Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
11048
View
328
Reply

[Tempatan] Update! 8 kes di Malaysia positif nCoV, sume mainland chinese. Mati kini 170 or

[Copy link]

Author: Tinot7       Show all posts   Read mode

Author
Post time 25-1-2020 02:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Tinot7 at 31-1-2020 07:39 AM

Coronavirus: Eighth positive case in M'sia confirmed Thursday (Jan 30) - updated

KUALA LUMPUR (Bernama): One more novel coronavirus case was confirmed Thursday (Jan 30), bringing the total number of infections in Malaysia to eight.

Health director-general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah said all eight cases comprise Chinese nationals.

The eighth case is a 49-year-old woman who has been admitted to an isolation ward in Hospital Permai, Johor Baru, and is reported to be in stable condition, Dr Noor Hisham said in a statement Thursday.

Meanwhile, Dr Noor Hisham said laboratory test results for five suspected cases were pending.

He added that as part of measures to detect suspected cases, the Health Ministry, in cooperation with the Education Ministry, had identified students and lecturers who had returned to Malaysia after visiting China.

"Those who have been identified, will be placed under home surveillance and will each be issued a Health Warning Card and Home Assessment Tool. If they exhibit symptoms, they will be referred to designated health facilities immediately," Dr Noor Hisham said.

The Health Ministry, he added, was also working closely with several other ministries to bring home Malaysians working in Wuhan, China.

On Wednesday (Jan 29), Bernama reported that Malaysian Ambassador to China Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin had confirmed that the 82 Malaysians identified so far in Wuhan and surrounding areas were not infected.

At a press conference Wednesday, Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said Malaysia was ready to bring home its citizens in Wuhan, if it was permitted by the Chinese government to do so.

Dr Mahathir said Malaysia, through its Foreign Affairs Ministry, would undertake discussions on the matter with the Chinese government, as soon as possible. -



Man arrested for spreading fake news about coronavirus

PETALING JAYA: A man has been detained in connection with spreading false or fake news regarding the novel coronavirus (2019-nCoV).

The Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) said the 34-year-old was detained in Bangi around 4pm on Tuesday with the assistance of police.

"The suspect was detained for spreading false information on Jan 26 regarding the virus.

"The suspect's mobile phone and sim card, believed to have been used to upload the fake news on Facebook, were also said," the commission said in a statement on Wednesday (Jan 29).

The case is being investigated under Section 233 of the Communications and Multimedia Act 1998 which carries a maximum fine of RM50,000 or not more than a year of imprisonment or both upon conviction.

"Such a stern action is taken to ensure that fake news about the virus are not spread by irresponsible individuals that could disrupt public order.

"Spreading news to cause fear and panic among the public can also be investigated under Section 505 of the Penal Code, which carries two years imprisonment or a fine or both upon conviction," the commission said.

The MCMC and police are currently seeking three others for allegedly spreading fake news.

"It shows our seriousness in curbing the spread of false information," it said.



Kenyataan Akhbar KPK 29 Januari 2020 C Situasi Terkini Jangkitan 2019-nCoV di Malaysia dan Kesiapsiagaan KKM Menghadapi Penularannya

BYDG OF HEALTHONJANUARY 29, 2020

https://kpkesihatan.com/2020/01/29/kenyataan-akhbar-kpk-29-januari-2020-situasi-terkini-jangkitan-2019-ncov-di-malaysia-dan-kesiapsiagaan-kkm-menghadapi-penularannya/

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin melaporkan mengenai pertambahan tiga (3)kes positif baharu 2019novel coronavirus(2019-nCoV) yang dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre(CPRC) Kebangsaan pada malam 28 Januari 2020. Justeru, jumlah kumulatif kes positif 2019-nCoV yang dilaporkan pada tahun 2020 sehingga hari ini adalah sebanyak tujuh (7) kes; iaitu terdiri daripada tiga (3) kes yang sebelum ini dilaporkan dalam kalangan kes Patient-Under-Investigation(PUI) jangkitan 2019-nCoV dan empat (4) kes yang sebelum ini dalam kalangan kontak rapat. Kesemua kes positif 2019-nCoV ini adalah terdiri daripada warganegara China.

