Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
5118
View
84
Reply

Putera Harry dan Meghan Markle akan lepaskan gelaran diraja England

[Copy link]

Author: Boomibulat       Show all posts   Read mode

Author
Post time 20-1-2020 08:45 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 20-1-2020 08:44 AM

Selepas Tinggalkan Istana, Putera Harry & Meghan Markle Akan Lepaskan Gelaran Diraja

January 19th, 2020 | by Shira

Isu berkaitan Putera Harry dan Meghan Markle yang dikatakan telah membuat pengumuman di laman Instagram yang mengatakan mereka akan meninggalkan kerabat diraja England telah mendapat perhatian dunia.

Berikutan daripada itu, Istana Buckingham telah membuat satu pengumuman rasmi mengenai pengunduran Putera Harry sebagai anggota senior keluarga diraja dan penarikan semula gelaran diraja yang diberikannya Puteri Harry dan isteri.

Lepaskan gelaran diraja

Menerusi laporan CNN, Putera Harry dan isterinya, Meghan tidak akan bekerja lagi sebagai ahli keluarga diraja dan bersetuju akan membayar dana Grant Sovereign yang dibelanjakan untuk mengubah suai kediaman rasmi mereka di Forgmore Cottage seperti yang tertulis dalam satu kenyataan.

Pasangan ini juga dikatakan bersetuju untuk melepaskan gelaran diraja yang diterima mereka dan akan melepaskan juga penerimaan dana awam.

Seperti mana dipersetujui, mereka tidak akan terbabit dengan tugas diraja, menerima pangkat ketenteraan rasmi selain tidak lagi menerima dana awam bagi tugas diraja.

Mereka juga perlu membayar balik £2.4 juta (RM12.5 juta) wang pembayar cukai, yang digunakan bagi mengubah suai kediaman mereka, Frogmore Cottage, berhampiran Istana Windsor.

Mereka akan sentiasa disayangi

Menurut sumber, perbincangan dan rundingan ini telah dijalankan sejak beberapa bulan yang lalu untuk mencari jalan penyelesaian dan mencapai satu persefahaman bagi menyokong keputusan Putera Harry dan keluarga diraja.

Sungguhpun begitu, Ratu Elizabeth dalam kenyataannya itu turut bertitah bahawa dia menyokong keputusan yang dibuat oleh cucunya Putera Harry  dan isteri yang inginkan kehidupan yang lebih bebas.

Harry, Meghan dan Archie akan sentiasa disayangi oleh ahli keluarga saya.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-1-2020 08:51 AM | Show all posts
Putera Harry dilanda kesedihan terpaksa lepas tugas Diraja

LONDON : Putera Harry semalam berkata, beliau dilanda kesedihan teramat sangat apabila terpaksa melepaskan tugas Diraja selepas memutuskan untuk memulakan kehidupan baharu dengan berdikari bersama isterinya, Meghan.

Istana Buckhingham dan Ratu Elizabeth pada Sabtu mengumumkan bahawa Harry dan Meghan, tidak lagi akan menggunakan gelaran Diraja atau menerima sebarang dana awam sebagai sebahagian daripada perjanjian bagi mengakhiri krisis yang dicetuskan pasangan itu, apabila membuat pengumuman mahu menarik diri daripada menjalankan tugas rasmi serta meluangkan lebih banyak masa di Amerika Utara.

Dalam ucapannya di majlis amal Sentebale, Harry yang kelihatan begitu sedih berkata, keputusan akhir berhubung krisis itu bukan sesuatu yang dingini.

Harapan kami ialah terus berkhidmat untuk baginda Ratu, kerajaan Komanwel dan tentera tanpa sebarang dana awam. Malangnya ia tidak mungkin berlaku.

Saya menerima semua ini kerana ia tidak mengubah siapa atau komitmen saya. Namun saya berharap anda semua faham apa yang berlaku, bahawa saya akan berundur dari semua yang dimiliki dan memulakan langkah baharu untuk satu kehidupan lebih aman pada masa akan datang, kata pewaris keenam takhta Diraja Britain itu.

Di bawah perjanjian itu, Harry akan kekal sebagai seorang putera dan pasangan terbabit akan mengekalkan gelaran Duke dan Duchess of Sussex untuk memulakan kehidupan baharu, iaitu membahagikan masa antara Amerika Utara dan Britain, namun tidak akan mengambil bahagian dalam sebarang acara rasmi atau lawatan Diraja pada masa depan.

