkutan awam ditutup.

“Saya tiada pilihan lain melainkan terpaksa tinggal di sini. Saya pun tidak pasti berapa lama tempoh berkurung, kami diberitahu keadaan menjadi semakin teruk.

“Makin ramai dikhabarkan kena jangkitan dan angka kematian pun meningkat,” katanya.

Ima berkata ketika ini dia mengambil langkah berjaga-jaga dan memeriksa suhu badan setiap hari.

“Kita tidak tahu siapa yang ada membawa virus ini. Paling cepat ia boleh dikesan adalah antara sehari hingga dua hari dan mengalami simptom demam, sakit badan dan selesema.

“Cara terbaik adalah jangan keluar rumah dan memeriksa suhu badan serta pakai topeng muka.

“Ini antara yang saya lakukan di sini dan menjaga diri sebaik-baiknya supaya tidak terkena virus itu,” katanya.

Lagi berita berkaitan Koronavirus

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 January 2020 @ 8:00 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2020 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 28-1-2020 02:44 PM

Sian dia tapi komen2 kat berita ni kat fb harian metro tu punya la judgemental. Malu iols sebagai org islam baca.
Sampaikan mak dan mangsa tu  pun ada komen kat situ.Sedih dan terasa dengan komen2 yg padankan muka dan gelakkan dia.
Mangsa ni perempuan melayu kawen dengan mualaf dr China balik kg suami sempena CNY.

Cute juga suami dia mcm budak sekolah iols tgk kat fb tu.

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 09:17 AM | Show all posts
Suchi replied at 28-1-2020 09:15 AM
Sian dia tapi komen2 kat berita ni kat fb harian metro tu punya la judgemental. Malu iols sebagai or ...

apa fb dia chuolsss... nak tengok laki dia...
iolsss bagitau niat di hati terus tak payah nak cover2
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan utk dia.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 09:20 AM | Show all posts
soo sorry sis... you cant come home
nak buat macam mana... tunggu je lah wabak berhenti menular...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang pula musim sejuk di china, musim selsema biasa...jadi susah ler nak tau sapa ada virus ini atau hanya selsema biasa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2020 09:27 AM | Show all posts
Suchi replied at 28-1-2020 09:15 AM
Sian dia tapi komen2 kat berita ni kat fb harian metro tu punya la judgemental. Malu iols sebagai or ...

malang sunggoh masarakat fefeling terlebih isele.


Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 28-1-2020 09:15 AM
Sian dia tapi komen2 kat berita ni kat fb harian metro tu punya la judgemental. Malu iols sebagai or ...

Wow teruknye Malaysian boleh pulak gelak gelakan orang. Narrow minded betul.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2020 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 28-1-2020 09:15 AM
Sian dia tapi komen2 kat berita ni kat fb harian metro tu punya la judgemental. Malu iols sebagai or ...

Aku baca komen2 kat Reddit pun sedih. Ramai dok kata org Islam fucktards sebab padankan muka prc kena Coronavirus sebab menganiaya uighur sebelum ni.

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 28-1-2020 09:17 AM
apa fb dia chuolsss... nak tengok laki dia...
iolsss bagitau niat di hati terus tak payah nak  ...

Iols ade screenshoot komen dia kat page tu nk post sini takleh plak format not supported kejadah tah.

Fb dia nur IQHlima Zhang.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
baghal_bortuqal replied at 28-1-2020 09:27 AM
malang sunggoh masarakat fefeling terlebih isele.

Tula pasal. Org kata buat baik dibalas baik tu biasa, buat jahat dibalas jahat tu pun biasa tp kalau kita membalas kebaikan atas perbuatan jahat tu luar biasa.
Kenapala org islam tak amik kesempatan ini tuk tunjukkan betapa suci murni agama islam?
Bygkan kalau kita turut sama ade empati dan berduka cita atas musibah orang  lain tak mengira bangsa dan ugama walopun kita tau ade yg buat jahat kat kita tidakkah ia akan menghentikan rasa dendam, buat penganut agama lain rasa terharu dan akui keindahan agama islam tu.

Patutla bila ade org islam susah bagai kuar cite kat fb pastu ade non muslim derma bg duit bagai kemain la masing2 rasa tekedu bagai sbb diri sendiri tu cuma menderma dan membantu yg sebangsa dan seagama je kan. Takde nilai kemanusiaan dlm diri.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 10:02 AM | Show all posts
jodoh dah ditentukn Allah swt. solat dan berdoa byk2 moga dipermudahkan urusan.
pada siapa lagi kita nak mohon bantuan dalam keadaan darurat mcm ni.. Allah swt saja tempat kita memohon perlindungan
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 28-1-2020 09:28 AM
Wow teruknye Malaysian boleh pulak gelak gelakan orang. Narrow minded betul.

Setiap kali berita pasal corona ni kuar mesti ade icon gelak dan komen2 sarkastik yg menghina dan padankan muka org tak kira sapa mangsa yg terlibat tu.
Memang semua benda kena jd lawak ke apa? Atau kena tunggu kena kat batang hidung sendiri dulu la kot gamaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 28-1-2020 10:04 AM
Setiap kali berita pasal corona ni kuar mesti ade icon gelak dan komen2 sarkastik yg menghina dan  ...

Tak baik la macam tu....dah orang China ni rakyat Billion memang susah skit nak control kalau dah terjadi desease, tapi kita kat sini sihat walafiat jangan la kita perlekehkan mereka tu, damage dah jadi, kita disini kena ambik iktibar ambik precaution. Tapi kesian la Ima tu dah stranded harap dia jaga kesihatan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 10:18 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 28-1-2020 09:17 AM
apa fb dia chuolsss... nak tengok laki dia...
iolsss bagitau niat di hati terus tak payah nak  ...

ke uols nak tengok suaminya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2020 10:23 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 28-1-2020 09:20 AM
soo sorry sis... you cant come home
nak buat macam mana... tunggu je lah wabak berhenti menul ...

x der la hensem mana...typical nerd jah muka leluhur tu....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2020 10:23 AM | Show all posts
iols harap sis dgn family dilindungi Allah
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 10:24 AM | Show all posts
semoga dipermudahkan segala urusan sis tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2020 10:24 AM | Show all posts
Kurex replied at 28-1-2020 10:18 AM
ke uols nak tengok suaminya?

x helok sis...buang karen jah tgk...muka mcm typical nerd...choiii

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 10:36 AM | Show all posts
Modngengade replied at 28-1-2020 10:24 AM
x helok sis...buang karen jah tgk...muka mcm typical nerd...choiii

takde la cute macam dikatakan forumer atas tu??? taste apoo dia tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2026 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.197416 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list