|
View: 1063|Reply: 5
|
[Tempatan]
Sekatan perjalanan China. Akhirnya Industri pelancongan baru sedar taksub, berga
[Copy link]
|
|
|
Matta: Larangan perjalanan China susulan koronavirus jejas industri pelancongan
January 27, 2020 5:56 PM
PETALING JAYA: Dua persatuan pelancongan bimbang dengan larangan perjalanan berkumpulan oleh Beijing susulan wabak koronavirus, mengatakan ia akan menjejaskan industri pelancongan negara.
Presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancong dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Tan Kok Liang berkata ejen-ejen pelancongan menerima banyak pembatalan perjalanan, walaupun beliau tidak mengetahui jumlah sebenar.
Sehingga kini, Tan berkata, pelancongan masuk dan keluar antara Malaysia dan China terjejas teruk.
“Kami berharap situasi akan dikawal dan hanya berlaku untuk jangka pendek, jika tidak, kesannya akan lebih teruk kerana ia akan menjejaskan pelancongan global,” katanya kepada FMT.
Tan menggesa hotel, pengendali syarikat penerbangan, pengendali pelancongan dan penyedia perkhidmatan lain untuk fleksibel dengan polisi pembatalan mereka.
Menurut Tourism Malaysia, terdapat 1.55 juta pelancong dari China ke Malaysia pada separuh pertama 2019. Pada 2018, Malaysia mengalu-alukan 2.94 juta pelancong China ke negara ini.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Sabah (Satta), Winston Liaw, berkata larangan Beijing akan memberi impak besar kepada industri pelancongan di negeri itu.
Rakyat China, katanya, merupakan 45% daripada anggaran 1.45 juta pelancong antarabangsa ke negeri Malaysia Timur itu.
“Kami menjangkakan penurunan mendadak dalam beberapa bulan akan datang,” katanya ketika dihubungi.
Liaw memberi amaran sesetengah ejen yang bergantung sepenuhnya kepada pelancong China mungkin tidak melihat seorang pun pelancong dari China, sambil menambah banyak agensi pelancongan akan berdepan masalah kewangan.
Beliau menggesa kerajaan membantu pemain industri mengatasi “tempoh sukar ini”.
Bagaimanapun, Liaw berkata pengendali pelancongan tempatan harus mengambil peluang ini untuk mempelbagaikan sasaran pemasaran mereka dan menarik pelancong dari Eropah dan Amerika Utara serta pasaran domestik.
Beliau berkata ini membolehkan mereka mengurangkan kebergantungan terhadap pasaran China.
“Bergantung pada hanya satu pasaran sangat berisiko.” |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
VM2020 ni kempen hanya kepada China je ke caner? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
macam agen pelancongan lain... deorang tukar date je.... ataupun boleh pergi tahun depan...
tak payah batal pun takpe... tapi kalau batal pun nak buat macam mana... ko tahu kan virus tengah menular takkan la pelancong2 tu tak paham bahasa....
but.... yang melancong tu warga prc kan??? kalau tak paham bahasa memang tak pelik pun... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
najib888 replied at 28-1-2020 01:15 AM
VM2020 ni kempen hanya kepada China je ke caner?
Kalu ko jenis yg hanya baca tajuk saja, jawapnya ya.  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
malaysia dah keluar duit kempen suruh rakyat china visit malaysua... sebab rakyat china memang paling sesuai untuk visit malaysia sebabnya malaysia kan ramai chinese... boleh cing cong cing cong bersama mereka kira malaysia negara yang very friendly untuk mainland china
negara lain tu kurang sikit la dia punya target tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
nampak mcm sasaran tahun melawat malaysia 2020 akan melencong. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|