|
View: 2374|Reply: 20
|
[Tempatan]
TOL. Semakan semula Manifesto PH. Edisi kemaskini #17
[Copy link]
|
|
|
Edited by R2D2 at 17-1-2020 10:42 PM
Kadar tol Plus diturunkan 18 peratus tahun ini
Dikemaskini Hari ini 12:04 tengahari
Putrajaya memutuskan bahawa syarikat pengendali lebuh raya terbesar negara ini, Plus Malaysia Bhd (Plus), tidak akan dijual, sebaliknya kekal menjadi milik kerajaan.
Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan sudah menjalankan kajian ke atas semua bidaan dibuat oleh pihak swasta yang berminat untuk membeli Plus.
"Akhirnya kerajaan memutuskan kaedah terbaik ialah tidak menjual Plus kepada sesiapa, sebaliknya mengekalkan ia dengan Khazanah dan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)," katanya kepada media di Kuala Lumpur hari ini.
Pada masa sama Mahathir menjelaskan, walaupun tidak dijual, Plus dikehendaki mengurangkan kadar bayaran tol sebanyak 18 peratus.
"Ingat, 18 peratus pada kadar hari ini bermaksud dalam tempoh 30 tahun, [...] kadarnya akan menjadi sangat rendah," katanya.
Ditanya sama ada penurunan itu akan dilakukan secara berperingkat, perdana menteri menegaskan ia akan dibuat secara langsung.
"Kita akan berikan diskaun 18 peratus," katanya.
Ditanya bila potongan kadar bayaran itu akan dibuat, beliau menjawab: "Tahun ini." |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih hancing  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tahun ini selepas anwar jadi perdana menteri  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ngape hakak rasa mamat botak muka cinapek plus/khazanah tu bertegas tak nak jual...all his statement very consistent...i loike...anyway sorry naaa hakak bab nama ni failed...siler beri pencerahan pada yg tahu...malas nak gogol |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
itu
hari ni menang
esok minyak turun 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
fliphair8 replied at 16-1-2020 12:54 PM
ngape hakak rasa mamat botak muka cinapek plus/khazanah tu bertegas tak nak jual...all his statement ...
Mamat botak?
Weols letteew.
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
fliphair8 replied at 16-1-2020 12:54 PM
ngape hakak rasa mamat botak muka cinapek plus/khazanah tu bertegas tak nak jual...all his statement ...
u mean datuk shahril ridza??? 
dia mmg brilliant..dan konsisten dgn semua statement dia yg khazanah taknak jual PLUS |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ye le kut dek, nanti hakak gogel, hakak simpan info on facts jek, tapi bila bab nama mmg failedddd maximum....
terima kasih atas info...and yes, hakak rasa dia sangat konsisten dan tegas...sesuai untuk portfolio managing fund/investment
pi suh dia ganti LGE...hakak jamin dia punya degree is legit and bertingkek2 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
okla tu..balik ipoh dh jimat 5hinggit dri jalan duta |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mohd Najib Tun Razak
@NajibRazak
Selepas PRU14, konsesi PLUS dilanjutkan lagi ke tahun 2058 oleh PM ke-7 untuk memberi diskaun 18% bermula tahun ini.
Kerajaan PH tidak mahu bayar satu sen pun untuk mengurangkan tol.
Dengan itu, janji "free tol" PH menjadi tol-forever. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
banyak sangkut yongtai ke sis?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sendu je...Macai bengap ph belum keluar gua lg ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tol turun,mahacai lak yg menggelupor panas |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Keputusan Khazanah enggan jual Plus bodoh, kata bos Maju Holdings
Dikemaskini Hari ini 8:59 malam
Pengerusi Maju Holdings Abu Sahid Mohamed menyifatkan Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Shahril Ridza Ridzuan sebagai "pembohong" beberapa jam selepas Putrajaya mengumumkan keputusan tidak menjual konsesi lebuh raya terpanjang di negara ini.
Abu Sahid Mohamed yang juga mengetuai syarikat pengendali lebuh raya Maju Express dipetik FMT berkata keputusan Khazanah itu “bodoh.”
Beliau juga dilaporkan mempertikaikan kenapa pihaknya tidak dimaklumkan meskipun syarikatnya dipelawa melakukan tawaran.
“Saya tidak tahu kenapa mereka tidak mahu menjualnya. Mereka tidak beritahu saya kenapa mereka tidak mahu jual,” katanya.
Terdahulu hari ini, Putrajaya memutuskan bahawa syarikat pengendali lebuh raya terbesar negara ini, Plus Malaysia Bhd (Plus), tidak akan dijual, sebaliknya kekal menjadi milik kerajaan.
Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan sudah menjalankan kajian ke atas semua tawaran dan bidaan dibuat oleh pihak swasta yang berminat untuk membeli Plus.
"Akhirnya kerajaan memutuskan kaedah terbaik ialah tidak menjual Plus kepada sesiapa, sebaliknya mengekalkan ia dengan Khazanah dan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)," katanya.
Pada masa sama Mahathir menjelaskan, walaupun tidak dijual, Plus dikehendaki mengurangkan kadar bayaran tol sebanyak 18 peratus dalam tempoh 20 tahun.
