Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
891
View
24
Reply

[Tempatan] NAFI e-Tunai Rakyat tidak dapat sambutan

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-1-2020 04:36 PM | Show all posts |Read mode
Guan Eng nafi e-Tunai Rakyat tidak dapat sambutan
Januari 15, 2020 16:06 MYT

PUTRAJAYA: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menafikan laporan sebuah akhbar tempatan bahawa pemberian e-Tunai Rakyat yang bermula hari ini tidak mendapat sambutan yang baik.

Laporan berkenaan disifatkan Guan Eng tidak berasas memandangkan kementeriannya memperoleh kira-kira 200,000 permohonan sejak tengah hari Rabu.

Laporan yang menyatakan e-Tunai Rakyat tidak mendapat sambutan yang baik daripada rakyat tidak benar.

"Ini kerana kalau kita lihat angka-angka yang ada, setakat tengah hari sudah ada 200,000 ribu permohonan dan 160,000 sudah diluluskan, katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyerahkan peruntukan menyelenggara dan menaik taraf sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan sekolah pondok berjumlah RM100 juta kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof di Kementerian Kewangan, di sini pada Rabu.

Dalam masa sama, beliau berkata, jumlah permohonan mendapatkan pemberian RM30 melalui e-Tunai Rakyat, yang naik mendadak menyebabkan sistem salurannya tergendala pada awalnya.
Saya terima laporan Touch 'n Go tadi ada gangguan tetapi sekarang sudah pulih.

Saya harap syarikat pengendali swasta tersebut memastikan tidak ada masalah teknikal, ujar beliau.

Sehubungan itu, Guan Eng berharap sistem e-Tunai Rakyat akan memanfaatkan rakyat termasuk golongan peniaga.

Kira- kira 15 juta rakyat Malaysia layak menuntut wang RM30 pemberian kerajaan daripada mana-mana tiga pengendali e-wallet terpilih iaitu Touch n Go, Grab dan Boost bermula 8 pagi 15 Januari.

Kerajaan memperuntukkan RM450 juta bagi tujuan itu di bawah pelaksanaan program e-Tunai Rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 04:42 PM | Show all posts
Boo

menteri bodoh cap ayam cuba nafi

dengan sistem tng down nya

dengan penduduk warga emas dan luar bandar yang tak
ada aksesnya

terbukti bodoh

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 04:44 PM | Show all posts
200k dpd 15 juta yang eligible katanya

1 % je

sah la dedak bodoh ph ni tak ada sambutan
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 15-1-2020 04:44 PM
200k dpd 15 juta yang eligible katanya

1 % je

org kg org tua mana dpt msnfaat
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena tunggu 5 hari
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 04:57 PM | Show all posts
dino replied at 15-1-2020 04:46 PM
org kg org tua mana dpt msnfaat

RAYkat yang cheapskate je hadap sangat dedak ni

yang majoriti tak hadap pun dedak 30 hinggit nobita

pfftt
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 04:58 PM | Show all posts
Macam belum masanya lagi untuk dilaksanakan disini
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 05:04 PM | Show all posts

ye betul... mananya dah approve ari ni... dia dok tulis tggu 5 hari dowh
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Otak2 depa ni tertinggal masa angkat sumpah jadi kerajaan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
iols claim dekat grabpay x sampai 15 mins approved. tapi iols pening sebab nak guna dekat tesco dgn speedmart cashiers diorg boleh ckp x tahu apa benda ni. sudahnya iols guna dekat watson jah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 08:11 PM | Show all posts
bersedia untuk new tax ye semua
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
ada org tua tnya aku, kalau pakcik pakai hp biasa mcm mana nk dpt? aku pun terkedu dan terfikir. mcm mana duit tu jdnya nnt? gov amek ke? or company tu amek? so rakyat untung ke or gov untung?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 10:03 PM | Show all posts
Andyscenes replied at 15-1-2020 10:01 PM
ada org tua tnya aku, kalau pakcik pakai hp biasa mcm mana nk dpt? aku pun terkedu dan terfikir. mcm ...

ingat ni zaman najib ka nak songlap camtu?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada beza ke antara e wallet dgn credit card/debit card? Macam redundant jah
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai hanng touchandgo hari ni..meols rasa snng sbb dah bertahun guna ewalet...tp hari ni abg ipor call tanya camnee nak claim...heols pakai hp pcit picit
Susah gk nak tolong sbb boost limit 1 hp dua akaun jee...grab pon samaa...buat  banyak account dlm satu hp nanti keena ban
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Try gak bt.. Kn tunggu 3ari..ok la.. Kalo dpt leh la guna...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tu kena verify account, upload ic bagai. Terjamin ke data peribadi kita kekdahnya?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane replied at 15-1-2020 11:41 PM
Dah tu kena verify account, upload ic bagai. Terjamin ke data peribadi kita kekdahnya?

Ada ketam sebalik batu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
pakatanhancing replied at 15-1-2020 08:11 PM
bersedia untuk new tax ye semua

Setujuuu.  
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2020 10:30 AM | Show all posts
Andyscenes replied at 15-1-2020 10:01 PM
ada org tua tnya aku, kalau pakcik pakai hp biasa mcm mana nk dpt? aku pun terkedu dan terfikir. mcm ...

pakcik guna hp biasa, kalau pakcik x guna e wallet takyah la amik. ni lebih pada nak promosi e wallet je.

aku pakai smartphone pun x amik sebab aku tak guna e-wallet. install je grab apps, in case nak guna.


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.084865s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list