CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3179|Reply: 20

[Tempatan] Mujahid gesa tindakan tegas ke atas pekeliling ‘haram’ Ponggal di sekolah.

[Copy link]
Post time 18-1-2020 04:08 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 17-1-2020 01:32 PM

Mujahid gesa tindakan tegas ke atas pekeliling ‘haram’ Ponggal di sekolahPredeep Nambiar -

January 17, 2020 8:47 PM


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sistem pengajian atas talian e-RPH untuk sekolah agama di Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai di Nibong Tebal, Pulau Pinang hari ini


NIBONG TEBAL: Menteri berhubung hal ehwal Islam Mujahid Yusof Rawa hari ini berkata, tindakan tegas mesti diambil terhadap pegawai pendidikan yang mengeluarkan pekeliling yang mendakwa perayaan Ponggal adalah haram dalam Islam seperti dinasihatkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau berkata, ini kerana Jakim tidak pernah mengatakan adalah “haram” untuk menghadiri perayaan menuai masyarakat Tamil itu, tetapi sebaliknya berkata, orang Islam dibenarkan mengambil bahagian dalam perayaan itu selagi akhlak Islam dipatuhi.

“Isteri saya guru di sebuah sekolah di Nibong Tebal dengan ramai pelajar Tamil. Sekolahnya mengambil bahagian dalam Ponggal dan pada waktu sama mematuhi akhlak Islam sejak beberapa tahun,” katanya di luar satu acara di Institut Perindustrian Arumugam Pillai di sini hari ini.
Mujahid mempersoal tindakan pegawai dari Kementerian Pendidikan kerana memutarbelitkan kandungan surat berkenaan.

“Anda (pegawai terbabit) menggunakan perkataan seperti ‘terpaksa’ dan ‘haram’. Come on lah. Kita kata Ponggal diharuskan selagi akhlak Islam dipatuhi.
“Kami mendesak tindakan tegas diambil ke atas individu yang menulis surat tersebut dan kemudian menyalahkan Jakim kerana membuat keputusan itu. Kasihanilah saya dan Jakim.”

Surat yang dirujuk oleh Mujahid merupakan pekeliling Kementerian Pendidikan kepada semua pengetua sekolah yang dikeluarkan menjelang sambutan perayaan Ponggal.
Pekeliling bertarikh 13 Jan itu menyebut bahawa Jakim mengisytiharkan mengambil bahagian dalam ritus Ponggal adalah “haram”, terutamanya perbuatan mendidihkan susu, yang merupakan acara utama perayaan menuai masyarakat Tamil itu.

Ia ditulis oleh penolong pendaftar institusi pendidikan dan guru Adzman Talib.
Dalam perkembangan lain, Mujahid membidas G25, kumpulan bekas pegawai tinggi awam, kerana mempersoalkan keabsahan Jakim dan Majlis Kebangsaan Hal Ehwak Islam (MKI).

Beliau berkata, langkah G25 mempersoal status Jakim dan MKI adalah seumpama mempersoalkan industri pensijilan “halal”, yang menyaksikan Malaysia menguasai sebahagian besar industri “halal” dunia yang bernilai AS$2 trilion.
Mujahid berkata, sekiranya kenyataan G25 itu benar, maka 30,000 guru sekolah agama dan kira-kira 1 juta pelajar di bawah mereka menerima gaji daripada sebuah badan haram.

Katanya, kumpulan itu sepatutnya mengehadkan dapatan kajiannya untuk dibahaskan dalam forum akademik, bukan mendedahkannya secara terbuka kerana ia akan mengelirukan orang ramai.
“Kesan kenyataan mereka tidak kena masa, terutama pada saat wujudnya ketegangan kaum dan agama. Apakah tujuan mereka? Anda memburukkan lagi keadaan.”

