Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
3285
View
87
Reply

Festival Filem Malaysia ke 31(FFM31) kembali lagi,18 Apr 2020~ filem manakah bakalan diangkat sbg Filem Terbaik?? jom ramal ramal siapakah bakalan top 5?!!!..

[Copy link]

Author: qqOfficial       Show all posts   Read mode

Author
Post time 17-1-2020 03:57 PM | Show all posts |Read mode
Edited by qqOfficial at 17-1-2020 09:26 PM

67 filem rebut 32 kategori FFM31


Sebanyak 67 filem bersaing merebut 32 kategori pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-31 di Encore Melaka pada 18 April depan.

Mengangkat tema Inspirasi Sinemaku : Tanpa Sempadan, karya yang bakal dipertandingkan merangkumi 35 filem Bahasa Malaysia; Mandarin dan Kantonis (15), Tamil (12), animasi (empat) serta sebuah filem yang mewakili kategori lain-lain.

Antara filem yang dipertandingkan adalah Ejen Ali The Movie, Misteri Dilaila, Bikers Kental, Motif, Tiada Tajuk, Sangkar dan Wira.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac berkata, pihaknya bekerjasama dengan Kerajaan Melaka bagi menjayakan FFM31.

Kami menyimpan hajat besar, FINAS ingin melakukan sesuatu yang berbeza. Seperti yang diketahui, banyak filem berjaya mencapai pecah panggung tahun lalu.

Ramai penggiat industri kreatif berjaya ke peringkat antarabangsa. Malah, filem Malaysia membolosi pencalonan awal pada Anugerah Akademi 2020, katanya pada sidang media mengumumkan FFM31 di Kompleks FINAS di sini, hari ini.

Hans berkata, FINAS mensasarkan lebih banyak filem tempatan menembusi pasaran antarabangsa tahun ini.

Hendak cakap senang dan kritik senang, tetapi bukan mudah mahu memasarkan filem tempatan ke luar negara.
Kami memerlukan sokongan semua bahagian penggiat industri kreatif. Kami mahu bersikap adil dan memberi peluang kepada penggiat seni, katanya.

Malam kemuncak FFM31 akan disiarkan secara langsung melalui Astro pada jam 9 malam. Majlis perasmian festival itu akan diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 9 April depan.

Kali ini, empat kategori iaitu Dokumentari Terbaik, Filem Pendek Terbaik, Filem Cereka Animasi Terbaik dan Filem Digital terbaik diperkenalkan semula.

Buat kali pertama, kategori Tatarias Terbaik dipertandingkan pada penganjuran kali ini
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lokasi FFM 31 kali ni akan diadakan di Encore, Melaka....

macamm gah tpt ni, menghadap pantai selat melaka....

Makanya, apakah ramalan chuols utk film, pengarah, pelakon, lagutema, sinematografi....

apakahh kali ni filem animasi akan diangkat sbg filem terbaik.....atau filem aksi atau filem yg telahpun byk rangkul award di luar negara???
sama2 kita saksikan FFM31 pada 18 Apr 2020, ayuhhhhhhh kita meramall... pencinta filem2 Malaysiaaaaaaaaa.....



image.png
image.png
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2020 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tlg jgn jemput fattzura lagi yeee...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2020 04:03 PM | Show all posts
harap ejen ali yang menang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2020 04:04 PM | Show all posts
Top 5 Anugerah Majlis Pengkritik Filem KL pun dah keluar

Biasanya tak lari jauh antara 2 anugerah tu
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-1-2020 04:06 PM | Show all posts
sementara menantikan FFM31, meols tepekkan pencalonan pencalonan utk Majlis Anugerah Pengkritik Filem 2019 yg mana sedikit sebanyak dpt melihat pola pencalonan top 5 utk FFM31 nanti.