Dua (2) kes baharu jangkitan 2019-nCoV adalah dalam kalangan kes PUI iaitu seorang kanak-kanak berumur empat (4) tahun yang kini dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Maliha, Langkawi dan seorang lelaki berusia 52 tahun yang kini dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Seterusnya dalam kalangan kontak rapat, adalah dimaklumkan bahawa menantu perempuan kepada kes 2019-nCoV pertama di Singapura (iaitu lelaki yang berumur 66 tahun) kini juga telah disahkan positif. Beliau yang terdahulunya berstatus negatif telah mengambil keputusan untuk tinggal di Malaysia bagi menjaga kedua-dua anaknya yang sedang menerima rawatan di wad isolasi Hospital Sungai Buloh setelah mereka dikesan positif.

Justeru, dari 10 Januari 2020 sehingga 28 Januari 2020, jumlah kumulatif kes PUI bagi jangkitan 2019-nCoV adalah 78 orang; di mana 39 adalah warganegara Malaysia, 36 warga China dan masing-masing satu (1) warganegara Jordan, Brazil dan Thailand. Tiga (3) kes telah disahkan positif 2019-nCoV, 74 adalah negatif 2019-nCoV dan satu (1) kes masih menunggu keputusan makmal (Lampiran 1).

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, seramai 25 orang kontak rapat dengan kes positif 2019-nCoV di Singapura (8 orang) dan di Johor (17 orang) telah dikenalpasti. Kesemua mereka adalah warganegara China. Terdahulu, tiga (3) daripada kontak rapat kes di Singapura tersebut telah disahkan positif jangkitan 2019-nCoV dan kini jumlahnya telah meningkat kepada empat (4) orang. Kesemua mereka dirawat di wad isolasi Hospital Sungai Buloh dan dalam keadaan stabil. Manakala ujian makmal ke atas 21 kontak lain didapati negatif jangkitan 2019-nCoV. Mereka telah dilepaskan daripada menjalani Perintah Pemantauan dan Pengasingan. Manakala kontak rapat bagi dua (2) kes jangkitan 2019-nCoV masih dalam siasatan (Lampiran 1).

KKM sentiasa memastikan kesiapsiagaan dan respon terhadap wabak penyakit berjangkit dapat dilaksanakan dengan cepat dan baik. Kapasiti dan kapabiliti sedia ada ditingkatkan bagi menangani kejadian jangkitan 2019-nCoV ini. Antaranya adalah:

Meningkatkan fungsi dan keberkesanan wad isolasi di hospital-hospital rujukanerolehan aset bagi meningkatkan kapasiti saringan di pintu-pintu masuk antarabangsa Malaysia;Memastikanstockpilealat perlindungan diri (PPE) bagi kegunaan anggota kesihatan dan perubatan kategorifrontlinersentiasa mencukupi;Memastikan bekalan ubat-ubatan bagi rawatan gejala dan komplikasi kes jangkitan 2019-nCoV sentiasa pada paras optima;Meningkatkan bilangan makmal kesihatan awam dan makmal hospital yang boleh menjalankan ujian pengesanan virus 2019-nCoV dengan memberikan latihan kepada kakitangan terlibat serta membekalkan reagen kepada makmal berkaitan;Memantau status kesihatan kakitangan kesihatan dan perubatan yang terlibat dalam pengendalian kes jangkitan 2019-nCoV dan kes PUI;Menyediakan dan mengemaskini bahan-bahan pendidikan kesihatan dan nasihat perjalanan ke China, secara berkala;Mengemaskini garispanduan pengurusan PUI dan kes jangkitan 2019-nCoV untuk rujukan semua pengamal perubatan dan anggota kesihatan di lapangan.

Bagi melaksanakan tindakan kawalan dan pencegahan penularan virus 2019-nCoV dengan berkesan, ia memerlukan tindakan bersepadu pelbagai agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan. Pada 28 Januari 2020, satu mesyuarat bersama Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan serta penggiat industri pelancongan telah diadakan. Mesyuarat telah bersetuju untuk membantu dengan:

Memberi nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh KKM kepada pelancong dari negara China yang berhasrat untuk melawat Malaysia;Memaklumkan kepada pelancong dari negara China mengenai keperluan saringan kesihatan di pintu masuk antarabangsa negara;Mengingatkan pelancong agar sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakanhand sanitizer.Menasihati agar rakyat Malaysia yang membuat lawatan ke negara Chna untuk mengelakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai, tidak bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala, mengelakkan lawatan ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan; serta mengelakkan dari memakan produk haiwan mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna.



Sekian, terima kasih.



DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAHKETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA29 JANUARI 2020 @ 12.40 AM

Coronavirus: Here are the facts from the Health Minister

KUALA LUMPUR (Bernama): The following are statistics made available by Health Minister Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad during his press conference after making a working visit to the KL International Airport and Kuala Lumpur International Airport 2 earlier Monday (Jan 27).

No tourist arrivals from Wuhan, China since Jan 23, the same day the Chinese authorities imposed a lockdown on the city, which is ground zero for the 2019 novel coronavirus outbreak.

The number of positive Wuhan coronavirus cases in Malaysia as of Sunday (Jan 26) remains at four.

Pending cases: Those awaiting lab results- number five, all involving Chinese nationals. Two are in Langkawi, two in Kuala Lumpur, and the latest in Bintulu, Sarawak.

Cumulative cases for persons suspected to be infected by the coronavirus is 38, with one confirmed positive, 32 negative, and five awaiting lab results (the cases in Langkawi, Kuala Lumpur and Bintulu). The confirmed cases include the patient who tested positive under the cumulative cases. The other three were the wife and two grandsons of a Chinese national from Wuhan hospitalised in Singapore for the disease. They had entered Malaysia via Johor.

As of 3pm on Sunday (Jan 26), 164,692 incoming travellers were screened at the country's entry points with nine referred for further screening but with none meeting the criteria for Patient Under Investigation for coronavirus. C Bernama



Tiga pelancong positif coronavirus

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan, tiga kes jangkitan coronavirus 2019-nCoV di negara ini, membabitkan pelancong warga China yang juga ahli keluarga kes positif yang dikesan di Singapura.

Ketiga-tiganya yang kini dalam kuarantin dan rawatan di Hospital Sungai Buloh terdiri daripada isteri dan dua cucu kepada lelaki berusia 66 tahun, yang menjadi kes pertama di negara jiran itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata ujian pengesanan dan pengesahan terhadap kesemua mereka diperoleh daripada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh lewat malam tadi.

Katanya, keluarga berkenaan dilaporkan menaiki pesawat dari Guangzhou ke Singapura pada 20 Januari dan dua daripada mereka iaitu lelaki berusia 66 tahun dan anak lelakinya didapati mempunyai gejala dan dimasukkan ke hospital di Singapura pada 22 Januari, sebelum disahkan positif oleh Kementerian Kesihatan Singapura (KKS).
Sembilan orang menaiki pesawat bersama lelaki berumur 66 tahun itu, iaitu isterinya, anak lelaki, menantu perempuan, dua orang cucu dan empat sekeluarga (kenalan rapat) yang terdiri dari sepasang suami isteri dan dua anak meeka.

KKM kemudian menerima makluman mengenai keputusan ujian positif dari KKS, yang juga memperincikan maklumat mengenai lapan ahli keluarga dan kenalan rapat yang berada di Malaysia.

Melalui perkongsian maklumat itu, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor bertindak segera mengesan lapan individu berkenaan dan melakukan saringan kesihatan bagi memeriksa status kesihatan mereka, katanya dalam sidang media di sini.
Dr Dzulkefly berkata, saringan awal yang dilakukan KKM mendapati mereka tidak demam dan tidak mempunyai jangkitan tetapi sampel klinikal tetap diambil untuk ujian pengesanan di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh.

Sepanjang tempoh itu, mereka dikuarantin mengikut Perintah Pemantauan dan Pengasingan oleh JKN Johor, sementara menunggu keputusan ujian yang dijalankan ke atas mereka.

Mereka kini dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh bagi menerima rawatan selanjutnya dan kesemuanya berada dalam keadaan stabil.

Manakala lain-lain yang dikesan adalah negatif bagi 2019-nCoV, katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/649836/tiga-pelancong-china-positif-coronovirus-2019-ncov-di-malaysia




positifcoronapc25jan_1579932348.jpg
25fadl_1579932352.jpg
Screenshot_20200129-074632_Samsung Internet.jpg
Screenshot_20200129-074608_Samsung Internet.jpg

