Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
386
View
1
Reply

[Tempatan] LAGI DAN LAGI KES TIPU: Kali ni guna pautan 'bank' palsu

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-1-2020 04:34 PM | Show all posts |Read mode
Ditipu guna pautan 'bank' palsu


SEORANG wanita di Temerloh kerugian RM4,980 selepas mengemas kini akaun banknya melalui satu pautan palsu laman web sebuah bank menerusi e-mel, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, wanita berusia 50 tahun itu menerima e-mel berkenaan yang memintanya mengemaskini akaun bank.

Katanya, mangsa tidak mengesyaki penipuan itu memasukkan nombor kod pengesahan transaksi (TAC) ketika mengemas kini maklumat perbankan internetnya itu.

Mangsa kemudian menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dipercayai daripada pihak terbabit (sindiket penipuan) memaklumkan mangsa ada menambah akaun bank daripada bank lain sebagai favourite account transfer.

Mangsa mula curiga lalu membuat semakan akaun bank dan mendapati wangnya berkurangan RM4,980 dan terus bertindak menyekat akaun banknya, katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Beliau berkata, selepas menyekat akaun banknya, mangsa menerima panggilan daripada seorang individu tidak dikenali dipercayai anggota sindiket.

Mangsa diminta untuk memberikan nombor empat digit terakhir kad banknya, namun mangsa tidak melayan sebaliknya terus menamatkan panggilan.

Mangsa tampil membuat laporan polis semalam dan kes siasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 January 2020 @ 3:51 PM
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Siasat siasat siasat.. Tangkapnya harammm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.078890s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list