Senarai Calon Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2019

PENGARAH TERBAIK:
Quek Shio Chuan untuk Guang (filem telah tercalon dlm FFM30)
Zahir Omar untuk Fly by Night
Adam Amiruddin,
Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim danAhmad Razuri Roseli untuk Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal
Razaisyam Rashid untuk Pusaka
Usamah Zaid Yasin untuk Ejen Ali


PELAKON LELAKI TERBAIK:
Kyo Chuen untuk Guang (telah tercalon dlm FFM30)
Shaheizy Sam untuk Polis Evo 2 (telah tercalon dlm FFM30)

Sunny Pang untuk Fly by Night
Zul Ariffin untuk Sangkar
Syafiq Kyle untuk Pusaka

PELAKON WANITA TERBAIK:
Lim Mei Fen untuk Two Sisters (telah tercalon dlm FFM30)
Emily Lim untuk Two Sisters (telah tercalon dlm FFM30)Diana Danielle untuk Gol & Gincu Vol.2 (telah tercalon dlm FFM30)Mimi Lana untuk Pusaka

SINEMATOGRAFI TERBAIK
Yeong Tuck Wei untuk Guang (filem telah tercalon dlm FFM30)
Keong Low untuk Fly by Night
Nurhanisham Muhammad untuk Suatu Ketika
Jon Keng untuk Revenge of the Pontianak
Madnoor Kassim untuk Pusaka

LAKON LAYAR TERBAIK
Quek Shio Chuan, Ismail Kamarul dan Ai Kuan untuk Guang (filem telah tercalon dlm FFM30)
Frederick Bailey, Zahir Omar, Dain Said dan Ivan Yeountuk Fly by Night
Ainon Ariff, Nur Naquyah Burhanuddin dan Aliya Nazlan untuk Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal
Anwari Ashraf dan Alfie Palermo untuk Pusaka
Faqihin Mohd Fazlin, Usamah Zaid Yasin dan Hilman Muhammad untuk Ejen Ali


PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
Ernest Chong untuk Guang (filem telah tercalon dlm FFM30)
Frederick Lee untuk Fly by Night
Bront Palarae untuk Fly by Night
Remy Ishak untuk Sangkar
Dain Said
untuk
Wira

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
Emily Chan untuk Guang (filem telah tercalon dlm FFM30)
Sasqia Dahuri untuk Misteri Dilaila
Shenty Felizaina
untuk Revenge of the Pontianak
Feiyna Tajudin untuk Geran
Fauziah Ahmad Daud untuk Pusaka

FILEM TERBAIK
Guang (Sabrina Wong sebagai penerbit. Melvin Ang, Ismail Kamarul, Ryan Khoo dan Chow Cun Son sebagai penerbit eksekutif) - (filem telah tercalon dlm FFM30)
Fly by Night (Muhammad Bahir dan Leonard Tee sebagai penerbit. Farouk al-Joffrey, Joanne Goh dan Perin Petrus sebagai penerbit eksekutif)
Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal (Burhanuddin Md Radzi dan Ainon Ariff sebagai penerbit. Burhanuddin Md Radzi sebagai penerbit eksekutif)
Pusaka (Anwari Ahsraf dan Fatimah Ruzaimi sebagai penerbit. Khairul Anwar Salleh, Raja Jastina Raja Arshad, Maurice Noone dan Priya Narayanan sebagai penerbit eksekutif)
Ejen Ali (Mohd Faiz Hanafiah sebagai penerbit. Ahmad Izham Omar dan Usamah Zaid Yasin sebagai penerbit eksekutif)


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-1-2020 04:08 PM | Show all posts
F685 replied at 17-1-2020 04:04 PM
Top 5 Anugerah Majlis Pengkritik Filem KL pun dah keluar

Biasanya tak lari jauh antara 2 anugerah ...

yezza....meols dah tepek top 5 utk anugerah majlis pengkritik, boleh ramal berdasarkan pengumuman top 5 tu

kecuali pelakon wanita...sbb anugerah pengkritik hanya calonkan 4 pelakon shj dan 3 drpdnya telah tercalon dlm FFM30...kecuali mimi lana (pusaka)...so utk FFM31, mimi akan bersaing dgn siapa yachhhh....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2020 04:36 PM | Show all posts
qqOfficial replied at 17-1-2020 04:08 PM
yezza....meols dah tepek top 5 utk anugerah majlis pengkritik, boleh ramal berdasarkan pengumuman  ...