Terdahulu Mujahid melancarkan program e-RPH untuk sekolah agama, termasuk aplikasi telefon bimbit untuk guru bagi membantu mereka menyampaikan pendidikan berkualiti kepada pelajar.
Beliau berkata, kerajaan merancang untuk menaikkan elaun semasa RM1,000 kepada guru sekolah agama sebanyak RM100 bergantung kepada kelulusan.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/01/17/mujahid-gesa-tindakan-tegas-ke-atas-pekeliling-haram-ponggal-di-sekolah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2020 04:51 AM From the mobile phone | Show all posts
seram nya bila munafik jadi pemimpin.menghalalkan yang haram.  
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2020 05:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini bukan berkaitan dengan akhlak islam... Ianya berkait dengan akidah umat islam
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2020 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Mujahid ni belit la... Surat tu mengatakan haram menyertai upacara or merayakan ........ Bukan haram menghadiri....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2020 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni biar mijahid buat upacara ponggal... Sebab dia kata perayaan ni harus...... Selagi akhlak islam dipatuhi...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2020 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
MCM2 bala mau ke mesia ni,,, salah sorang penyebab yang sorang ni lah. Dulu masa team hijau, alhamdulillah. Bila masuk team oren,,, macam apa lagi. Betoi lah iman tak dapat diwarisi dari seorang bapa,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2020 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Mujahid ni serba tak betul la geram pulak aku
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2020 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp skolah aku dah lbh 10 thn kot pljr dgn cgu india meraikan ponggal di skolah.
Depa buat bwh aktiviti persatuan bhsa tamil. Kita tk join ler tp tgk kemas budak2 tu pakai kurta dan sari.. mkn2 jamuan.. buat dlm dewan. Tengahari dah kemas elok2.. bersih.
Ini perayaan dan kepercayaan masyarakat india.. tk salah kot depa nk pupuk semangat tradisi dlm generasinya.
Dulu2 ok je.. knapa byk hal pulak skrg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2020 08:58 AM | Show all posts
ehhh harap lepas pru nnt kalau die baring2 kat jalanraye, biarlah kene gelek ngan lori sampah
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2020 09:07 AM | Show all posts
zehra2 replied at 18-1-2020 08:53 AM
Tp skolah aku dah lbh 10 thn kot pljr dgn cgu india meraikan ponggal di skolah.
Depa buat bwh aktiv ...

era malaysia baru

nampaknya hak org islam banyak dah dipertikaikan sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2020 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
eee bongoknyala statement mujahid ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2020 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Mujahit ni pulak yg lebih.... Lebih...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2020 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka provoke sgt org melayu n muslim..  rules of nations dat learn by british is never provoke the majority...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2020 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 18-1-2020 08:53 AM
Tp skolah aku dah lbh 10 thn kot pljr dgn cgu india meraikan ponggal di skolah.
Depa buat bwh aktiv ...

Utk kaum depa xpe yg org duk discuss tu utk kita org islam meraikan skali..kdg2 aku pelik ng org islam, time kita sambut raya haji or raya kurban puak2 tu xde pun beria nak sambut ke pakai baju kurung ke tp tiba perayaan or sambutan depa, yg islam mcm lebih sudu dr kuah.
    Klu nak tau boleh atau xdibolehkan tgok balik pd perlakuan Rasulullah saw dlu, dia sambut ke tak perayaan bukan muslim.
       Ni beria nak sambut perayaan depa konon muhibbah habis le tu tp akhlak, plakuan ng non muslim xdijaga apatah lgi ng muslim. Celah mananya dtg muhibbah tu? Dr pakaian, sambutan, makanan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2020 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
dia ni makin tah apa apala..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 10:04 AM | Show all posts
2 jahid yang xleh pakai..

no 1 jahid midi
no 2 mujahid rawa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2020 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
MUJAHAT ni menteri agama apa ye sebenarnya?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 07:04 PM | Show all posts
agama islam punye banyak perayaan...perayaan pongal juga nak diraikan...tak puas2 atau tak cukup ker acara agama islam yang  nak diraikan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 18-1-2020 08:53 AM
Tp skolah aku dah lbh 10 thn kot pljr dgn cgu india meraikan ponggal di skolah.
Depa buat bwh aktiv ...

bukan boleh buat...cuma pelajar isle tak benar ikut ke atau camner???
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2026 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.152947 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list