Beliau juga memberitahu, tiada kenaikan kadar tol untuk semua lebuh raya kendalian Plus.
Ditanya sama ada penurunan itu akan dilakukan secara berperingkat, perdana menteri menegaskan ia akan dibuat secara langsung.
"Kita akan berikan diskaun 18 peratus," katanya.
Ditanya bila potongan kadar bayaran itu akan dibuat, beliau menjawab: "Tahun ini."
Plus diminiki oleh syarikat milik kerajaan, Khazanah Nasional Bhd yang memiliki pegangan sebanyak 51 peratus, manakala KWSP 49 peratus.
Sebelum ini beberapa pihak swasta, termasuk Maju Holdings tampil dengan tawaran untuk membeli konsesi berkenaan bersama janji untuk mengurangkan kadar bayaran tol.
Ketika membuat bidaan, Maju Holdings komited untuk melabur kira-kira RM5.3 bilion yang termasuk memasang lampu di sepanjang lebuh raya bersama-sama dengan penambahbaikan lain yang diperlukan.
Maju Holdings Sdn Bhd mencadangkan untuk menyerap RM2.7 bilion bagi pampasan tol yang perlu dibayar kerajaan kepada Plus Malaysia Bhd sekiranya pengambilalihan konsesi lebuh raya terbesar negara itu oleh syarikat berkenaan berjalan lancar.
Maju Holdings juga bercadang untuk mengurangkan kadar tol sehingga 36 peratus dan tidak akan meminta pampasan kewangan daripada kerajaan bagi pengurangan itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PLUS' 70-year concession period is one for the record books, says Dr Wee
By MARTIN CARVALHO
2-3 minutes
PETALING JAYA: MCA president Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (pic) has criticised the Pakatan Harapan government over its decision to extend the PLUS toll concession period till 2058 instead of abolishing it as promised under its manifesto.
"For the record, Tun Dr Mahathir Mohamad gave the initial concession to PLUS for 30 years from 1998 to 2018.
"Then in 1998, Tun extended the concession for 12 years until 2030. The latest is the Pakatan government led by Tun extending it for 20 years to 2058," Dr Wee said in a Facebook post Thursday (Jan 16).
He noted that former prime minister Tun Abdullah Ahmad Badawi was forced to extend the concession period for eight years in 2005 to settle outstanding compensation left behind under Dr Mahathir's legacy.
"It is simple mathematics, under Tun Dr Mahathir's leadership, the total concession approved in stages is 30 + 12 + 8 + 20 = 70 (years).
"This is a record which can be entered into the 'Malaysia Book of Records'," he said.
Dr Wee also questioned what happened to Pakatan's promise of abolishing tolls.
"If unable to do it, don't promise," he said.
He said that Pakatan had hoodwinked the people by initially promising to abolish tolls but instead proposed a "traffic congestion charge" after taking over the government.
"Now, the toll concession has been extended until 2058," he said.
Earlier on Thursday, the Prime Minister announced that Cabinet had decided not to sell PLUS as the offers were not attractive enough.
Instead, PLUS' ownership would remain under Khazanah Nasional and the Employees Provident Fund (EPF), and the toll concession period would be extended by 20 years.
PLUS is the largest highway concessionaire in Malaysia.
Currently, PLUS is controlled by the UEM Group (a subsidiary of Khazanah Nasional), which holds a 51% stake and the remaining 49% by the EPF.
Khazanah had proposed that the best entity to take over PLUS was, in fact, the government.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Haku jarang2 sangat.guna toll highway nih, koser aku dah kena bayau pun jem tak boleh pecut, jadahnya kan  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tunggu nk kotakan janji ni, smpi abg jamil mampos pun x kan terlaksana.
Mmg alasan mcm setan je |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan jimat RM42 bilion, tidak perlu bayar pampasan pada PLUS
KUALA LUMPUR: Kerajaan dianggar dapat menjimatkan RM42 bilion sepanjang tempoh konsesi PLUS Malaysia Bhd (PLUS) selama 38 tahun lagi.
Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, penjimatan itu disebabkan kerajaan tidak akan menanggung beban membayar pampasan kepada PLUS, selepas tempoh konsesi dilanjutkan sehingga 2058.
Katanya, keputusan untuk mengurangkan tol sebanyak 18 peratus di semua lebuh raya milik PLUS seawal 1 Februari ini akan memastikan tiada kenaikan kadar tol sehingga tempoh konsesi tamat.
"Walaupun sebelum ini perjanjian konsesi memperuntukkan kenaikan kadar tol secara berperingkat, keputusan terbaru ini akan memastikan tiada kenaikan kadar tol sehingga tempoh konsesi tamat selepas 38 tahun iaitu dari 2020 hingga 2058.
"Tiada sebarang bayaran akan dibuat oleh kerajaan kepada PLUS sebagai timbal balas berikutan pengurangan kadar tol berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan, bayaran tol semua lebuh raya milik PLUS diturunkan 18 peratus tahun ini dan kadar itu kekal sehingga tamat tempoh konsesi lanjutan pada 2058.
Dr Mahathir berkata, langkah itu diambil selepas kerajaan memutuskan untuk tidak menjual PLUS kepada mana-mana pihak dan mengekalkan pemilikan sahamnya oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|