Sharifah Amani (Motif) & maybe Nabila Huda (filem MAMA) keluar panggung early Feb ni

Peluang agak cerah utk Mimi Lana menang Most Promising Actress
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2020 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm menarik je venue dia.. tu je yg iol teruja
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-1-2020 04:56 PM | Show all posts
F685 replied at 17-1-2020 04:36 PM
Sharifah Amani (Motif) & maybe Nabila Huda (filem MAMA) keluar panggung early Feb ni

Peluang ag ...

tp antara syarat pencalonan adalah filem2 yg tayang 2018 dan 2019 shj layak dicalonkan....

maybe MAMA utk FFM32...kot.....
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-1-2020 04:58 PM | Show all posts
September14 replied at 17-1-2020 04:38 PM
Mcm menarik je venue dia.. tu je yg iol teruja









Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2020 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2020 05:05 PM | Show all posts
Terima kasih untuk update.  Ngah nganga mulut aje tunggu info.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2020 05:14 PM | Show all posts
qqOfficial replied at 17-1-2020 04:56 PM
tp antara syarat pencalonan adalah filem2 yg tayang 2018 dan 2019 shj layak dicalonkan....

mayb ...

ooo baguslah ada syarat penyertaan yg jelas mcm tu
dulu filem belum tayang tapi dah ada tarikh tayangan dah boleh bertanding
cnth Papadom .. belum tayang dah menang FFM

So,

FFM : Jan-Dec

ASK : July-Jun

MPFKL : Sep-Aug ?? Ya ke
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2020 05:15 PM | Show all posts
Edited by mat_arof at 17-1-2020 05:23 PM

Wow....menarik ni...

Akademi Filem Malaysia (Oscar) akan mula kan kempen..

sementara tunggu result SAG Awards hari isnin..

jom kempen untuk artis mana layak menang di Oscar Malaysia


calon untuk anugerah pengkritik filem malaysia dah keluar ke belum? takut saya tertinggal keretapi ke?

*malaysia masih guna juri kan....x macam  cara akademi yang ahli ahli akademi je yang akan vote untuk pilih pemenang?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2020 05:19 PM | Show all posts
x de screeners ke untuk bagi kat saya.

saya kan ahli akademi filem mlaysia( cewahhhh) hahahahaha


nak tgok filem filem yang bertanding ...siapa yang layak...

i nak vote


(hahahaha..kekonon perasan jadi ahli akademi)

hehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2020 05:21 PM | Show all posts
F685 replied at 17-1-2020 04:04 PM
Top 5 Anugerah Majlis Pengkritik Filem KL pun dah keluar

Biasanya tak lari jauh antara 2 anugerah ...

dah keluar ke senarai calon top 5

Majlis pengkritik filem KL ini umpama Critic Choice Awards di Hollywood

boleh x listkan siapa calon calon nya...

x terperasan pulak senarai calon dah keluar
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-1-2020 05:36 PM | Show all posts
mat_arof replied at 17-1-2020 05:21 PM
dah keluar ke senarai calon top 5

Majlis pengkritik filem KL ini umpama Critic Choice Awards di ...

dah keluar senarai top 5 AMPFKL2019 ..... iols ada tepek kat #5 ......
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-1-2020 05:39 PM | Show all posts
F685 replied at 17-1-2020 05:14 PM
ooo baguslah ada syarat penyertaan yg jelas mcm tu
dulu filem belum tayang tapi dah ada tarikh t ...

AMPFKL2019 mengambil kira filem2 sept 2018- dis 2019....dan mulai 2020, akan mengambil kira filem yg ditayangkan pada tahun tersebut ....

hopefully FFM31 betul2 mengikut syarat2 yg ditetapkan... sbb ralat jua macam two sisters patut tercalon FFM31 tp produser rengsekk sgt nak calonkan awal FFM30 walhal filem tu tayang apr 2019...kalo tercalon ffm31, mmg bagi saingan sengit utk best actress ....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2020 07:00 PM | Show all posts
qqOfficial replied at 17-1-2020 05:36 PM
dah keluar senarai top 5 AMPFKL2019 ..... iols ada tepek kat #5 ......

oh ok...thank you

tgh belek senarai senarai calon kat Critics Choice Awards Malaysia  2019
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2020 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcam sampah je pilem2 tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.100553s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list