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-1-2020 02:56 PM | Show all posts
hari ni iols nak jadik berjurus mcm sorang porumer yg ucapkan tima kacih kat setiap org yg komen kat benang dier hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 03:03 PM | Show all posts
Akhirnya dah sampai malaysia. Cara berjangkit yg tak confirm tu yang buat orang bimbang. Ada berita yang kata kemungkinan airborne
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 03:06 PM | Show all posts
Masya Allah.. semoga tiada yang lebih serius..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-1-2020 03:06 PM | Show all posts
KKM kerah aktiviti pengesanan di lapangan

https://www.bharian.com.my/berit ... gesanan-di-lapangan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengaktifkan serta merta Pasukan Bertindak Cepat (RRT) dan Pasukan Penilaian Cepat (RAT) yang ditugaskan menjalankan aktiviti pengesanan di lapangan, sejurus tiga kes positif jangkitan coronavirus 2019-nCoV disahkan di negara ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata bagi memastikan keselamatan, kesemua anggota kesihatan diarah memberi perhatian serius terhadap pemakaian peralatan perlindungan diri (PPE) yang betul serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan yang optimum sepanjang masa.
Saringan pesakit di semua premis kesihatan perlu dilaksanakan dengan teliti, bagi memastikan kes yang memenuhi akan dirujuk untuk penyiasatan selanjutnya.
Kejadian wabak jangkitan ini dipandang serius oleh KKM. Justeru suatu tatacara mengenainya yang membabitkan premis kesihatan awam dan swasta sudah dikeluarkan baru-baru ini.
Tatacara ini akan digunakan sebagai rujukan kepada semua anggota kesihatan di lapangan bagi mengesan, mengendali dan menguruskan individu yang disyaki dijangkiti 2019-nCoV, katanya.
Beliau berkata, selain dari tiga kes positif yang dikesan membabitkan tiga pelancong China itu, secara keseluruhannya Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC) turut menerima makluman sembilan kes disyaki jangkitan 2019-nCoV tetapi ujian makmal mengesahkan kesemuanya negatif.

https://www.bharian.com.my/berit ... gesanan-di-lapangan



Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mendengar penerangan Ketua Penolong Pengarah Kanan, ...

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mendengar penerangan Ketua Penolong Pengarah Kanan, ...

Carta kawasan yang terbabit dengan jangkitan gejala Coronavirus. - Foto Mohd Fadli Hamzah

Carta kawasan yang terbabit dengan jangkitan gejala Coronavirus. - Foto Mohd Fadli Hamzah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus lah gomen..bnde ni laa y korg nak kan?semoga sultan johor terbukak hati nak bertegas xnk bg puak2 ni masuk johor..persetankan gomen..y mmg sah2 takleh dipakai!
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-1-2020 03:08 PM | Show all posts
ninja9 replied at 25-1-2020 03:03 PM
Akhirnya dah sampai malaysia. Cara berjangkit yg tak confirm tu yang buat orang bimbang. Ada berita  ...

Terima kasih sbb komen dlm benang ni.
Saranan ialah droplet precaution. Tetapi apabila menjalankan kerja2 yg boleh aerosolise respiratory secretions org yg dijangkiti, sila ambil airborne precautions.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyebar penyakit betul
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-1-2020 03:09 PM | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 25-1-2020 03:06 PM
Masya Allah.. semoga tiada yang lebih serius..

InsyaAllah. Aminnn....

Terima kasih sbb komen dlm benang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
- Dap
- visa
- prc
- komunis
- cina selet
- pelahap ular cicak kelawar
- natang harom
- nugara isele takde wabak
.... Ok tak? Cover semua?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-1-2020 03:15 PM | Show all posts
Diharap dlm benang ni, porumers sekalian juga berjurus. tengkiu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 03:17 PM | Show all posts
pintu masuk airport yes dikawal,  bagaimana pula

dengan pintu masuk utara selatan timur barat , border Darat malaysia ni?

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-1-2020 03:19 PM | Show all posts
Penumpang antarabangsa, kru pesawat diimbas untuk coronavirus di lapangan terbang - MAHB



KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan bagi memeriksa penumpang antarabangsa di lapangan terbang pintu masuk utama di seluruh negara susulan penularan wabak coronavirus di Wuhan, China.

Sebagai pengendali lapangan terbang, MAHB bersama-sama agensi dan syarikat penerbangan berkaitan mengambil langkah tambahan bagi memastikan risiko pendedahan diminimumkan untuk keselamatan semua, terutama penumpang dan kakitangan yang bekerja di terminal.

