CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 2981|Reply: 30

[Tempatan] Dua beranak bertemu selepas 35 tahun

[Copy link]
Post time 27-1-2020 06:29 PM | Show all posts |Read mode
Shaiful Shahrin Ahmad [email protected]


HARI ini menjadi hari bersejarah buat dua beranak apabila dipertemukan semula selepas 35 tahun berpisah.

Abu Hasan Razali, 60, disatukan dengan seorang daripada dua anaknya iaitu Khairunnisah, 35.

Menurut Abu Hasan dari Sungai Betul Atas, Tanjung Piandang, Parit Buntar, dia terpisah dengan keluarganya selepas membawa mereka berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1985.

Katanya, disebabkan sibuk mencari pekerjaan dan mahu menambah pendapatan keluarga, dia terleka hingga tidak sedar isteri Halimah Yon, 58, dan dua anaknya ‘hilang’.

“Bertahun-tahun saya mencari mereka tetapi tidak jumpa, sehinggalah hari ini kami berjaya ditemukan hasil bantuan 1Malaysia Tow Truck Car Carrier (1MTTCC).

“Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Parit Mat Alam, Nazli Mohd juga membantu,” katanya.

Abu Hasan yang kini bekerja kampung bersyukur dipertemukan dengan Khairunnisah dan kini mahu mencari seorang lagi anaknya, Mohd Syukri, 37.

Katanya, mengalu-alukan semua pihak yang mempunyai maklumat lelaki itu dengan menghubungi talian 019 5479649.

Sementara itu Khairunnisah berkata, dia dijaga ibu angkat, Kamsiah Md Said, 55, sejak berusia empat bulan dan sudah dimaklumkan masih mempunyai ibu bapa kandung.

“Dari kecil lagi sudah dimaklumkan begitu, dan saya buat pelbagai cara untuk mencari ibu bapa saya termasuk dengan menyebar maklumat di group WhatsApp 1MTTCC, pada awal tahun.

“Alhamdulillah akhirnya dapat juga bertemu ayah dan inilah pertemuan paling bermakna apatah lagi saya akan berkahwin dengan tunang (Mohd Fazli Mohd Afendi, 35) pada Februari ini,” katanya.

Katanya, ikhtiarnya kini mahu mencari ibu kandung dan abangnya yang dikhabarkan bertugas sebagai polis.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 January 2020 @ 5:59 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2020 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Lahaiiii....bg le alasan logic sikit....

Cari duit sampai tak sedar tetiba dua ank & isteri hilang.....

Perghhhh.....sayu....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tercapai otak aku boleh hilang? Serius lah...bz sangat keje? Ke alasan sopan santun?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2020 07:55 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 27-1-2020 07:21 PM
Lahaiiii....bg le alasan logic sikit....

Cari duit sampai tak sedar tetiba dua ank & isteri hilan ...

Logik dlm movie je
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 27-1-2020 07:28 PM
Tak tercapai otak aku boleh hilang? Serius lah...bz sangat keje? Ke alasan sopan santun?

Tu lah .....

Mgkin dia sampai sampai Puduraya....dia pi melintas jln nk tanya kat gerai depan tu ada tak kerja kosong...bila dia toleh je tempat wife & anak anak tgu, tgok tgok depa dah tak de.....

Dia pun berlari lari...sambil tu tanya org yg dia jumpa, nampak tak sorang pompuan dgn 2org anak....ank lelaki umor 2thn...yg pompuan baby dlm 4bln....

Dia pun kiciwa.........
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus anak dia masih sudi mencari fmly dia. dah la terpisah habis satu keluarga. pelik pakcik ni anak2 bini boleh hilang sbb leka mencari duit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2020 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Leka cari duit gitu..apa anak bini kau tinggalkan tepi jalan gitu je ke pacik oi
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
ade la tu kisah zaman2 muda mudi yang die tak nak cite...

malas cakap atuk2 nenek2 makcik pakcik pun banyak je kisah silam masing2...jadi tak usah le ditanye macam mane boleh 'terleka' tu...

asalkan masing2 dah bertemu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2020 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 27-1-2020 08:24 PM
bagus anak dia masih sudi mencari fmly dia. dah la terpisah habis satu keluarga. pelik pakcik ni ana ...

Dia nk menikah....kena le cari.....

Ank lelaki dia tak kisah punnnn
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Lucu pulak alasan pakcik ni...
Tetiba anak isteri hilang..
Kalau pakcik yang menghilangkan diri boleh la percaya...

Gigih la si anak cari paknya...
Agak2 kecewa ke tidak bila tahu kisah sebenar?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Hilang cemana tu pakcik?
Lenyap! Pufffff! Gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 27-1-2020 09:24 PM
Lucu pulak alasan pakcik ni...
Tetiba anak isteri hilang..
Kalau pakcik yang menghilangkan diri bo ...

Dia cari sbb nk nikah la tu..kebetulan blh terjumpa.mcm kwn aku smpi kluar paper cari ayhnya,smpi sudah xde..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2020 12:36 AM | Show all posts
bloodyamuk replied at 27-1-2020 09:06 PM
ade la tu kisah zaman2 muda mudi yang die tak nak cite...

malas cakap atuk2 nenek2 makcik pakcik  ...

baguih hang pikiaq positif

Porumer 2  ni suka mengorek smpi ke bulu2 tahi lalat  depa nk tahu
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 01:01 PM | Show all posts
tak masuk akal punya cerita.... dah wartawan tanya... kot itu aje alasan yang dia boleh pikir time tu... apa-apa pun semoga berjumpa balik lah anak dia yang lelaki tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 01:04 PM | Show all posts
Baguslah dah jumpa memudahkan urusan pernikahannya nanti
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 03:16 PM | Show all posts
kalau i jadi anak, i taknak jumpa dah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2020 03:25 PM | Show all posts
tk paham citer.. dtg kl satu famili, pastu asyik keje sampai tk sedar anak bini hilang... tp pompuan ni ckp dh dijaga oleh mak angkat since umur 5bln..? kiranya mak dia tak sanggup/tak mampu jaga lepas pisah tu then bg org lain jaga..?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 03:50 PM | Show all posts
Ni mesti kes diculik alien. Lama betul elien tu buat ujikaji kat ufo anak bini beliau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2020 06:16 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapak umur 60 anak umur 35 tapi dah terpisah selama 35 tahun. Biar betul ??
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2026 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.287554 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list