Saya mahu anda semua mendengar daripada mulut saya sendiri, bukan sebagai Putera atau Duke, tetapi Harry yang anda lihat membesar sejak 35 tahun.

United Kingdom (UK) ialah rumah dan tempat yang amat saya kasihi. Ia sama sekali tidak akan berubah.

Adalah amat menyedihkan apabila ia harus berakhir seperti ini, katanya. - Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 09:09 AM | Show all posts
actually apa masalah diaorg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Ang ni boomi.. Ada dah thread.. Nanti masuk geng anti vs pro meghan laaa
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 09:45 AM | Show all posts
shark_eow7 replied at 20-1-2020 09:09 AM
actually apa masalah diaorg ni..

Bini tak boleh hidup berprotokol...rimas kena ikut telunjuk nenek. Mcm Princess Di dulu.

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas dah takde title ni nanti diorang akan keje ke camne? Ke, bapak bagi duit saku?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 10:19 AM | Show all posts
Knp dgn deols ni actually? Meghan ke yg prob ye?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas sebulan je mesti dah rasa cukup menyesal..Kalau x dah tentu2 hidup senang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 10:29 AM | Show all posts
drama laaa sangat...punya banyak negara yang ko tarah sampai habis hasil termasuk mesia, tetap ler idop senang lenang bergenerasi....idok ler pasni dedua kena duk ghetto, keje starbucks or what not...

royal2 gini walo sekolah bodo, still keje kat tempat berprestige...newly created role....sama jek ngan anak2 royal, politician VVVVIP mesia ni.....walo hakikatnya takleh keje,,,
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 10:33 AM | Show all posts
jadi anak raja banyak sangat protokol ..... baik hidup mcm orang biasa lagi bagus kot lepas ni Herry bebas nak pergi mana-mana tanpa gangguan ....
hah tak semua anak raja dalam dunia ni selesa dgn kehidupan orang istana...
try tengok Tuanku kita sendiri ...sanggup berlakon jadi mcm orang biasa ....
makan kat restoran biasa naik komuter pakai biasa2 je ....



Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Megikari replied at 20-1-2020 10:12 AM
Lepas dah takde title ni nanti diorang akan keje ke camne? Ke, bapak bagi duit saku?

Iols x rasa deols akan tinggal sehelai sepinggang mcm dlm drama2 fantasi tu semua.. at least back up money dlm akaun dh siap sedia utk hidup 2-3 tahun tanpa bekerja.. plus maybe deols ada bisnes lain jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Actually iols respect golongan2 royal yg sanggup step down dr segala gelaran n penerimaan dana rakyat ni semua..
Duk perabis duit taxpayers je buat pe..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 10:48 AM | Show all posts
cop, ada penampakan makhluk berbaju melayu di belakang harry n meghan. siapakah beliau?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam pakcik Queen E dulu2. Kahwin ngan janda dan terpaksa lepaskan takhta. Ayah Queen E terpaksa naik takhta walaupun kurang keberanian seperti abangnya. Dan Queen E pewarisnya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 11:49 AM | Show all posts
helicornia replied at 20-1-2020 10:48 AM
cop, ada penampakan makhluk berbaju melayu di belakang harry n meghan. siapakah beliau?

aah la kena cari gambar full nih
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 11:51 AM | Show all posts
baik kahwin russian lagi cantik helok
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Megikari replied at 20-1-2020 10:12 AM
Lepas dah takde title ni nanti diorang akan keje ke camne? Ke, bapak bagi duit saku?

Bapak heols still bagi duit saku jutaan pounds yeee
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau boleh survive, y not..
Jadi independent, lebih bebas
Makan budi(dalam konteks ni tax payer) tergadai body
Nak independent sangat pastikan boleh survive
Harry boleh survive..lepas tittle pun still ada frame, ada link royal so?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
BicaraHatiku replied at 20-1-2020 09:45 AM
Bini tak boleh hidup berprotokol...rimas kena ikut telunjuk nenek. Mcm Princess Di dulu.

Lady D dulu ok je dok dlm istana....cuma meroyan sbb putera charles ada skandal....lg tak blh tahan skandal tu lebih buruk dari dia....
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Zeatyisaac replied at 20-1-2020 10:57 AM
Macam pakcik Queen E dulu2. Kahwin ngan janda dan terpaksa lepaskan takhta. Ayah Queen E terpaksa na ...

Ni mcm sejarah berulang kembali
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.090978s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list