Kami memberi jaminan kepada semua bahawa kami mengambil serius ke atas wabak ini dan kami tidak akan menjejaskan kesejahteraan pemegang kepentingan kami, katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara langkah yang diambil oleh kementerian dan disokong oleh MAHB ialah menjalankan pemeriksaan haba ke atas penumpang dan anak kapal yang tiba dari China.

Kami menyediakan ruang perubatan khas untuk tujuan kuarantin di pintu masuk ketibaan untuk menempatkan penumpang yang menunjukkan tanda-tanda dijangkiti virus berkenaan.

Selain itu, kami telah menetapkan pintu masuk lain bagi ketibaan penerbangan masuk dari China di kawasan yang lebih dekat dengan tempat khas perubatan bagi mempercepat prosedur kuarantin dan meminimumkan risiko pendedahan kepada orang ramai, kata MAHB.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu pemberita bahawa tiga orang yang terdiri daripada lapan warga China yang dikuarantin di Johor Bahru, positif coronavirus yang juga dikenali sebagai coronavirus Wuhan.

Ketiga-tiganya kini dirawat di wad pengasingan di Hospital Sungai Buloh.

MAHB berkata rakan kongsi syarikat penerbangan itu membuat pengumuman perlu kepada penumpang mereka serta mengedarkan Kad Amaran Kesihatan (HAC) yang dikeluarkan oleh kementerian untuk penumpang memaklumkan mengenai keadaan kesihatan mereka, HAC juga diedarkan di kaunter imigresen.

Mereka yang demam atau batuk atau menghadapi kesukaran bernafas akan dibawa ke hospital terdekat sebaik tiba.

Lapangan Terbang telah menyediakan topeng dan sanitari tangan untuk kakitangan, di lokasi strategik di seluruh terminal.

Malaysia Airports mengingatkan orang ramai supaya memakai topeng setiap masa dan menggunakan sanitizer tangan untuk mengekalkan kebersihan maksimum semasa wabak ini, kata MAHB. C BERNAMA


https://www.bharian.com.my/berit ... ntuk-coronavirus-di




MAHB bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan bagi memeriksa penumpang antarabangsa di lapanga ...

MAHB bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan bagi memeriksa penumpang antarabangsa di lapanga ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-1-2020 03:20 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 25-1-2020 03:17 PM
pintu masuk airport yes dikawal,  bagaimana pula

dengan pintu masuk utara selatan timur barat , b ...

wallahualam... iols tgh bace berita secara lanjut ni..

terima kasih sbb komen di benang ni..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-1-2020 03:22 PM | Show all posts
Coronavirus: Mufti ajak umat Islam solat hajat lindungi Malaysia



KUALA LUMPUR: Umat Islam negara ini disaran melakukan solat hajat, memohon doa supaya Malaysia terselamat daripada sebarang wabak penyakit.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata pejabatnya akan mengeluarkan Bayan Linnas, khusus berkenaan doa dan fiqh pengurusan jenazah mangsa coronavirus 2019-nCoV dalam masa terdekat.

Saya berdoa kepada Allah SWT semoga wabak coronavirus dapat disisihkan dari Malaysia.

Kerajaan perlu memberikan pemahaman yang jelas kepada rakyat berhubung wabak ini melalui pelbagai medium, katanya yang kini sedang dalam lawatan ke Turki, menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Zulkifli berkata, tindakan pantas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diterajui Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam menangani isu penyebaran virus itu wajar diberi pujian.


https://www.bharian.com.my/berit ... t-lindungi-malaysia




Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. - NSTP/Aizuddin Saad

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. - NSTP/Aizuddin Saad

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
terbantut la impian nak import pengundi dari china..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-1-2020 03:29 PM | Show all posts
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/649890/pelancong-china-negatif-coronavirus-sudah-dihantar-pulang

Pelancong China negatif coronavirus sudah dihantar pulang



KUALA LUMPUR: Lima pelancong warga China yang diuji negatif tetapi berada sama dalam rombongan bersama tiga sekeluarga yang disahkan terkena jangkitan coronavirus 2019-nCOV, sudah dihantar pulang ke negara asal.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata mereka adalah sebahagian daripada kelompok lapan pelancong yang diperiksa oleh pejabat kesihatan dan mereka yang tiada gejala dihantar segera ke negara itu.

"Ada lapan individu yang rapat dengan kes import coronavirus pertama Singapura dikesan berada di Johor Bahru. Mereka terdiri daripada empat dewasa dan empat kanak-kanak, yang kesemuanya adalah warga negara China.

"Ujian pengesanan dan pengesahan terhadap kesemua mereka diperoleh dari Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh, lewat malam tadi, yang mengesahkan hanya tiga yang sah dijangkiti coronavirus, katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, tiga kes yang didapati dijangkiti coronavirus itu adalah ahli keluarga terdekat kepada kes positif pertama di Singapura iaitu isteri dan cucunya yang kini stabil dalam rawatan dan pemantauan di Hospital Sungai Buloh.

Manakala lain-lain kontak yang dikesan adalah negatif bagi 2019-nCoV, tiada gejala dan telah dihantar pulang ke China, katanya.


Menteri berbincang dgn DG

Menteri berbincang dgn DG

Surveilans

Surveilans

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-1-2020 03:30 PM | Show all posts
Austranesia replied at 25-1-2020 03:24 PM
terbantut la impian nak import pengundi dari china..



Terima kasih sbb komen di benang ni..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-1-2020 03:33 PM | Show all posts
Coronavirus: Kelantan ketat saringan di empat pintu masuk






KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Kelantan memperketatkan saringan di empat pintu masuk termasuk Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, sebagai langkah mengekang penularan coronavirus.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata semua pintu masuk berkenaan termasuk tiga di kawasan sempadan iaitu Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor, Rantau Panjang dan Jeli itu menempatkan kakitangan untuk tujuan saringan.

Saringan turut dilakukan di LTSIP memandangkan terdapat penerbangan antarabangsa dari Singapura ke Kota Bharu.

Kita menjalankan saringan imbasan terma untuk mengesan mereka yang demam. Sekiranya mereka datang dari kawasan yang terdapat kes atau wabak, kita perlu mendapatkan penjelasan lebih terperinci.

Jika terdapat tanda-tanda klinikal, pegawai perubatan akan membuat keputusan sama ada perlu dimasukkan ke hospital atau sebaliknya.

Pada masa sama, kita turut mengagihkan kad yang mengandungi nasihat sekiranya terdapat tanda-tanda virus berkenaan, katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Dr Zaini berkata, setakat ini saringan berjalan seperti biasa dan tiada kes berhubung coronavirus dilaporkan setakat ini.

Terdahulu Kementerian Kesihatan (KKM) mengaktifkan serta merta Pasukan Bertindak Cepat (RRT) dan Pasukan Penilaian Cepat (RAT) yang ditugaskan menjalankan aktiviti pengesanan di lapangan, sejurus tiga kes positif jangkitan coronavirus 2019-nCoV disahkan di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, dilaporkan berkata bagi memastikan keselamatan, kesemua anggota kesihatan diarah memberi perhatian serius terhadap pemakaian peralatan perlindungan diri (PPE) yang betul serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan yang optimum sepanjang masa.



Jabatan Kesihatan Kelantan memperketatkan saringan di empat pintu masuk. - Foto NSTP

Jabatan Kesihatan Kelantan memperketatkan saringan di empat pintu masuk. - Foto NSTP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-1-2020 03:36 PM | Show all posts
Tiga langkah lindungi diri daripada coronavirus






KUALA LUMPUR: Mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi adalah antara langkah perlindungan boleh dilakukan orang ramai untuk mencegah jangkitan coronavirus 2019-nCoV.

Langkah pertama yang dicadangkan Kementerian Kesihatan (KKM) kepada orang ramai adalah mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi iaitu kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).


Langkah kedua adalah penting sekiranya berada dalam tempoh lawatan ke lokasi-lokasi yang berlakunya wabak ini.

Jika perjalanan tidak dapat dielakkan, sentiasa bawa bersama penutup mulut dan hidung (mask) serta bahan pencuci tangan.

Elakkan dari melawat ladang haiwan, pasar menjual haiwan hidup, tempat sembelihan atau menyentuh sebarang jenis haiwan.

Elak dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan individu yang mempunyai gejala serta elak dari makan sebarang produk haiwan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna, kata KKM yang berkongsi poster langkah pencegahan yang dikongsi bersama orang ramai menerusi sesawang Facebooknya.

Langkah ketiga perlu diambil orang ramai adalah segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit iaitu mengalami gejala jangkitan pernafasan seperti demam, batuk atau sukar bernafas dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan dan maklumkan mengenai sejarah perjalanan kepada doktor yang merawat.



langkah elak coronavirus.jpg
coronabh-langkahcegah_1579932086.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list